Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Galatia 1 >> 

1BAHWA Paulus, sa'orang rasul itu, (bukannya surohan deripada manusia, dan bukannya pula ulih manusia, mulainkan ulih Isa Almasih, dan Allah iya itu Bapa, yang tulah mumbangkitkan Isa deripada matinya;)

2Surta dungan saudara saudara skalian yang ada sama dungan aku, iya itu datang kapada sagala sidang jumaat yang diGalatia:

3Adalah kiranya anugrah pada kamu dan slamat deripada Allah iya itu Bapa, dan deripada Tuhan kami Isa Almasih,

4Yang tulah munyurahkan dirinya kurna sagala dosa kami, supaya iya mulupaskan kami deripada dunia yang jahat pada masa ini, sapurti kahandak Allah iya itu Bapa:

5Maka bagienyalah juga kamulian kukal pada slama lamanya. Amin.

6Maka hieranlah aku bahwa kamu dungan bagitu sugra tulah burpaling deripadanya yang tulah mumilih kamu dungan burkat anugrah Almasih itu kapada injil yang lain:

7Iya itu bukannya yang lain; mulainkan ada barang barang orang yang mungachaukan kamu, dan handak mumbalikkan injil Almasih.

8Tutapi jikalau kami, atau barang sa'orang muliekat deri langit, skalipun mungajar injil yang lain kapada kamu deripada yang tulah kami mungajar, biarlah iya kuna laanat.

9Maka sapurti yang dahulu tulah kami burkata, maka skarang pun aku burkata pula, Maka jikalau barang sa'orang mungajarkan kamu barang injil yang lain deripada injil yang tulah kamu trima itu, biarlah iya kuna laanat.

10Maka adakah aku skarang mungajak manusiakah, atau Allah? atau aku munchari jalan munyukakan manusiakah? kurna jikalau aku ada munyukakan manusia itu, nuschaya bukanlah aku hamba Almasih.

11Tutapi, hie saudara saudara, aku munyatakan kapada kamu, adapun injil yang tulah kuajarkan pada kamu itu, bahwa iya itu bukannya pungajaran manusia adanya.

12Kurna bukannya aku mundapat itu deripada manusia, dan bukannya pula aku blajar itu, mulainkan ulih purtunjukan Isa Almasih adanya.

13Kurna kamu tulah munungar akan pri hal klakuanku yang dahulu kala tutkala dalam agama Yahudi, maka turlampaulah sudah aku munganyaya sidang jumaat Allah, dan mumbinasakan dia:

14Adapun aku tulah buruntunglah dalam agama Yahudi itu turlebih deripada sagala orang yang sa'baya dungan aku dalam bangsaku, ulih subab turlampau rajin hatiku deri hal adat adat nenek moyangku.

15Tutapi apabila dikahandaki Allah, yang tulah mumilih aku deripada rahim ibuku, surta mungajak aku dungan anugrahnya,

16Munyatakan Anaknya kapadaku supaya aku mungajarkan deri halnya diantara orang susat; maka dungan sugranya tiada aku burmufakat dungan manusia:

17Dan tiada pula aku burbalik kaJerusalem kapada marika itu yang tulah munjadi rasul rasul turdahulu deripadaku; mulainkan purgilah aku katanah Arab, dan kumbalilah pula kanugri Damaskus.

18Sutlah kumdian deripada tiga tahun lamanya pulanglah aku kanugri Jerusalem subab handak burtumu dungan Petrus, maka aku pun tinggallah bursama sama dungan dia limablas hari lamanya.

19Akan tutapi sa'orang rasul rasul yang lain pun tiadalah burtumu dungan aku, hanyalah Yakub saudara Tuhan.

20Adapun purkara purkara yang aku suratkan kapada kamu ini, bahwa sa'sunggohnya, dihadapan Allah, bukannya aku bohong.

21Hata sutlah itu, maka datanglah aku kapada jajahan nugri Syria dan Cilicia;

22Maka tiadalah dikunal ulih sagala sidang jumaat ditanah Yahuda yang dalam agama Almasih akan mukaku:

23Tutapi ulih marika itu munungar khabar sahaja, Adapun orang dahulu yang mungannyayakan kami, maka skarang pula iya mumashorkan Iman itu yang dahulu kala tulah dirosakkannya.

24Maka marika itu skalian pun tulah mumuliakan Allah ulih subab aku.



 <<  Galatia 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel