Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Galatia 4 >> 

1SKARANG maka kataku, adapun warith itu sa'lagi iya kanak kanak, maka tiadalah iya burbedah skalipun dungan hamba, jikalau iya munjadi tuan atas sagala sa'suatu skalipun;

2Mulainkan iya itu dibawah prentah guru, dan pumrentah, sahingga pada masa yang akan dituntukan ulih Bapa itu.

3Maka dumkianlah juga kami inipun, tutkala lagi dibawah alif bata dunia:

4Tutapi apabila gunap waktunya itu tulah sampie, maka disuroh Allah akan Anaknya itu, yang tulah jadi deripada sa'orang prumpuan, turtaalok dibawah hukum tauret,

5Supaya ditubusnya akan sagala orang yang turtaalok dibawah hukum tauret, supaya kami dapat pangkat anak anak angkat

6Adapun ulih subab kamu anak anak adanya, maka Allah tulah munyurohkan Roh Anaknya laki laki itu masuk kudalam hati kamu, yang bursru, Abba, Bapa.

7Maka subab itulah angkau bukannya lagi sa'orang hamba, mulainkan sa'orang anak; dan jikalau sa'orang anak, maka bahwasanya sa'orang warithlah bagie Allah dungan burkat Almasih.

8Akan tutapi tutkala tiada kamu mungunal Allah, kamu tulah dipurhambakan kapada yang bukannya mumpunyai tabiat Allah.

9Tutapi skarang, kumdian deripada kamu tulah mungunal akan Allah, atau turutamalah dikunal ulih Allah akan kamu, maka bagimanakah kamu handak burpaling pula kapada sagala pungajaran alif bata yang lumah dan miskin itu, dan kamu handak purhambakan lagi pula dirimu kapadanya?

10Bahwa kamu mungindahkan hari, dan bulan, dan waktu, dan tahun.

11Maka kutakutlah akan hal kamu itu, asal jangan turbuang lulahku atas kamu dungan sia sia.

12Saudara saudara, kupintalah kapada kamu, jadilah sapurti aku; kurna aku ini sapurti kamu adanya: kamu tiada skali kali mumbuat susah bagieku.

13Maka kamu tulah mungataui bahwa aku mungajar injil pada kamu mula mulanya dungan kalumahan tubohku.

14Dan purchobaanku yang ada dalam tubohku itu tiada kamu kujikan, atau munolakkan dia, mulainkan kamu tulah munurima akan daku, sapurti sa'orang muliekat Allah, sapurti Isa Almasih juga.

15Manakah burkat yang kamu mungatakan itu? kurna aku munjadi saksi, bahwa jikalau dapat kiranya, tuntu kamu handak munyongkilkan biji matamu sundiri itu, mumbrikan padaku.

16Maka ulih subab itu aku munjadi sutrumukah, subab aku kata padamu yang bunar itu?

17Maka marika itu chundrong kapada kamu, tutapi bukan dungan baiknya; iya mau munchuriekan kamu, supaya kamu chundrong kapada dia.

18Tutapi baik juga munjadi rajin slalu dalam purkara yang baik, bukannya pada waktu aku ada burhadapan dungan kamu sahja.

19Hie anak anakku, yang kugandongkan kubratan mumpuranakkan kamu pula sahingga Almasih disifatkan dalam kamu,

20Maka kahandakku burhadapan dungan kamu skarang ini, dan munukarkan purkataanku; kurna bimbanglah hatiku subab kamu.

21Katakanlah kapadaku orang yang burkahandak dibawah hukum tauret itu, tiadakah kamu munungar akan purkataan tauret itu?

22Kurna tulah tursurat, Ibrahim itu adalah dua anak laki lakinya, iya itu sa'orang deripada sahya prumpuan, dan sa'orang deripada prumpuan murdeka.

23Tutapi anak deripada sahya prumpuan itu tulah dipuranakkan dungan pri hawa nafsu; tutapi anak deripada prumpuan murdeka itu sudah jadi deri subab purjanjian.

24Maka purkara itulah munjadi suatu ibarat: kurna iya itu dua purjanjian adanya; maka yang suatu itu asalnya deri bukit Tursina, yang mumpuranakkan purhambaan, iya itulah Hagar.

25Adapun Hagar itu ibaratnya bukit Turaina ditanah Arab, maka iya itu bandingannya dungan Jerusalem yang ada skarang ini, munjadi hamba surta dungan anak anaknya.

26Akan tutapi Jerusalem yang ada diatas itu murdeka adanya, maka iya itulah bondah kami skalian.

27Kurna tulah tursurat, Bursuka sukaanlah, hie prumpuan mandul yang tiada buranak; bursoraklah surta bursru, hie angkau yang bulom kuna sakit buranak: kurna yang kosong itulah ada turlebih banyak anak anak deripada yang bursuami.

28Adapun kami ini skarang, hie saudara saudara, sapurti kaadaan Isahak, anak anak purjanjian itu.

29Adapun sapurti tutkala dahulu itu yang tulah dipuranakkan dungan hawa nafsu itu tulah mungannyai akan yang tulah dipuranakkan deripada Roh itu, maka dumkian lagi sampie kapada skarang ini.

30Kundatilah apakah purkataan kitab? Buangkanlah sahya prumpuan ini busurta anaknya: kurna sahya prumpuan itu tiada kulak munjadi warith sama dungan anak prumpuan murdeka itu.

31Dumkianlah, hie saudara saudaraku, bukannya kami anak anak deripada sahya prumpuan itu, mulainkan anak anak deripada prumpuan murdeka itu.



 <<  Galatia 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran