Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 13 >> 

1MAKA pada hari itu juga, kluarlah Isa deri dalam rumah, lalu duduklah iya ditupi tasik.

2Maka banyaklah orang burhimpun kapadanya, lalu naiklah iya duduk kudalam sa'buah prahu; maka sagala purhimpunan orang itu pun, burdirilah ditupi pantie itu.

3Maka burkatalah iya pada marika itu, bubrapa purkataan dungan purumpamaan katanya, Bahwa sasungguhnya kluarlah sa'orang punabor yang handak munabor;

4Maka apabila ditabornya bunih itu, stungahnya jatoh ditupi jalan, lalu datanglah burung burung mumakan itu:

5Maka stungahnya yang lain itu, jatohlah pada tumpat burbatu, yang tiadak banyak tanahnya: maka dungan sabuntar juga, iya pun burtumbohlah, subab tanahnya tiada dalam.

6Maka apabila turbitlah matahari, lalu layulah iya; maka subab tiada burakar, kukringanlah iya.

7Maka stungahnya yang lain pula jatohlah diantara duri duri; maka kumdian duri itu pun burtumbohlah, sampie dilumaskan dia:

8Tutapi stungahnya yang lain itu jatohlah pada tanah yang baik, maka burbuahlah iya burganda ganda, ada yang sratus, ada yang anam puloh, ada yang tiga puloh banyaknya.

9Maka barang siapa yang ada burtulinga, handaklah iya munungar.

10Hata datanglah murid muridnya sambil burtanya padanya, Apa subab angkau burkata kata pada marika itu dungan purumpamaan?

11Maka disahut ulih Isa surta burkata pada marika itu, Kurna padamu tulah dikurniakan bulih mungataui sagala rahsia krajaan shorga, tutapi pada marika itu, tiada dikurniakan.

12Kurna barang siapa yang ada barang suatu, maka akan ditambahi padanya lagi, maka iya akan burulih turlubih banyak: akan tutapi barang siapa yang tiada ada barang suatu, maka diambil pula deripadanya barang yang ada.

13Subab itulah aku burkata padanya dungan purumpamaan: kurna sungguh pun marika itu mulihat, tutapi tiada dilihatnya; dan sungguh pun iya munungar, tutapi tiada didungarnya, atau mungurti adanya.

14Maka tulah gunaplah bagie marika itu barang yang tulah dinabuatkan ulih nabi Jessia, katanya, Bahwa dungan punungaran kamu akan munungar, tutapi tiada juga kamu mungurti; dan dungan punglihatan kamu akan mulihat, tutapi tiada juga kamu mungataui.

15Kurna tulah tuballah hati kaum itu, dan bratlah punungaran tulinganya, maka ditutupkannya matanya, supaya barang kutika pun jangan iya mumandang dungan matanya; dan munungar dungan tulinganya surta mungurti dungan hatinya, sambil burtaubat, sahingga kusumbohkan dia itu.

16Tutapi burbahgialah mata kamu, kurna iya mulihat: dan tulinga kamu, kurna iya munungar.

17Kurna sasungguhnya aku burkata kapadamu, Bahwa banyaklah nabi, dan orang orang bunar tulah burkahandak akan mulihat purkara yang kamu lihat ini, maka tiada juga dapat dilihatnya; dan handak munungar purkara yang kamu dungar, maka tiada juga dapat didungarnya.

18Maka subab itu, dungarlah ulihmu purumpamaan orang yang munabor bunih itu.

19Maka apabila barang sa'orang yang munungar purkataan krajaan Allah, maka tiada iya mungurti akan dia itu, maka datanglah si'kapala jahat itu, mumungut yang tulah turtabor dalam hatinya itu. Maka dumkianlah halnya orang yang tulah munurima bunih ditupi jalan.

20Tutapi yang tulah ditabori pada tumpat yang burbatu, maka iya itulah orang yang munungar purkataan itu, maka sugralah ditrimanya dungan kusukaan;

21Tutapi tiadalah burakar dalam dirinya, mulainkan sa'kutika sahja adanya: kurna apabila datanglah kusukaran, atau annyaya, tursubab purkataan itu, maka kumdian kulak iya unggan.

22Adapun yang tulah ditabori diantara duri duri itu, maka iya itulah orang yang munungar purkataan itu; maka purchintaan deri hal dunia ini, surta tipu daya kukayaannya mulumaskan purkataan itu, sahingga tiadalah iya bulih burbuah.

23Adapun yang ditabori pada tanah yang baik, iya itulah orang yang munungar purkataan itu, surta ditarohnya hati akan dia; maka burbuahlah iya burganda ganda, ada yang sratus, ada yang anam puloh, ada yang tiga puloh banyaknya.

24Suatu purumpamaan yang lain pula diadakannya pada marika itu katanya, Adapun krajaan shorga itu, diumpamakan dungan sa'orang yang munabor bunih yang baik diladangnya:

25Maka tungah orang tidor, datanglah sutrunya munabor pula bunih lalang dalam gandom itu, lalu purgi.

26Tutapi apabila burdaun, dan burbuah gandom itu, maka klihatanlah ada pula lalang itu.

27Maka datanglah hamba hamba orang yang ampunya ladang itu, mungatakan padanya, Tuan, bahwa bukankah angkau tulah munabori bunih yang baik dalam ladangmu itu, maka deri mana pula datangnya lalang itu?

28Maka jawabnya pada marika itu, Iya itulah purbuatan sutru adanya. Maka kata hamba hambanya itu padanya, Maukah angkau supaya kami purgi munchabutkan dia itu?

29Maka jawabnya, Jangan; kalau kalau apabila kamu munchabut lalang itu kulak, jangan pula turchabut gandom itu pun bursama sama.

30Biarkanlah kuduanya itu burtumboh sama sama sampie musim munuwie; maka pada musim munuwie itu kulak, nanti kusuruhkan orang yang munuwie itu, munchabutkan lalang itu, dan kusuruh ikatkan burbukas bukas akan dibakarkan: tutapi gandom itu, dikampongkan masok kudalam langgoanku.

31Dan lagi pula suatu purumpamaan yang lain diadakannya bagie marika itu katanya, Adapun krajaan shorga itu sa'umpama dungan sa'biji susawi adanya, yang diambil ulih orang, maka ditanamkannya akan dia dalam ladangnya:

32Maka sungguh pun iya itu turkuchil diantara sagala bunih adanya, tutapi apabila burtumboh kulak, jadilah turlebih busar deripada sagala sayor sayoran, sampie munjadi suatu pohon, sahingga datanglah burong burong deri udara pun busarang diatas pulpanya.

33Dan lagi pula suatu purumpamaan yang lain diadakannya bagie marika itu katanya, Adapun krajaan shorga itu diumpamakan dungan ragi, yang diambil ulih sa'orang prumpuan, lalu dibubohkannya kudalam tiga bahgian tupong, sahingga samoanya jadi khamirlah.

34Burmula adapun sagala purkara ini, dikatakan ulih Isa kapada orang banyak itu dungan purumpamaan; maka lain deripada purumpamaan, tiadalah iya burkata kata pada marika itu:

35Supaya gunaplah barang yang dikatakan ulih nabi katanya, Aku akan mumbuka mulutku, dungan mungatakan purumpamaan; bahwa aku akan burkata purkara yang tursumbunyi deripada purmulaan dunia.

36Maka tutkala itu, disuruhkan ulih Isa sagala purhimpunan orang itu pulang, lalu masoklah iya kurumah: maka datanglah murid muridnya kapadanya, katanya, Artikanlah pada kami purumpamaan lalang yang diladang itu.

37Maka jawabnya pada marika itu, Adapun orang yang munabor bunih yang baik itu, iya itulah anak manusia;

38Ladang itulah dunia ini: dan bunih yang baik itu, iya itu anak anak krajaan itu; tutapi lalang itu, iya itu anak anak si'kapala jahat itu;

39Adapun sutru yang munabor itu, iya itulah Iblis: dan musim munuwie, iya itu kusudahan alam ini: dan orang orang yang munuwie itu iya itu sagala maliekat.

40Subab itu, sapurti lalang itu dipungut, surta dibakar kudalam api; maka dumkianlah kulak akan jadi pada kasudahan dunia ini.

41Bahwa anak manusia itu, akan munyuruhkan sagala maliekatnya, maka marika itulah akan mumungut deripada krajaannya, sagala yang munyusatkan, dan sagala yang burbuat kujahatan;

42Dan mumbuangkan dia kudalam kunhor api: maka disanalah ada aduh aduhan, dan gurtak gigi.

43Maka tutkala itu, sagala orang yang bunar pun, akan burchaya chayalah sapurti matahari dalam krajaan Bapanya. Maka barang siapa yang ada burtulinga, handaklah iya munungar.

44Dan lagi krajaan shorga itu diumpamakan dungan suatu bunda yang tursumbunyi dalam tanah; maka apabila didapati ulih sa'orang akan dia, lalu disumbunyikan dia itu, maka deri subab kasukaannya itu, purgilah iya munjualkan barang suatu yang ada kapadanya, lalu dibulikannya tanah itu.

45Dan lagi krajaan shorga itu, saumpama dungan sa'orang saudagar, yang munchari mutiara yang indah indah:

46Maka apabila didapatinya subuah mutiara yang busar harganya, maka purgilah iya munjualkan barang apa yang ada padanya, lalu dibulikannya dia.

47Dan lagi pula krajaan shorga itu saumpama dungan sa'rawan pukat: yang dibuang orang dalam laut munghimpunkan junis junis:

48Maka apabila punohlah iya, maka ditarek orang naik kutupi pantie, surta duduklah iya mumungut yang baik baik itu, ditarohnya kudalam bakolnya, tutapi yang tiada baik dibuangkannya.

49Maka dumkianlah kulak akan jadi pada kusudahan alam ini: maka sagala maliekat pun akan kluar, munchuriekan sagala orang jahat, deri antara sagala orang yang bunar.

50Maka akan dibuangkannya dia itu kudalam kunhor api: maka disanalah ada aduh aduhan, dan gurtak gigi.

51Maka burkatalah Isa pada marika itu, Sudahkah kamu mungurti skulian ini, maka jawab marika itu padanya, Sudah Tuhan.

52Maka burkatalah Isa pada marika itu, Subab itu barang sa'orang guru yang tulah diajarkan barang purkara krajaan shorga ini, iya itu saumpama dungan sa'orang tuan rumah, yang mungluarkan deri dalam pursimpanannya akan purkara yang lama dan bahru adanya.

53Burmula sutlah putuslah purkataan Isa akan sagala purumpamaan ini, maka burpindahlah iya deri sana.

54Maka apabila masoklah iya kudalam nugrinya sundiri, lalu diajarkannyalah marika itu skalian dalam kanisa marika itu, sahingga hieranlah turchungang marika itu, sambil burkata, Deri manakah orang ini mundapat hikmat yang dumkian ini, surta sagala purbuatan yang burkuasa ini?

55Maka bukankah iya ini anak tukang kayu itu? dan bukankah ibunya burnama Muriam? maka Yakob, dan Yusa, dan Simon, dan Yuda, saudaranya?

56Dan lagi adek kakaknya prumpuan itu pun, bukankah samoanya ada bursama sama dungan kita? maka deri manakah didapatinya akan sagala purkara ini?

57Lalu dungkilah marika itu akan dia, tutapi burkatalah Isa pada marika itu, Tiada burkorangan hormat bagie sa'orang nabi itu, tutapi bukannya dalam nugrinya, dan dalam rumahnya.

58Maka tiadalah iya burbuat banyak purbuatan yang ajaib disana, subab marika itu tiada buriman.



 <<  Matius 13 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran