Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 16 >> 

1SUBARMULA maka sampielah marika itu kanugri Derbi dan Listra: maka bahwa sa'sunggohnya adalah disana sa'orang murid, yang burnama Timothius, iya itu anak sa'orang prumpuan Yahudi, yang purchaya; tutapi bapanya orang Grika:

2Iya itu mundapat nama yang baik deripada sagala saudara yang diListra dan Ikonium adanya.

3Maka Paulus handak mumbawa Timothius itu bursama sama dungan dia; surta disunatkan dia ulih subab sagala orang Yahudi yang ada pada tumpat tumpat itu: kurna sagala marika itu mungunal akan bapanya sa'orang Grika adanya.

4Maka sa'muntara marika itu munjalani sagala nugri, maka disurahkannyalah kapada marika itu akan sagala hukum, yang tulah dituntukan ulih sagala rasul dan orang tua tua yang diJerusalem surta disurohnya turut akan dia itu.

5Arkian maka sagala sidang jumaat pun tutaplah dalam purchaya, makin burtambah tambah banyak bilangannya pada tiap tiap hari.

6Adapun sutlah sudah marika itu mulalui bunua Frijia dan Galatia, maka dituggahkan ulih Roh Alkudus akan dia mumashorkan purkataan Allah dibunua Asia.

7Shahadan apabila sampielah marika itu kabunua Misia, maka dikahandakinya purgi kabunua Bithinia: tutapi tiada dipurkunankan ulih Roh akan dia.

8Maka dilaluinyalah bunua Misia, lalu sampielah iya kanugri Troas.

9Klakian pada suatu malam klihatanlah suatu punglihatan kapada Paulus; iya itu sapurti rupa sa'orang Macedonia burdiri, surta muminta, katanya, Marilah angkau munyubrang kaMacedonia, munulong kami.

10Adapun sutlah dilihatnya akan punglihatan itu, maka sa'buntar juga kami munghandaki purgi kaMacedonia, subab tulah tuntulah dalam fikeran kami, bahwa Tuhan tulah mumanggil kami akan mumashorkan injil pada marika itu.

11Arkian maka kluarlah kami deri nugri Troas, munuju nugri Samothracia, maka kaesokkan harinya sampielah kanugri Neapolis;

12Maka deri sana sampielah kaFilippi, iya itu kupala nugri disublah kamari Macedonia, sa'buah nugri bahru adanya: maka diamlah kami dinugri itu bubrapa hari lamanya.

13Maka pada hari sabtu kluarlah kami nugri disublah sungie, ditumpat orang biasa muminta doa; maka duduklah surta burkata kata kapada sagala prumpuan yang tulah burhimpun disitu.

14Subarmula maka adalah sa'orang prumpuan yang burnama Lidia, iya itu munjual kain ungu warnanya, maka nugrinya Thiatira, iya itu sa'orang burbahkti kapada Allah, maka adalah iya munungar purkataan kami: maka dibukakan Tuhan akan hatinya, supaya iya ingat akan purkataan yang dikatakan ulih Paulus.

15Maka sutlah sudah iya dibaptisakan, surta dungan orang isi rumahnya pun, maka mumintalah iya kapada kami katanya, Jikalau kiranya kamu sangkakan bahwa aku ini sa'orang yang burimam akan Tuhan, marilah kamu karumahku tinggallah disana. Maka diajaknyalah akan kami.

16SUBARMULA maka tutkala kami burjalan handak muminta doa, maka burtumulah dungan kami sa'orang dayang yang turkuna ulih jin tunung tunungan, yang mundatangkan laba busar pada tuannya dungan hubatannya:

17Maka prumpuan itulah mungikut blakang Paulus dan kami, surta bursru srulah iya, katanya, Orang orang inilah hamba Allah taala, yang mununjokkan pada kami jalan slamat kukal adanya.

18Maka dumkianlah halnya bubrapa hari lamanya. Akan tutapi Paulus juga susah hatinya, surta burpalinglah iya kablakang, sambil burkata pada jin itu, Aku munyurohkan padamu kluar deri dalamnya dungan nama Isa Almasih. Maka kluarlah iya pada sa'saat itu juga.

19Adapun apabila dilihat ulih tuannya bahwa putuslah harap labanya, maka ditangkapnyalah akan Paulus dan Silas, lalu dihelanya akan dia dibawanya kapasar mungadap punghulu punghulu marika itu.

20Sutlah sudah dibawanya marika itu kapada hakim hakim, lalu katanya, Bahwa orang inilah yang mungachau orang isi nugri kita, iya ini orang Yahudi adanya.

21Maka marika itu mungajar bubrapa adat yang tiada patut kami munurima, dan munurut akan dia, kurna kami orang Rom adanya.

22Hata maka burbangkitlah sagala bulatantara itu bursama sama mulawan marika itu: maka hakim itupun muncharekkan pukiean marika itu, lalu disurohkan palu akan dia.

23Maka sutlah sudah dipalunya bubrapa banyak akan marika itu, maka dimasokkan kudalam punjara, surta disurohnya kapada pununggu punjara jaga akan marika itu baik baik:

24Adapun apabila iya, sudah munurima prentah yang dumkian, lalu dimasokkannyalah akan marika itu kudalam punjara yang dalam skali, dan dipasongkannya kaki marika itu dungan tugohnya.

25Maka adalah skira kira pada tungah malam Paulus dan Silas pun muminta doa, surta mumuji Allah dungan nyanyi: maka didungarlah ulih sagala orang yang turbulunggu akan hal yang dumkian.

26Maka skunyung kunyung datanglah gumpa yang busar, sahingga burgonchanglah sagala kaki tembok punjara itu: maka dungan skutika itu juga turbukalah sagala pintu, maka bulunggu sagala orang itupun turluchutlah.

27Maka apabila pununggu punjara itu sudar deripada tidornya, surta dilihatnya sagala pintu punjara itu turbuka, maka dihunasnya pudangnya handak mumbunoh dirinya, kurna pada sangkanya sagala orang yang turbulunggu itu tulah larilah burlupas dirinya.

28Maka bursrulah Paulus dungan nyaring suaranya, katanya, Janganlah angkau mumbinasakan dirimu: kurna kami skalian ada disini.

29Maka sutlah sudah dipinta ulih pununggu punjara itu mumbawa suloh, maka mulompatlah iya masok dungan gumuntarnya, lalu iya jatoh dikaki Paulus dan Silas,

30Maka dibawanyalah marika itu kluar, surta katanya, Hie tuan tuan, apakah yang patut kupurbuat supaya aku mundapat slamat?

31Maka jawab marika itu, Purchayalah angkau akan Isa Almasih, Tuhan itu, maka angkau akan mundapat slamat, surta dungan orang isi rumahmu pun.

32Maka diajar ulih marika itu purkataan Tuhan akan dia dan pada sagala orang yang dalam rumahnya.

33Maka dibawanya akan marika itu pada sa'kutika itu juga pada malam, surta dibasohkannya bukas bukas luka kuna palu ditubohnya itu; maka sa'buntar itu juga iya dibaptiskan, surta dungan orang orangnya.

34Maka dibawanyalah akan marika itu kudalam rumahnya, lalu diantarkannya makanan kahadapannya, surta bursuka sukaanlah iya dungan sagala isi rumahnya, sambil purchaya akan Allah.

35Shahadan sutlah siang hari, maka disuroh ulih hakim itu akan hambanya, katanya, Lupaskanlah marika itu.

36Maka dikatakanlah ulih pununggu punjara itu akan purkataan ini kapada Paulus, katanya, Bahwa hakim tulah munyuroh lupaskan kamu: skarang pun kluarlah kamu, burjalan dungan slamatnya.

37Tutapi kata Paulus kapada marika itu, Bahwa orang itu tulah mumalu kami nyata nyata dungan tiada dipreksanya, lagipun kami orang Rom, dan mumasokkan kami kudalam punjara; skarang pun marika itu handak mungluarkan kami diam diam? janganlah dumkian; mulainkan biarlah marika itu skalian datang mungluarkan kami.

38Maka punghulu itupun purgilah mumbri tau pada hakim hakim itu akan sagala purkataan ini: maka takutlah dia orang subab didungarnya marika itu orang Rom adanya.

39Hata maka datanglah marika itu muminta ampun, lalu dibawanya kluar, surta muminta supaya iya undur deri dalam nugri itu.

40Maka kluarlah marika itu deri dalam punjara, surta masoklah iya kudalam rumah Lidia maka apabila dilihatnya akan sagala saudara itu, maka dihiborkannyalah akan marika itu, lalu kluarlah iya burjalan.



 <<  Kisah Para Rasul 16 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel