Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Korintus 8 >> 

Makanan yang dipersembahkan kepada berhala

1Sekarang tentang soal makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala: Kita tahu bahawa kita semua mempunyai ilmu pengetahuan. Tetapi ilmu pengetahuan boleh membuat orang angkuh manakala kasih membina hidup.

2Seseorang yang menyangka dirinya serba tahu, sebenarnya tidak mengetahui apa yang patut diketahui.

3Tetapi seseorang yang mengasihi Allah, dikenal oleh Allah.

4Tentang makan makanan yang dipersembahkan kepada berhala: Kita tahu bahawa berhala tidak bererti apa-apa pun di dunia. Kita tahu bahawa Allah itu esa, tiada tuhan selain Allah.

5Walaupun ramai yang dipanggil allah dan tuhan, di syurga dan di bumi,

6namun bagi kita Allah ialah esa, Bapa yang mencipta segala-galanya, dan untuk Dialah kita hidup. Tuhan kita juga esa, iaitu Yesus Kristus. Segala-galanya dicipta melalui-Nya, dan kerana Dialah kita hidup.

7Tetapi tidak semua orang yang mengetahui hakikat ini. Ada orang yang hingga sekarang ini sudah biasa menyembah berhala, dan apabila mereka makan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala, mereka merasakan bahawa makanan itu makanan berhala. Oleh itu, hati nurani mereka yang lemah menjadi ternoda.

8Sebenarnya makanan tidak dapat mengeratkan hubungan kita dengan Allah. Kita tidak akan rugi jika kita tidak makan makanan itu, dan tidak pula untung jika memakannya.

9Namun demikian, berhati-hatilah, jangan sampai kebebasanmu melakukan apa sahaja menjadi batu sandungan kepada orang yang lemah.

10Sekiranya seseorang yang hati nuraninya lemah melihat kamu yang dianggap lebih berpengetahuan makan di kuil berhala, tidakkah ini akan menggalakkannya makan makanan yang dipersembahkan kepada berhala?

11Dengan demikian pengetahuan kamu itu membawa kebinasaan kepada saudaramu yang lemah itu, sedangkan Kristus telah mati untuknya juga.

12Jika kamu secara demikian berdosa terhadap saudara-saudaramu dan melukai hati nurani mereka yang lemah, kamu sebenarnya berdosa terhadap Kristus.

13Jadi, jika makanan menyebabkan saudaraku berdosa, aku tidak akan makan daging lagi, supaya jangan sampai aku membuat saudaraku tersandung.



 <<  1 Korintus 8 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran