1Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu: Gitit. Mazmur suku Korah. Betapa indahnya khemah-Mu, Ya TUHAN Yang Maha Kuasa!
2Jiwaku ingin, ya rindu, akan pekarangan TUHAN; hatiku dan jasadku berseru kepada Allah yang hidup.
3Sedangkan burung pipit ada tempat kediamannya, dan burung layang-layang ada sarangnya sendiri, tempat dia meletakkan anak-anaknya – malah juga mazbah-Mu, ya TUHAN Yang Maha Kuasa, Rajaku dan Allahku.
4Diberkatilah mereka yang tinggal di rumah-Mu; mereka berterusan memuji-Mu. Sela
5Diberkatilah orang yang kekuatannya dalam-Mu, yang hatinya tertumpu kepada perjalanan suci.
6Ketika mereka melalui Lembah Baca, mereka menjadikannya mata air; hujan pula memenuhinya dengan kolam.
7Mereka mencapai kekuatan demi kekuatan, setiap orang tiba di hadapan Allah di Sion.
8Ya TUHAN, Allah alam semesta, perhatikanlah doaku; dengarlah, ya Allah Yakub. Sela
9Ya Allah, lihatlah perisai kami; dan pandanglah wajah orang yang telah Kauurapi.
10Kerana satu hari di dalam rumah-Mu lebih baik daripada seribu di tempat lain; aku rela menjadi penjaga pintu di Rumah Allahku daripada tinggal di khemah orang zalim.
11Kerana Allah TUHAN ialah matahari dan perisai; TUHAN akan memberi kasih kurnia dan kemuliaan; tiada kebaikan yang tidak dilimpahkan-Nya kepada mereka yang hidup tulus.
12Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, diberkatilah orang yang percaya kepada-Mu.
Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan