Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 12 >> 

1SUBARMULA maka pada kutika itu raja Herodis pun munaikkan tangannya akan munganyayai bubrapa orang deripada sidang jumaat itu.

2Maka dibunohnyalah Yakob saudara Yahya dungan pudang.

3Maka apabila dilihat ulih Herodis bahwa hal itu munjadi kasukaanlah bagie orang Yahudi, maka dimulai pula munangkap Petros pun. (Maka adalah pada tutkala itu hari raya roti yang tiada buragi)

4Maka apabila sudah ditangkapnya akan dia, lalu dipunjarakannya, surta disurahkannya kapada anam blas lashkar, ampat orang burganti ganti burjaga; maka pada hatinya handak mungadapkan dia kapada kaum kumdian deripada hari raya langkah kulak.

5Maka turkuronglah Petros dalam punjara: tutapi didoakan ulih sagala sidang jumaat kapada Allah akan dia dungan tiada kaputusan.

6Adapun tutkala Herodis handak mungluarkan dia pada esoknya, maka pada malamnya itu juga Petros pun tidorlah dungan dua rantie bulanggunya, diantara dua orang lashkar itu; maka pununggu dipintu pun ada munjaga punjara itu.

7Maka hieran, datanglah sa'orang muliekat Tuhan, maka bursinarlah suatu chaya dalam punjara itu: lain ditupoknya rusok Petros, dibangunkannya akan dia, katanya, Sugralah bangun. Maka tiba tiba gugorlah rantie deri tangannya itu.

8Maka burkatalah muliekat itu padanya, Ikatlah pinggangmu, dan pakielah trompamu. Surtalah sudah itu. Maka katanya, Pakielah sulimutmu, marilah angkau mungikut aku;

9Maka kluarlah iya mungikut dia; kurna halnya tiada dikutauinya katuntuannya apa yang dipurbuat ulih muliekat itu; maka pada sangkanya iya mulihat suatu punglihatan.

10Maka apabila marika itu sudah mulalui kawal yang purtama dan yang kadua, maka sampielah marika itu kapada pintu busi ara kanugri; maka turbukalah iya sundirinya: maka kluarlah marika itu, surta mulalui suatu lurong; maka skunyung kunyung raiblah maliekat itu deripadanya.

11Maka apabila Petros pun sudarlah akan dirinya, lalu burkatalah iya, Bahwa skarang tulah kukutauilah dungan sa'bunarnya, bahwa Tuhan tulah munyurohkan muliekatnya akan mulupaskan aku deri pada tangan Herodis, dan deri pada maksud sagala orang Yahudi itu.

12Maka sutlah sudah iya burfiker dumkian, maka sampielah karumah Muriam ibu Yahya, yang burgular Markus; iya itu ditumpat orang banyak burhimpun minta doa.

13Maka Petros mungutok pintu luar, maka datanglah sa'orang dayang yang burnama Roda handak munungar.

14Maka apabila dikunallah ulih prumpuan itu akan suara Petros, subab sukachitanya, tiadalah jadi iya mumbuka pintu, mulainkan burlarilah iya masok mumbri tau, bahwa Petros ada burdiri dipintu.

15Maka burkatalah marika itu kapadanya, Angkau gila. Maka kata prumpuan itu burturut turut, sunggoh dumkian. Maka burkatalah marika itu pula, Iya itulah muliekatnya.

16Maka Petros pun burturut turut juga mungutok pintu: maka sutlah sudah dibukakan, surta dilihatnya akan dia maka turchungang chunganglah marika itu.

17Maka dibrinya asharat akan marika itu dungan tangannya munyurohkan diam, sambil iya munchurtrakan bagimana hal tulah dikluarkan Tuhan akan dia deri dalam punjara. Maka burkata pula iya, Khabarkanlah akan hal ini kapada Yakob, dan kapada sagala saudara. Maka kluarlah iya burjalan, purgi pada tumpat yang lain.

18Maka sutlah sianglah hari, maka gumparlah diantara sagala lashkar itu bukannya sudikit, apakah kasudahannya Petros itu.

19Maka apabila Herodis sudah munchari akan dia, surta tiada didapatinya, lalu dipreksainya akan sagala orang yang kawal itu, surta disurohkannya hukumkan akan marika itu dungan hukum bunoh. Maka burpindahlah iya deri tanah Yahuda purgi kanugri Kesarea, maka tinggallah iya disana.

20Alkesah maka Herodis pun turlalulah sangat marahnya kapada orang nugri Tor dan Sidon: tutapi datanglah marika itu dungan satu hati mungadap akan dia, surta dibujuknya akan Blastus punghulu bilek buraduan raja itu, lalu dipintanya damie; kurna nugrinya itu turplihara ulih nugri raja itu.

21Maka adalah pada suatu hari yang turtuntu, maka Herodis pun mumakielah pukiean krajaan, lalu duduklah iya kaatas singgasananya, surta burkata kata kapada marika itu.

22Maka bursrulah sagala rayat itu, katanya, bahwa inilah sa'olah olah suara Allah, bukannya suara manusia.

23Maka pada sa'saat itu juga disangsarakan ulih muliekat Tuhan akan Herodis, subab tiada iya mumuliakan Allah: maka iyapun dimakanlah ulih chaching, lain putuslah nyawanya.

24Maka purkataan Allah pun makinlah burtambah tambah mashornya, surta dungan ramienya.

25Shahadan adapun Barnaba dan Saul pun apabila sudah digunapinya pukurjaannya, lain kumbalilah iya deri Jerusalem kaAntiok, surta dibawanya bursama sama akan Yahya yang burgular Markus



 <<  Kisah Para Rasul 12 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel