Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Korintus 5 >> 

Dosa dalam jemaah

1Aku dimaklumkan bahawa dalam kalanganmu ada perbuatan cabul yang tidak pernah dilakukan oleh orang yang tidak mengenal Tuhan pun: Seorang lelaki berzina dengan isteri ayahnya.

2Namun begitu, kamu masih bermegah. Sewajarnya kamu bersedih dan bertindak menyingkirkan orang yang melakukan perbuatan itu.

3Walaupun pada lahirnya aku jauh daripadamu, namun pada batinnya aku bersamamu. Aku pun sudah menjatuhkan hukuman atas orang yang melakukan perbuatan itu seolah-olah aku berada di tengah-tengah kamu.

4Apabila kamu berhimpun demi nama Tuhan kita Yesus, sifatkanlah aku ada dalam kalanganmu pada batinnya dan dengan kuasa Tuhan kita Yesus,

5serahkanlah orang itu kepada Iblis supaya tubuhnya dimusnahkan tetapi rohnya dapatlah diselamatkan pada hari Tuhan datang kembali.

6Kamu tidak harus bermegah. Tentu kamu mengenal pepatah ini: “Sedikit ragi mencemari seluruh adunan.”

7Buanglah ragi lama supaya kamu menjadi adunan baru tanpa ragi. Aku tahu bahawa kamu sebenarnya begitu. Kerana Kristus, domba Paskah kita telah dikorbankan.

8Marilah kita sambut Perayaan Paskah bukan dengan ragi yang lama, iaitu ragi kejahatan dan kezaliman, melainkan dengan roti yang tidak beragi, iaitu ketulusan hati dan keikhlasan.

9Dalam suratku yang lalu, aku telah menyerumu supaya menjauhkan diri daripada orang yang cabul.

10Orang cabul yang kumaksudkan bukanlah yang tidak mengenal Allah maka berkelakuan cabul, tamak, menipu dan menyembah berhala. Untuk menjauhkan diri daripada mereka ini, terpaksalah kamu keluar dari dunia ini.

11Maksudku ialah kamu tidak harus bergaul dengan orang yang mengaku diri sebagai saudara tetapi pada hakikatnya orang yang cabul, tamak, penyembah berhala, pengumpat, pemabuk atau penipu. Janganlah makan bersama mereka.

12Apakah urusanku sehingga aku harus mengadili orang di luar jemaah? Bukankah kamu mengadili orang di dalam jemaah sahaja?

13Tetapi bagi yang di luar jemaah, Allah sendiri akan mengadili mereka. Oleh itu, kamu harus singkirkan orang yang durjana daripada kalanganmu.



 <<  1 Korintus 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel