Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 14 >> 

1SUBARMULA maka kadua marika itupun masoklah kudalam kunisa orang Yahudi dinugri Ikoniam itu, sambil mungajar, sahingga purchayalah banyak orang, baik orang Yahudi baik orang Grika.

2Burmula adapun orang Yahudi yang tiada purchaya itu, mungasutlah iya akan orang orang susat dan munjadi ingatannya jahat akan saudara saudara itu.

3Maka tinggallah marika itu bubrapa lamanya, sambil mungajar dalam kabebasannya dungan nama Tuhan, akan munjadi saksi, surta dibrinya bubrapa tandah dan ajaib supaya diadakan ulih tangan marika itu.

4Maka sagala rayat dalam nugri itupun burbahgilah: ada sa'tungah orang disublah orang Yahudi, dan yang sa'tungah orang disublah rasul rasul itu.

5Maka apabila orang orang susat, dan orang Yahudi, surta dungan punghulu punghulunya sudah burfakat, handak munganyayakan, surta murujam akan marika itu.

6Maka sutlah dikutauilah ulih marika itu akan hal yang dumkian, larilah iya kanugri Listra dan Derbi, iya itu nugri nugri Likaonia, dan kapada jajahan yang dikuliling itu.

7Maka disana pun marika itu mumashorkan injil juga.

8Maka adalah sa'orang diListra duduk dungan lumah kakinya, iya itu lumpoh deripada prot ibunya, yang bulom purnah burjalan:

9Maka didungarnya akan Paulus itu burkata kata: maka dirununglah ulih Paulus akan dia, surta dilihatnya bahwa orang itu ada buriman bulih disumbohkan,

10Maka burkatalah iya dungan suara yang nyaring, Bangunlah angkau burdiri butul. Tiba tiba mulompatlah iya lalu burjalan.

11Maka apabila sagala kaum itu mulihat akan purbuatan Paulus itu, maka dinyaringkannyalah suaranya, katanya dungan bahsa Likaonia, Bahwa dewata tulah munjulma sapurti manusia turun kapada kami.

12Maka digular ulih marika itu Barnabas itu, Jupiter; dan Paulus itu, Merkuri, subab iyalah yang kapala dalam burchurita.

13Maka datanglah imam Jupiter itu, yang ada dihadapan nugri marika itu, surta mumbawa lumbu lumbu yang dihiasi dungan brapa bunga bungaan kahadapan pintu nugri itu, surta dungan sagala kaum handak dikorbankan ulih marika itu.

14Maka dumi didungar ulih rasul rasul, iya itu Barnabas dan Paulus, maka dikoyakkannya pukieannya, sambil burlarilah iya masok kudalam kaum itu, surta burtreak,

15Katanya, Hie sagala tuan tuan mungapa angkau burbuat pukurjaan dumkian? Bahwa kami pun manusia juga sama prangienya sapurti kamu, dan mungajar kamu supaya kamu burbalik deripada pukurjaan yang sia sia ini kapada Allah yang hidop, yang tulah munjadikan langit dan bumi, surta laut dungan sagala isinya:

16Yang dibiarkannya slama ini akan sagala orang susat burjalan dalam jalannya sundiri,

17Tutapi tiada dibiarkannya dirinya dungan tiada mumbri saksi deri hal burbuat baik, surta munurunkan hujan pada kita deri langit, dan musim buah buahan, yang mumunohi hati kami dungan makanan dan kasukaan.

18Maka dungan purkataan ini, sukarlah juga marika itu munahankan sagala kaum itu, deripada mumbuat korban bagienya.

19Burmula maka datanglah bubrapa orang Yahudi deri nugri Antiok dan Ikoniam, yang mungasut akan kaum itu, maka sutlah sudah dirujam marika itu akan Paulus, lalu diseretnya pula akan dia kluar nugri, kurna pada sangkanya sudah mati.

20Tutapi sagala murid itu burdirilah dikulilingnya, maka bangunlah iya, lalu masok kudalam nugri: maka pada kaesokkan harinya kluarlah iya busurta dungan Barnabas purgi kanugri Derbi.

21Adapun sutlah sudahlah marika itu mumashorkan injil pada orang isi nugri itu, dan mungajar banyak orang, maka pulanglah iya kumbali kaListra, dan Ikoniam dan Antiok,

22Sambil iya munutapkan hati sagala murid dan, mumbri nasihat supaya tugoh dalam iman, surta mungatakan bahwa sa'harusnyalah kami masok kudalam krajaan Allah dungan munanggong kasukaran banyak.

23Shahadah sutlah sudah iya mununtukan orang tua tua bagie marika itu pada masing masing sidang jumaat dungan muminta doa surta puasa, maka disurahkannya marika itu kapada Tuhan, yang dipurchaya ulih marika itu.

24Maka sutlah sudah marika itu mulalui bunua Pisidia, maka sampielah iya kabunua Pamfilia.

25Maka sutlah marika itu mungajar dinugri Perga, maka turunlah iya kanugri Attalia:

26Maka derisanalah marika itu burlayar kaAntiok, ditumpat yang dahulu marika itu tulah disurahkan kapada kasihan Allah supaya mungurjakan pukurjaan yang tulah digunapkannya.

27Maka apabila marika itu sampielah kasana, surta dihimpunkannyalah sidang jumaat, maka dichurtrakannyalah sagala purkara yang tulah diadakan Allah tursubab ulih marika itu, dan bagimana hal iya tulah mumbuka pintu iman bagie orang susat.

28Maka marika itupun lamalah diam disana bursama sama dungan sagala murid murid itu.



 <<  Kisah Para Rasul 14 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel