Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 17 >> 

1Doa Daud. Dengarlah rayuanku memohon keadilan, ya TUHAN; dengarlah rintihanku. Dengarlah doaku yang bukan daripada bibir dusta,

2Pertahankanlah kebenaranku dari hadirat-Mu; Semoga mata-Mu melihat apa yang benar.

3Engkau telah menguji hatiku dan menelitiku pada waktu malam, Engkau telah mendugaku dan tidak menemui kecelaan; aku telah berazam memelihara lidahku daripada dosa.

4Perihal perbuatan manusia – menurut kata-kata yang Engkau ucapkan aku taat akan perintah-Mu; aku menjauhi segala jalan orang yang ganas.

5Langkahku tetap di jalan-Mu; dan kakiku tidak tergelincir.

6Aku menyeru-Mu kerana Engkau akan mendengarku, ya Allah; dengarlah, dengarlah kata-kataku ini.

7Tunjukkan kasih-Mu yang agung, dengan tangan kanan-Mu yang menyelamatkan semua yang bernaung kepada-Mu daripada mereka yang cuba meruntuhkan.

8Peliharakanlah aku sebagai kesayangan-Mu; lindungi aku di bawah naungan-Mu

9daripada orang zalim yang menyerangku, daripada musuh pemusnah yang mengepungku.

10Mereka telah menutup hati daripada kebaikan, mereka menuturkan kata-kata angkuh.

11Sekarang mereka mengepungku pada setiap langkah, mereka merenung sambil menjongkok di bumi.

12Seperti singa yang ingin mengoyak-ngoyak mangsa, seperti singa muda mengendap di tempat rahsia.

13Bangkitlah, ya TUHAN, hadapi dan tumbangkan musuhku; selamatkan nyawaku daripada orang zalim dengan pedang-Mu.

14Dengan tangan-Mu, selamatkan aku daripada manusia sebegitu, ya TUHAN, daripada manusia duniawi yang mengumpul harta dalam hidup ini. Kaukenyangkan perut mereka yang Kaupelihara; anak-anak mereka cukup puas, dan mereka meninggalkan pusaka kepada zuriat.

15Tetapi dalam perbenaran aku akan melihat wajah-Mu; aku akan bahagia sepenuhnya apabila terjaga di hadirat-Mu.



 <<  Mazmur 17 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel