Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Kolose 1 >> 

1BAHWA Paulus, sa'orang rasul Isa Almasih dungan kahandak Allah, surta Timothius saudara kami,

2Iya itu datang kapada orang orang salih surta saudara saudara mumin dalam agama Almasih yang ada dinugri Kolossi: Maka anugrahlah kiranya atas kamu, dan sujahtralah deripada Allah, iya itu Bapa kami dan Tuhan Isa Almasih.

3Maka kami munghuchap shukorlah kapada Allah iya itu Bapa Tuhan kami Isa Almasih, surta mumintakan doa pada sudiakala akan kami,

4Sa'munjak kami munungar deri hal iman kamu akan Isa Almasih, surta deri hal kasih kamu kapada sagala orang salih itu,

5Maka deri subab harap yang tulah disimpankan bagie kamu dalam shorga, sapurti yang tulah kamu munungar dahulu deripada purkataan bunar, iya itu Injil;

6Maka iya itu tulah datang kapada kamu, surta kapada sagala alam; dan yang tulah burbuahlah, sapurti yang ada kapadamu pun, sa'munjak deripada hari yang tulah kudungaran itu kapada kamu, dan mungataui anugrah Allah dungan sa'bunarnya:

7Sapurti yang kamu pulajari pula deripada kukasih kami Epafras yang sama hamba dungan kami, iya itu bagie kamu sa'orang guru mumin Almasih;

8Dan lagi iya tulah munchurtrakan kapada kami akan kasihmu deripada Roh.

9Maka subab itulah deri sa'munjak hari kami munungar itu, maka kami pun tiadalah burhinti deripada mundoakan kamu, sambil mumohonkan supaya kamu dipunohi dungan pungatauan kahandaknya dalam sagala hikmat, dan budiman yang turbit deripada roh Allah;

10Supaya kamu munjalani dungan layaknya bagie Tuhan dalam sagala karelaannya, surta burbuah dalam sagala purbuatan yang baik, dan burtambah tambahlah dalam pungatauan Allah;

11Dikuasakanlah turamat sangat, sapurti gagah kamuliaannya, dalam sagala sabar dan panjang hati dungan suka chita;

12Munghuchap shukorlah kapada Bapa, yang tulah mulayakkan kami akan mundapat bhagian deripada pusaka orang orang salih dalam trang:

13Yang tulah mulupaskan kami deripada kuasa glap, dan tulah mumindahkan kami kapada krajaan Anaknya yang kukasih itu:

14Maka dungan dialah juga kami tulah mundapat tubus ulih burkat darahnya, maskipun ampunan sagala dosa:

15Maka iyalah juga puta batin Allah, iya itulah anak sulong deripada sagala kujadian:

16Kurna deripadanyalah juga sagala purkara tulah dijadikan, baik dilangit, baik dibumi, deripada yang lahir dan batin, baik singah singahsana, baik purtuan tuanan, baik pumrentah pumrentahan, baik punguasa. punguasaan: sagala purkara itu tulah jadi ulihnya, dan subabnya:

17Maka iyalah juga yang turdahulu deripada sagala sa'suatu, dan sagala sa'suatu itu turplihara ulihnya.

18Dan iyalah juga kupala tuboh sidang jumaat: maka iya itulah purmulaan anak sulong deripada orang mati; supaya iyalah kulak mundapat pangkat yang turutama atas sagala purkara.

19Kurna dungan karelahan Allah juga supaya dalamnyalah sagala kalangkapan itu diam;

20Dan subab iya tulah mundatangkan purdameian dungan burkat darah yang disalibnya, maka deripadanyalah juga dipurdameikannya sagala sa'suatu bagienya sundiri; dungan dialah juga, aku kata, baik sagala purkara yang diatas bumi, baik sagala purkara yang dilangit dipurdameikan.

21Maka kamu yang dahulu orang dagang, lagi sutru Allah dalam hatimu subab purbuatan yang jahat itu, tutapi skarang sudahlah dipurdameikan

22Dungan daging tubohnya ulih burkat kumatiannya, supaya munghadapkan kamu dungan suchinya dan dungan tiada burkuchulaan, dan dungan tiada bursalah kahalratnya:

23Jikalau kamu tinggal burtanah surta tutap kiranya dalam iman, dungan tiada burgrak deripada harap akan injil; yang kamu tulah munungar, dan yang tulah dimashorkan diantara sagala manusia yang dibawah langit; maka dungan hal itulah aku ini Paulus tulah dijadikan sa'orang surohan;

24Yang ada bursuka chita skarang ini dalam sagala kasukaran kurna kamu, dan yang munggunapi pula barang yang spuninggal kasukaran Almasih didagingku kurna subab tubohnya iya itulah sidang jumaat;

25Maka deri hal itulah aku tulah munjadi sa'orang surohan, iya itu sapurti puratoran prentah Allah yang tulah dikurniakannya padaku, iya itu ulih subab kami akan munggunapi purkataan Allah;

26Maka maskipun rahsia yang tulah tursumbunyi deripada purmulaan dunia, dan deripada bubrapa katurunnan, mulainkan skarang tulah dinyatakan kapada sagala orang salihnya.

27Maka kapada marika itulah dikahandaki Allah munyatakan bagimana kukayaan kamuliaan rahsia ini grangannya diantara orang susat; iya itu Almasih antaramu, munjadi pungharapan kamulian adanya:

28Yang kami mumashorkan, surta mumbri nasihat masing masing orang, dan mungajar masing masing orang dalam hal sagala budi; supaya kulak kami munghadapkan masing masing orang itu dungan sampornanya dalam Isa Almasih:

29Maka dalam hal itulah juga aku burlulah, dungan burlumba lumba munurut kuat pukurjaan, yang bukurja dalam diriku dungan burkuasa adanya.



 <<  Kolose 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel