Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tesalonika 5 >> 

1AKAN tutapi, saudara saudara, adapun deri hal waktu waktu dan masanya, tausahlah aku suratkan kapada kamu.

2Kurna kamu sundiri tulah malam dungan sampornanya, adapun hari datang Tuhan itu sapurti punchuri pada malam.

3Kurna apabila kata orang, Slamat dan sajahtra; maka tiba tiba, datanglah kabinasaan atasnya sapurti sa'orang prumpuan sakit akan branak; maka tiadalah kulak marika itu turlupas.

4Tutapi saudara saudara, akan hal kamu ini bukan dalam glap, sapurti hari itu mundapati kamu sapurti sa'orang punchuri.

5Maka skalian kamu ini anak anak trang, dan anak anak siang: bukannya kami orang malam, atau glap.

6Maka subab itu janganlah kamu tidor sapurti orang lain lain; mulainkan handaklah kamu jaga surta suman.

7Kurna orang tidor itu tidor malam; maka orang yang mabok itu mabok malam.

8Tutapi kami ini, yang ada siang, biarlah suman, dungan mumakie barut iman dan kasih; dan kutopongnya itu, harap akan slamat.

9Kurna bukannya kami ini dituntukan Allah supaya kuna morka, mulainkan supaya mundapat slamat dungan burkat Tuhan kami Isa Almasih,

10Yang tulah mati ganti kami, supaya baik kita tidor, baik jaga, kita kulak hidop bursama sama dungan dia.

11Maka subab itu hiborkanlah dirimu bursama sama, dan purbaikilah sa'orang akan sa'orang, sapurti yang kamu biasa burbuat.

12Maka kami muminta kapada kamu, saudara saudara, mungunal akan orang orang yang burlulah diantara kamu, dan yang mumugang prentah kamu dalam agama Tuhan, dan yang mumbri nasihat pada kamu;

13Maka handaklah kamu pula mungindahkan akan marika itu dungan kasih yang sa'baik baiknya deri kurna pukurjaannya. Dan biarlah pula kamu dalam purdameian sa'orang akan sa'orang.

14Maka skarang pun kami mumbri nasihat kapada kamu, saudara saudara, ingatkanlah ulihmu akan orang orang yang ta'burkatauan laku, dan hiborkanlah orang yang lumah hati, sokonglah akan orang orang yang lumah, surta sabarkanlah bagie sagala orang.

15Maka ingatlah supaya jangan barang sa'orang juapun mumbalas purbuatan jahat itu dungan jahat kapada barang sa'orang; mulainkan pada sadiakala handaklah kamu munurut yang baik, baik diantara dirimu, baik diantara sagala orang.

16Bursuka chitalah kamu pada sudiakala.

17Burdoalah kamu dungan tiada burkaputusan.

18Munguchap shukorlah pada Allah dalam sagala purkara: kurna inilah kahandak Allah bagie Isa Almasih deri hal kamu.

19Janganlah kamu padamkan akan Roh itu.

20Janganlah kamu hinakan nabuatan.

21Slidiklah akan sagala purkara; puganglah akan yang baik.

22Maka lupaskanlah diri kamu deripada sagala yang tampak jahat,

23Maka bahwasanya Allah pohon damie itu, munyuchikan kiranya kamu dungan sampornanya; dan lagi kupohonkan sagala roh dan nyawa dan tuboh kamu dipliharakan dungan tiada bursalah sampie kapada kudatangan Tuhan kami Isa Almasih.

24Sutiawanlah kiranya yang tulah munjumpot kamu maka iyalah juga akan burbuat itu.

25Doakanlah akan kami, saudara saudara.

26Brilah sulam pada sagala saudara surta chiyum yang suchi.

27Aku pohonkan kapada kamu demi Tuhan handaklah surat ini dibachakan kapada sagala saudara saudara yang suchi.

28Maka nihmet Tuhan kami Isa Almasih atas kamu. Amin. Turmaktub surat yang purtama ini yang dikirimkan kapada orang Thessalonika deri nugri Athen.



 <<  1 Tesalonika 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran