Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Korintus 16 >> 

1MAKA skarang deri hal purhimpunan wang bagie orang orang salih, sapurti aku tulah mumbri prentah pada sagala sidang jumaat diGalatia, maka dumkianlah juga handaknya kamu burbuat.

2Maka pada tiap tiap hari ahad, handaklah sa'saorang deripada kamu munyimpankan wang diri masing masing, sakudar untungnya dibri Allah, supaya jangan kulak tutkala aku datang bahru handak mungampongkan wang.

3Maka apabila kulak aku datang, maka barang siapa kapurchayaan kamu yang kamu subutkan dalam surat, maka orang orang itulah aku akan munyurohkan mumbawa sudukah kamu itu kaJerusalem.

4Maka jikalau kiranya patut aku pun purgi, maka bulihlah marika itupun purgi bursama sama dungan aku.

5Maka skarang pun aku akan datang kapada kamu, apabila aku handak lalu kaMakedonia: kurna aku handak juga mulalui Makedonia.

6Maka mudah mudahan aku handak tinggal bursama sama dungan kamu, bahkan, aku kulak munahun dungan kamu pada musim dingin ini, supaya kamu bulih munghantarkan aku pada purjalananku barang kamana yang aku handak purgi.

7Kurna skarang aku tiada burtumu dungan kamu dijalan, tutapi harap juga hatiku handak singga sudikit hari pada kamu, insha Allah.

8Tutapi aku akan singga dinugri Efesus sampie kapada hari raya Pentekosta.

9Kurna ada suatu jalan busar lagi buruntung tulah turbuka padaku, dan ada lagi banyak orang musoh musoh.

10Maka skarang pun jikalau datang Timothius kulak, tengoklah biar iya bursama sama dungan kamu jangan iya takut: kurna iya mungurjakan pukurjaan Tuhan, sapurti aku juga adanya.

11Maka subab itu janganlah kiranya barang sa'orang mumandang kurang akan dia: mulainkan handaklah kamu mungantarkan dia dungan slamatnya, supaya iya datang kapadaku: kurna aku munantikan dia busurta dungan saudara saudara itu.

12Adapun deri hal saudara kita Apollos itu, aku mumintalah banyak banyak padanya supaya iya pun datang kapada kamu surta sagala saudara itu: tutapi kahandaknya skali kali tiada mau purgi skarang pada waktu ini; tutapi nanti iya sunang kulak iya bulih datang.

13Jagalah kamu baik baik, burdirilah tutap dungan iman, burlakulah kamu sapurti laki laki, biar kuat.

14Maka biarlah sagala halmu jadi dungan kasihan.

15(Maka adalah kamu mungunal orang isi rumah Istifanas itu, bahwa iya itu buah bungaran sulong orang nugri Akaia, maka iya tulah munyurahkan dirinya burkhodmat kupada sagala orang salih,) maka aku minta pada kamu, hie saudara saudara,

16Supaya kamu pun munalokkan dirimu kapada orang yang dumkian itu, dan kapada masing masing orang yang munulong, dan burlulah surta kami.

17Maka suka chitalah aku deri kurna kudatangan Istifanas, Fortunatus dan Akaikus: kurna purkara yang kurang deripadamu itulah digunapi ulih marika itu.

18Kurna marika itu tulah munyugarkan hatiku dan hatimu: maka subab itu handaklah kamu mungunangkan akan orang dumkian.

19Burmula sidang sidang jumaat diAsia ampunya salam kapada kamu. Maka Aquila dan Priskilla surta dungan sidang jumaat dalam rumahnya itupun ampunya salam pada kamu dungan burkat Tuhan.

20Maka sagala saudara saudara ampunya sulam pada kamu. Brilah sulam sa'orang pada sa'orang dungan chium yang suchi.

21Maka aku ini Paulus ampunya sulam kutuliskan dungan bukas tanganku sundiri

22Maka jikalau barang barang sa'orang tiada mungasihi Tuhan Isa Almasih, maka laanat atasnya tutkala kudatangan Tuhan.

23Anugrah Tuhan kami Isa Almasih atas kamu.

24Maka pungasihanku busurtalah dungan kamu skalian dungan burkat Isa Almasih. Amin. Turmaktub surat yang purtama ini dalam nugri Filippi dan dikirimkan kapada orang Korinthus, iya itu ulih Istifanas, Fortunatus, Akaikus, dan Timothius.



 <<  1 Korintus 16 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel