Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 1 >> 

1BAHWA adapun sapurti banyak orang yang sudah mumasok tangan handak munyatakan dungan puraturan keshah purkara purkara yang tulah dipurchayai dungan sunggoh sunggoh diantara kami.

2Itupun sapurti yang tulah disurahkan ulih marika itu skalian kapada kita, yang deri purmulaannya matanya munjadi saksi, dan guru guru purkataan:

3Tampaknya baik pula kapada aku, yang tulah sudah mungarti dungan sampornanya akan sagala purkara purkara itu deripada purmulaannya skali, akan mungarangkan kapadamu dungan puratoran, hie Theophilus yang amat mulia,

4Supaya angkau kulak mungataui akan katuntuannya sagala purkara purkara itu, yang angkau tulah dipulajari itu.

5SHAHADAN maka adalah pada zaman Herodis, iya itu raja orang Yahudi, maka adalah sa'orang imam yang burnama Zakaria, silahsilahnya turun deripada Abia: maka istrinya itu deripada anak prumpuan Haron, namanya Ilisabeth.

6Maka adalah kadua marika itu orang yang bunar kapada Allah, surta burjalan dalam sagala hukum dan prentah Tuhan dungan tiada bursalah.

7Maka marika itu tiada buranak, kurna Ilisabeth itu mandul, dan kadua orang itu tulah lalulah sangat umurnya.

8Maka pada skali purstua, tutkala iya mumbuat pukurjaan imam dihadapan Allah dalam puraturan silahsilahnya itu,

9Munurut adat pangkat imam itu, maka pukurjaannya itu akan mumbakar bahu bahuan tutkala masok kudalam kaabah Tuhan.

10Maka sagala bulatantara deripada kaum itu tungah sambahyang diluar pada waktu mumbakar bahu bahuan itu.

11Maka klihatanlah kapadanya sa'orang maliekat Tuhan burdiri sa'blah kanan tumpat bahu bahuan itu.

12Maka apabila dilihat ulih Zakaria akan dia, maka susahlah iya, katakutan datang kapadanya.

13Tutapi kata maliekat itu kapadanya, Janganlah takut, Zakaria: kurna doamu tulah didungar; dan istrimu Ilisabeth itu akan buranak sa'orang laki laki padamu, maka handaklah angkau munamai akan dia Yahya.

14Maka angkau akan mundapat kasukahan dan sukachita: dan banyaklah orang yang sukachita kulak pada masa iya dipuranakkan.

15Kurna iyalah kulak akan munjadi busar pada haldrat Tuhan, iya kulak tiada minum ayer anggor atau minuman yang kras; dan iyalah kulak akan dipunuhi dungan Roh Alkudus, muskipun dalam prut ibunya.

16Dan banyaklah bani Israel itu kulak akan dibalekkannya kapada Tuhan Allahnya.

17Maka iyalah kulak burjalan dihadapannya dungan roh dan kuasa Ilias, akan mumbalekkan hati bapa bapa itu kapada anak anak, dan yang durhaka itu kapada hikmat kubunaran; akan mulungkapkan suatu kaum itu sudia kurna Tuhan.

18Maka kata Zakaria kapada maliekat itu, Bagimanakah aku akan mungataui itu? kurna aku sa'orang orang tua dan istriku itu tulah lalulah sangat umur.

19Maka jawab maliekat itu surta burkata kapadanya, Akulah Jibrail, yang burdiri dihaldrat Allah; disurohkannya burkata kata kapadamu, dan mununjukkan khabar kasukaan ini.

20Maka sasunggohnya angkau akan munjadi kulu, tiada bulih burkata kata, sampielah kapada hari purkara purkara itu akan dijadikan, ulih subab angkau tiada purchaya akan purkataanku, yang akan kulak digunapkan pada masanya.

21Maka kaum itupun munantikan Zakaria, surta ajaib subab iya bugitu lambat dalam kaabah.

22Maka apabila kluarlah iya, tiadalah bulih iya burkata kata kapada marika itu: maka pada purasaan marika itu adalah iya mulihat suatu punglihatan dalam kaabah: kurna iya mulambie akan marika itu, surta tinggallah iya kulu.

23Maka surta sudahlah hari pukurjaannya itu tulah gunap, maka burbaliklah iya karumahnya sundiri.

24Maka bahwa kumdian deripada masa itu, istrinya Ilizabeth itupun mungandonglah, maka disumbunyikannya akan dirinya lima bulan, katanya,

25Dumkianlah adanya purbuatan Tuhan akan daku pada masa dipandangnya atasku, mungambil akan maluku diantara manusia.

26Maka dalam anam bulan maliekat Jibrail dititahkan Allah kanugri Galilia yang burnama Nazareth,

27Kapada sa'orang anak dara yang sudah burtunangan dungan sa'orang yang burnama Yusof, katurunan Daud: adapun nama anak darah itu Muriam.

28Maka datanglah maliekat itu kapadanya, surta katanya, Isalam aleikom, angkau yang tulah mundapat kasihan yang maha tinggi, Tuhan ada bursurta dungan dikau': burbahgialah kiranya angkau diantara prumpuan prumpuan.

29Maka apabila dilihat Muriam akan dia, maka susahlah iya akan purkataannya itu, maka masoklah dalam fikirannya apakah macham sulam ini grangannya

30Maka kata maliekat itu kapadanya, Janganlah takut Muriam: kurna angkau kulak akan mundapat kasihan deripada Allah.

31Maka sasunggohnya, angkau kulak akan mungandong dalam rahimmu, dan mumpuranakkan sa'orang anak laki laki, akan dinamai iya ISA.

32Iya akan munjadi busar, dan akan dinamai Anak yang Maha tinggi: dan Allah Tuhan akan mumbri padanya tahkta bapanya Daud:

33Maka iyalah kulak akan mumrentahkan atas sagala rumah Yakob sampie slama lamanya; maka krajaannya tiada akan bursudahan.

34Sutlah itu kata Muriam kapada muliekat itu, Bagimanakah ini akan jadi, kurna aku tiada mungunal sa'orang pun laki laki?

35Maka jawab maliekat itu surta burkata kapadanya, Roh Alkudus itu akan datang kaatasmu, dan kuasa deripada Maha tinggi akan munawangi dikau: maka subab itulah juga bunda yang suchi itu yang angkau akan puranakkan, maka iya itu akan dinamai Anak Allah.

36Maka sasunggohnya supupumu Ilisabeth itu, iya pun ada mungandongkan sa'orang anak laki laki dalam umur tuanya: maka skarang iya sudah anam bulan, yang dikatakan mandul.

37Kurna kapada Allah itu suatu pun tiada yang mustahil.

38Maka burkatalah Muriam, Tengoklah sa'orang dayang Tuhan; jadilah bagieku sapurti purkataanmu. Maka maliekat itupun kumbalilah deripadanya.

39Maka bangunlah Muriam pada masa itu, dungan sugranya purgi kanugri yang burbukit bukit, kapada sa'buah nugri Yahuda;

40Maka masoklah iya kadalam rumah Zakaria, lain mumbri sulamlah iya kapada Ilisabeth.

41Shahadan maka apabila didungar ulih Ilisabeth sulam Muriam itu, maka kanak kanak yang dalam rahimnya itupun mulompat; maka Ilisabeth pun tulah punuhlah dungan Roh Alkudus:

42Maka iya pun burkatalah dungan nyaring suaranya, katanya, Burbahgialah angkau diantara prumpuan prumpuan, dan burbahgialah adanya buah rahimmu itu.

43Maka bagimanakah grangannya kapada aku, iya itu ibu Tuhanku akan datang mundapatkan aku?

44Kurna sasunggohnya surta bunyi sulammu itu burbunyi katulingaku, kanak kanak itupun mulompatlah dalam rahimku subab sukachita.

45Maka burbahgialah kiranya atas prumpuan itu yang purchaya: kurna akan munjadi purkara purkara yang tulah dikatakan kapadanya deripada Tuhan.

46Maka kata Muriam, Bahwa jiwaku adalah mumuliakan Tuhan itu.

47Maka adalah rohku bursuka bursuka akan Allah Punulonganku.

48Kurna iya tulah mungindahkan karundahan dayangnya: kurna sasunggohnya, deripada zaman ini sagala katurunan kulak akan munyubut aku slamat.

49Kurna iya yang ada burkuasa tulah mungadakan bagieku purkara purkara yang busar; maka suchi adanya namanya.

50Kasihannya ada atas barang siapa yang takut akan dia deripada katurunannya kapada katurunannya.

51Iya tulah mununjukkan gagahnya dungan tangannya; iya tulah munaborkan orang orang chongkak itu dalam sangkah sangkah hatinya.

52Iya tulah munurunkan akan orang yang burkuasa itu deripada kadudukkannya, dan muninggikan orang yang rundah halnya itu.

53Iya tulah mumunuhi akan orang yang lapar itu dungan purkara yang baik baik; dan yang kaya itu iya tulah munghalaukan dungan kosongnya.

54Iya tulah munulong hambanya Israel, dungan puringatan akan kasihannya;

55Sapurti iya burkata kapada nenek moyang kami, kapada Ibrahim, dan kapada katurunannya slama lamanya.

56Maka Muriam pun tinggallah dungan Ilisabeth itu kira kira tiga bulan, maka kumbalilah karumahnya sundiri.

57Adapun Ilisabeth itupun tulah gunaplah bulannya yang patut iya buranak; maka buranaklah iya sa'orang anak laki laki.

58Maka orang orang yang sa'kampong dungan dia dan sa'pupu sa'pupunya munungar bagimana Tuhan tulah mununjokkan kasihan busar atasnya; maka sukachitalah marika itu dungan dia.

59Maka skali purstua, pada hari yang kadlapan, maka datanglah marika itu munyunatkan kanak kanak itu; maka dinamai akan dia Zakaria, mungikut nama bapanya.

60Maka jawab bondanya surta burkata, Bukannya dumkian: tutapi iya patutlah dinamai Yahya

61Maka burkatalah marika itu kapadanya, Tiadalah sa'orang pun katurunanmu yang burnama dungan nama ini.

62Maka marika itu mumbri isharat kapada bapanya, apakah yang dikahandakinya budak itu dinamai.

63Maka dipintanya satu papan munulis, maka ditulisnya namanya itu, Yahya. Maka marika itu skalian pun turchanganglah.

64Maka dungan skutika itu juga mulutnya pun turbukalah, dan lidahnya pun turlupaslah, maka burtuturlah iya, sambil mumuji Allah.

65Maka datanglah katakutan kaatas sagala orang yang diam burkliling marika itu: sagala purkataan purkataan ini tulah turmashorlah dalam sagala nugri nugri, yang burbukit ditanah Yahuda.

66Maka sagala marika itu yang munungar akan dia itu, ditarohnyalah kudalam hatinya, katanya, Apakah macham budak grangannya ini! Maka adalah tangan Tuhan bursama sama dungan dia.

67Maka adalah bapanya itu Zakaria tulah punohlah dungan Roh Alkudus, lalu burnabuatlah iya, katanya,

68Slamatlah kiranya Allah Tuhan bagie Israel; kurna iya mulawat surta munubus akan kaumnya,

69Maka tulah mumbangunkan suatu tandok jiwa slamat bagie kami dalam rumah hambanya Daud;

70Sapurti yang tulah iya burkata kata dungan mulut nabi nabinya yang suchi, yang tulah lalu sumunjak dunia ini dimulai:

71Supaya kita akan turlupas deripada sutru sutru kami, dan deripada tangan sagala yang mumbunchikan kita;

72Akan mungadakan kasihan yang tulah dijanjikan kapada nenek moyang kami, akan turingat purjanjiannya yang suchi;

73Adapun sumpah yang tulah iya bursumpah kapada nenek moyang kami Ibrahim,

74Iya mungurniakan kapada kami, supaya kami, yang tulah turlupas deripada tangan sutru sutru kami, bulih munurut dia dungan tiada kutakutan,

75Dungan kusuchian dan kubunaran dihadapannya, sa'umur hidop kita.

76Maka angkau, kanak kanak, akan burnama nabi Kutinggian: kurna angkaulah akan purgi dahulu kahaldrat Tuhan akan munyadiakan jalan jalannya;

77Akan mumbri pungatauan jiwa slamat kapada kaumnya dungan mungapuskan dosa dosanya,

78Dungan kasihan Allah kami yang lumah lumbut; subab itulah trang tanah deri kutinggian tulah mulawat akan kami,

79Akan mumbri trang kapada marika itu yang duduk dalam gulap, dan dalam bayang bayang kamatian, akan mumimpin kaki kami kudalam jalan slamat.

80Maka kanak kanak itupun churdeklah, burtambah tambahlah kuat dalam rohnya, maka iya itu dalam padang bulantara sahingga sampielah pada hari iya mununjokkan dirinya kapada Israel.



 <<  Lukas 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran