Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Kejadian 8 >> 

Surutnya banjir besar

1Allah memberikan perhatian kepada Nuh dan segala binatang liar serta segala haiwan ternakan yang ada bersama-samanya dalam bahtera itu. Lalu Allah membuat angin yang bertiup lantas mulalah surut air banjir itu.

2Tertutuplah segala mata air samudera raya; begitu jua tertutupnya pintu-pintu air di langit lantas teduh dan seterusnya terhentilah hujan yang turun dari langit.

3Air semakin surut dari muka bumi, dan selepas 150 hari air banjir itu sudah berkurang.

4Lalu pada hari ketujuh belas pada bulan ketujuh, bahtera itu pun terkandas di Pergunungan Ararat.

5Air terus berkurang sehingga bulan kesepuluh. Lalu pada hari pertama pada bulan kesepuluh itu puncak-puncak gunung sudah kelihatan.

6Empat puluh hari kemudian, Nuh membuka jendela bahtera yang dibuatnya,

7lalu dia melepaskan seekor burung gagak. Burung itu terbang mundar-mandir sehingga kering air di permukaan bumi.

8Kemudian dia melepaskan seekor burung merpati untuk melihat seandainya telah surut sepenuhnya air dari atas permukaan bumi.

9Namun begitu, burung merpati itu tidak menemukan tempat untuk hinggap kerana air masih meliputi seluruh permukaan bumi. Maka kembalilah merpati itu kepada Nuh di dalam bahtera itu. Nuh menghulurkan tangannya lantas mengambil dan membawa burung itu masuk ke dalam bahtera.

10Setelah menunggu selama tujuh hari, sekali lagi Nuh melepaskan burung merpati itu dari bahtera.

11Pada petang harinya, burung merpati itu pulang mendapatkan Nuh, dan di paruhnya tersepit sehelai daun zaitun yang baru dipetik. Lalu tahulah Nuh bahawa air sudah surut dari permukaan bumi.

12Selepas menunggu selama tujuh hari lagi, sekali lagi Nuh melepaskan burung merpati itu, dan burung itu tidak lagi kembali kepadanya.

13Pada tahun 601, pada hari pertama dalam bulan pertama, air surut sepenuhnya dari permukaan bumi. Ketika Nuh membuka atap bahtera itu, kelihatan betapa permukaan tanah sudah kering.

14Seterusnya pada hari kedua puluh tujuh pada bulan kedua, bumi memang sudah benar-benar kering.

15Berfirmanlah Allah kepada Nuh,

16“Keluarlah dari bahtera itu, engkau berserta isterimu, anak-anakmu, dan para menantu perempuanmu.

17Bawalah keluar kesemua makhluk bernyawa yang ada bersama-samamu, iaitu segala burung, haiwan, dan segala binatang melata yang merayap di bumi. Biarkan kesemua makhluk itu memenuhi bumi, berkembang biak, dan bertambah banyak di bumi.”

18Maka keluarlah Nuh berserta anak-anaknya, isterinya, dan para menantu perempuannya.

19Seterusnya keluar pula dari bahtera itu menurut jenisnya segala haiwan liar, segala binatang melata, segala burung, iaitu semua yang bergerak di bumi.

20Lalu Nuh mendirikan sebuah mazbah, iaitu tempat mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN. Maka dia mengambil beberapa ekor daripada setiap binatang yang halal dan daripada setiap jenis burung yang halal, lalu dipersembahkannya korban bakaran di atas mazbah itu.

21TUHAN menghidu persembahan yang harum itu. Maka berfirmanlah TUHAN dalam hati-Nya, “Aku tidak akan melaknati bumi ini lagi atas sebab kemungkaran manusia. Biarpun dari kecil lagi ada sifat durjana dalam hati manusia, Aku tidak akan lagi membinasakan segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan.

22Selama bumi masih wujud, tidak akan putus bertali arusnya musim menabur dan musim menuai, sejuk dan panas, musim kemarau dan musim hujan, serta siang dan malam.”



 <<  Kejadian 8 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel