Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Korintus 15 >> 

1TAMBAHAN pula, hie saudara saudara, bahwa aku munyatakan padamu deri hal injil yang aku tulah mumashorkan kapada kamu, iya itu yang tulah kamu pun trima, dan dungan itu juga kamu tutap;

2Maka deripadanyalah juga kamu turplihara, jikalau kiranya kamu munaroh ingatan barang apa yang tulah kuajar kapadamu, lamun jangan kamu purchaya dungan chuma chuma.

3Kurna sudah aku surahkan pada kamu barang yang tulah kutrima mula mula, iya itu bagimana pri Almasih tulah mati ulih subab dosa kami, sapurti yang tursubut dalam kitab kitab Allah;

4Dan iya tulah ditanam, maka iya tulah burbangkit pula pada hari yang katiga, sapurti yang tursurat dalam kitab Allah:

5Dan iya tulah mununjukkan dirinya kapada Kephas, kumdian kapada duablas umat:

6Kumdian deripada itu, iya tulah klihatan pula pada lebih deripada lima ratus orang saudara pada skaligus; dan kubanyakkan lagi deripada orang orang itu yang ada tinggal sampie skarang, maka sa'parohnya itu yang tulah mangkat buradoh.

7Kumdian deripada iya tulah klihatan kapada Yakob; dumkian kapada rasul rasul itu.

8Maka pada akhirnya skali iya tulah klihatan padaku pun, sapurti sa'orang anak yang dipranakkan lebih dahulu deripada waktunya.

9Kurna aku inilah ada turhina deripada sagala rasul itu, maka aku ini tiada layak disubutkan rasul, subab aku tulah mungannyayakan sidang jumaat Allah.

10Tutapi dungan anugrah Allah juga aku tulah jadi sapurti yang ada ini: dan anugrahnya yang dibri padaku bukannya sia sia; tutapi aku tulah burlulah turlebih deripada sagala marika itu: tutapi bukannya aku, mulainkan anugrah Allah yang ada busurta dungan aku.

11Maka subab Itu, baik aku, atau baik marika itu, maka dumkianlah juga kami tulah mungajar, dan dumkianlah juga kamu tulah purchaya.

12Adapun jikalau Almasih itu dimashorkan bahwa iya tulah dibangkitkan deripada matinya, maka bagimanakah grangannya kata stungah orang diantara kamu tiada kabangkitan orang mati?

13Maka jikalau kiranya tiada kabangkitan orang mati itu, nuschaya Almasih pun tiadalah bangkit:

14Shahadan jikalau Almasih itu tiada bangkit, nuschaya sia sialah adanya pungajaran kami, dan lagi sia sialah adanya iman kamu pun.

15Bahkan, maka kami didapati munjadi saksi saksi dusta kapada Allah; kurna kami tulah mungaku pada Allah, bahwasanya iya itulah mumbangkitkan Almasih: yang tiada dibangkitkannya, jikalau sunggoh orang mati itu tiada burbangkit.

16Kurna jikalau kiranya orang mati itu tiada burbangkit, nuschaya Almasih pun tiadalah burbangkit:

17Dan jikalau kiranya Almasih itu tiada dibangkitkan, nuschaya sia sialah iman kamu; dan tinggallah lagi kamu dalam dosa dosamu juga.

18Maka orang orang itupun yang tulah mangkat buradoh dalam Almasih binasalah.

19Maka jikalau dungan hidup ini sahja kami munaroh harap akan Almasih, nuschaya kamilah orang kuna chilaka turlebih deripada sagala manusia adanya.

20Tutapi skarang Almasih itu sudah burbangkit deripada matinya, akan munjadi buah buahan bungaran bagie sagala orang yang tulah mangkat buradoh.

21Kurna subab sa'orang manusialah, mati itu tulah datang, dumkianlah juga ulih subab sa'orang manusia juga kabangkitan deripada mati itu datang.

22Kurna ulih subab Adam sagala manusia tulah mati, maka dumkian lagi ulih subab Almasih skaliannya itu tulah dihidopkan pula.

23Tutapi masing masing dungan puratorannya sundiri: adapun Almasih buah bungaran itu; kumdian deripadanya kulak sagala orang yang ada dalamnya pada hari kadatangan Almasih.

24Kumdian akan jadi kasudahan, apabila disurahkannya krajaan pada Allah, iya itu Bapa; maka apabilah sudah iya mumbinasakan sagala prentah dan kabusaran dan punguasaan.

25Kurna sa'harusnya iyalah mumrentah, sahingga ditarohkannya sagala satrunya itu kabawah kakinya.

26Adapun sutru yang kasudaan itu kulak akan dibinasakan iya itulah maut.

27Kurna iya tulah munarohkan sagala purkara itu dibawah kakinya. Maka apabila dikatakannya, bahwa sagala purkara itu tulah ditarohkannya dibawah kakinya, maka nyatalah bahwa iyalah dikachualikan, sa'orang yang sudah muna'alokkan samua itu kabawah prentahnya.

28Maka apabila Hagala purkara sudah dita'alokkan kabawah prentahnya, maka tutkala itulah Anak laki laki itupun sundiri akan ta'alok kabawah prentah dia yang sudah muna'alokkan purkara itu, supaya Allah muliputi skalian itu.

29Jikalau lain deripada itu, apakah yang akan dipurbuat ulih orang yang tulah dibaptisakan deri kurna mati? maka jikalau orang mati itu tiada skali skali dibangkitkan? maka mungapakah marika itu dibaptisakan kurna mati itu?

30Dan mungapa pula kami ini tinggal dalam bahya pada tiap tiap waktu?

31Maka dumi kumugahan kamu yang ada padaku dungan burkat Isa Almasih Tuhan kami, maka adalah hal aku ini dalam kamatian sa'hari hari.

32Maka jikalau sapurti adat orang aku sudah burlaga dungan binatang binatang dinugri Efesus, apatah fiedahnya bagieku, jikalau orang mati tiada dibangkitkan? maka baiklah kamu makan minum; kurna esok kami mati.

33Bahwa janganlah kamu turtipu: bahwa burjinak jinakkan dungan purkara yang jahat itu, iya itu murosakkan klakuan yang baik adanya.

34Maka handaklah kamu sudar dungan sa'patutnya, maka janganlah kamu burdosa; kurna sa'tungah deripada kamu tiada burpungatauannya akan Allah: maka aku katakan ini subab mumbri malu akan kamu.

35Tutapi ada juga orang yang kulak burkata, Bagimanakah halnya orang mati itu akan dibangkitkan? dan dungan tuboh yang manakah marika itu akan kluar?

36Hie angkau yang bodoh, barang purkara yang angkau tanam itu tiada akan dihidopkan, mulainkan sa'bulom iya mati:

37Maka yang angkau tanam itu, bukannya angkau munanam tuboh yang akan burbangkit itu, mulainkan sa'mata mata biji bijian juga, sapurti kiranya biji gandom, atau biji yang lain lain.

38Tutapi dibri Allah padanya satu tuboh sapurti yang dikahandakinya, dan masing masing biji bijian itu dungan tubohnya sundiri.

39Maka samoa daging itu tiada bursamaan adanya: tutapi lain daging manusia, dan lain daging binatang, dan lain daging ikan, dan lain daging burong burong.

40Dan ada bubrapa kaadan langit, dan bubrapa kaadan bumi: tutapi kamuliaan kaadan langit itu satu, dan kamuliaan kaadan bumi itu satu adanya.

41Maka adalah iya itu suatu kamuliaan mata hari, dan suatu kamuliaan yang lain, iya itu bulan, dan lain kamuliaan bintang bintang: kurna kamuliaan sa'buah bintang itu burlainan deripada bintang yang lain.

42Maka dumkianlah juga adanya deri hal kubangkitan orang mati itu. Adapun iya itu ditanamkan dungan kabusukkan; maka dibangkitkan itu dungan tiada busuk:

43Ditanam dungan kabinasaan; dan dibangkitkan dungan kamuliaan: ditanamkan dungan kalumahan; dan dibangkitkan dungan kuasa:

44Ditanam dungan kaadan manusia; dan dibangkitkan dungan kaadan rohani. Maka adalah yang kaadan manusia, dan ada yang kaadan rohani.

45Kurna dumkianlah tulah tursurat, Adapun manusia yang purtama Adam itu, tulah dijadikan dungan nyawa yang hidop; maka Adam yang ahkir itu tulah jadi dungan roh yang munghidopkan.

46Tutapi yang purtama itu bukannya tuboh rohani, mulainkan tuboh manusia; dan kumdian deripada itu, iya itulah tuboh rohani adanya.

47Adapun manusia yang purtama itu deripada tanah, iya itu katanahlah: tutapi manusia yang kadua itu, Tuhan deri shorga.

48Maka sapurti yang deripada tanah itu, dumkianlah sagala yang deripada tanah itu: maka sapurti yang deripada shorga itu, dumkianlah sagala yang deripada shorga adanya.

49Maka sapurti kami sudah dijadikan sa'rupa dungan yang deripada tanah itu, dumkianlah juga kami akan dijadikan sa'rupa dungan yang deripada shorga itu.

50Maka skarang inilah purkataanku, saudara saudara, adapun daging dan darah itu tiada kulak mumpusakai krajaan Allah; kabusukkan itupun kulak tiada mumpusakai yang tiada busuk.

51Tengoklah, aku mununjukkan pada kamu suatu rahsia; Maka tiada kamu skalian ini kulak akan mati, tutapi kami skalian akan diubahkan adanya.

52Dungan sa'saat juga, dungan sa'kujap mata juga, pada sangkakala yang ahkir: kurna sangkakala itu akan burbunyi, maka orang mati akan dibangkitkan dungan tiada kabusukkan, dan kamipun akan diubahkan.

53Kurna kabusukkan ini dapat tiada akan mumakie kulak yang tiada busuk itu, dan kamatian ini akan mumakie kulak yang tiada mati.

54Maka dumkianlah apabila yang kabusukkan itu tulah mumakie yang tiada busuk itu, dan yang kamatian ini tulah mumakie yang tiada mati itu, maka tutkala itulah kulak akan munjadi gunap purkataan yang tulah tursurat itu, Bahwa maut itu tulah ditulankan dungan kamunangan.

55Hie maut, dimanakah sungatmu? Hie kubor dimanakah kumunanganmu?

56Adapun sungat maut itulah dosa; dan kuasa dosa itulah hukum.

57Tutapi shukurlah bagie Allah yang tulah mungurniakan pada kami kumunangan dungan burkat Tuhan kami Isa Almasih.

58Maka subab itulah, hie saudara saudara yang kukasih, tutaplah kamu, dungan tiada burgrak, surta slalu burtambah tambahlah dalam pukurjaan Tuhan, kurna sa'banyak kamu tulah mungataui, bahwa lulah kamu itu tiadalah sia sia pada Tuhan.



 <<  1 Korintus 15 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel