Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yesaya 18 >> 

Pernyataan ilahi tentang Kush

1Wahai! Negeri dengingan sayap di seberang sungai-sungai Kush,

2yang mengirimkan duta-duta melalui laut di dalam perahu papirus di permukaan air. Pergilah, wahai para utusan yang tangkas, kepada bangsa yang tinggi dan licin kulitnya, kepada suku bangsa yang ditakuti di mana-mana, iaitu bangsa amat teguh lagi penakluk, yang negerinya terbahagi oleh sungai-sungai.

3Wahai seluruh penduduk dunia, wahai orang yang mendiami bumi, apabila panji-panji diangkat di atas gunung-gunung, kamu akan melihatnya, apabila sangkakala ditiup, kamu akan mendengarnya!

4Beginilah firman TUHAN kepadaku, “Aku akan memandang dengan tenang dari kediaman-Ku, seperti panasnya cahaya pada hari terang, seperti awan berembun pada panasnya musim menuai.”

5Kerana sebelum musim menuai, apabila kuncup meluruh dan bunga berubah menjadi bakal buah anggur, Dia akan mengerat sulur-sulurnya dengan pisau pemangkas dan menyingkirkan carang-carangnya dengan memotongnya.

6Semua itu akan ditinggalkan bagi burung pemangsa dari pergunungan dan bagi binatang di bumi. Burung pemangsa akan memangsakannya selama musim panas, dan segala binatang di bumi memangsakannya selama musim dingin.

7Pada waktu itu persembahan akan dibawa kepada TUHAN alam semesta – daripada suku bangsa yang tinggi dan licin kulitnya, daripada suku bangsa yang ditakuti di mana-mana, iaitu bangsa amat teguh lagi penakluk, yang negerinya terbahagi oleh sungai-sungai – ke tempat bersemayam nama TUHAN alam semesta, iaitu Gunung Sion.



 <<  Yesaya 18 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel