Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Roma 7 >> 

1SUBARMULA tiadakah kamu mungataui, hie sagala saudaraku, (kurna aku burkata ini kapada orang yang mungataui akan hukum,) bahwa hukum itu munalokkan atas sa'orang dalam umur hidopnya?

2Kurna adapun prumpuan yang ada burswami itu, maka iya itu tulah turikat ulih hukum swaminya dalam sa'umur hidopnya; tutapi jikalau swaminya itu mati, maka prumpuan itupun tururielah deripada hukum swaminya itu.

3Dan dumkian juga, jikalau prumpuan itu kawin kapada orang lain slagi hidop swaminya, maka iya itu disubut orang akan dia sa'orang prumpuan burzina adanya: tutapi jikalau swaminya itu sudah mati, maka prumpuan itu tururielah deripada hukum itu; maka bukannya iya burzina, jikalau iya kawin kapada orang lain skalipun.

4Shahadan dumkiaulah saudara saudaraku, kamu pun tulah munjadilah sapurti mati dalam tauret ulih Subab kamatian tuboh Almasih; supaya kamu bulih kawin kapada sa'orang lain, maskipun kapada orang yang dibangkitkan deripada mati, supaya kamu bulih mumbawa buah buahan kapada Allah.

5Kurna tutkala kita lagi dalam hawa nafsu dunia, maka grak grak dosa yang burbangkit ulih subab tauret itu, mungurjakan dalam anggota anggota kita, supaya mundatangkan buah buahan kapada kamatian.

6Tutapi skarang kita tulah tururielah deripada tauret, kurna iya itu sapurti matilah yang tumpat kita turikat; supaya kita burbuat bahkti dungan hal roh yang bahru, dan bukannya dungan hal klakuan yang lama.

7Apakah grangan yang handak dikatakan? Tauret itukah dosa? Dijaukan Allah. Tidak, aku tiada mungataui akan dosa itu, mulainkan ulih tauret: kurna tiada aku mungataui akan nafsu jahat itu, jikalau tiada tauret kata, Janganlah angkau loba.

8Tutapi dosa itu tulah burulih kuasa deripada hukum Allah itu, maka iyalah mungadakan sagala junis nafsu jahat dalam diriku. Kurna kalau tiada tauret itu, maka dosa itu tulah mati

9Kurna aku tulah hidop pada suatu masa dungan tiada tauret: tutapi tutkala hukum Allah datang, maka dosa itu tulah sugarlah, tutapi aku mati.

10Adapun hukum Allah itu yang mundatangkan hidop, kudapati akan dia itu mundatangkan mati.

11Kurna apabila dosa itu burulih kuasa deripada hukum Allah, maka ditipunyalah akan daku, dan dungan hukum itu juga aku dibunohnya.

12Maka dumkianlah tauret itu suchi, dan hukum Allah itupun suchi, dan adil, lagi baik adanya.

13Kalau bagitu adakah yang baik itu mundatangkan mati kapada aku? Dijaukan Allah. Mulainkan dosa, supaya dapat dinyatakan dosalah itu yang mundatangkan mati dalam diriku ulih subab purkara yang baik itu; supaya dosa itu dungan kuasa hukum itu munjadikan dia itu turlebih busar dosa adanya.

14Kurna kita tulah mungataui adapun tauret itu deripada roh yang suchi adanya: tutapi kaadaanku ini deripada pri nafsu manusia sahja, sudah turjual kabawah kuasa dosa.

15Adapun purkara yang aku buat itu tiada kupurkunankan dia: kurna purkara yang kuhandak, tiada kuburbuat; mulainkan kupurbuat purkara yang kubunchi juga.

16Jikalau kupurbuat purkara yang tiada kusukai akan dia, maka mungakulah aku tauret itu bunar adanya.

17Maka skarang subab itu bukannya aku yang burbuat purkara itu, mulainkan dosa yang ada diam dalam aku burbuat itu.

18Kurna tulah kumungataui bahwa dalam diriku, (iya itu, dalam nafsu tubohku,) tiada barang apa yang baik: kurna burkahandak itulah sudia pada aku; tutapi bagimanakah mumbuat purkara yang baik itu, tiadalah aku dapati.

19Kurna kabajikan yang aku kahandaki, tiada aku burbuat: tutapi kajahatan yang tiada kukahandaki itu, kupurbuat.

20Adapun jikalau aku burbuat purkara yang tiada aku kahandaki itu, maka iya itu bukannya aku yang burbuat itu, mulainkan dosa yang ada dalam dirikulah burbuat itu.

21Maka subab itu aku tulah mundapat satu hukum, tutkala aku handak burbuat baik, maka jahat itu adalah sudia padaku.

22Kurna aku bursuka suka pada hukum Allah munurut pri nafsu yang baik:

23Tutapi aku mulihat ada pula suatu hukum yang lain didalam anggota anggotaku, yang burprang mulawan iya akan hukum nafsuku yang baik itu, surta mumbawa akan daku kapada tawanan, iya itu hukum dosa yang ada dalam anggota anggotaku.

24Hie chilakanya aku ini! siapakah kulak akan mulupaskan aku deripada tuboh kamatian ini?

25Aku munguchap shukurlah kapada Allah dungan burkat Isa Almasih Tuhan kami. Maka dungan hal yang dumkianlah aku munurut akan hukum Allah dungan nafsu yang baik itu; tutapi dungan kahandak nafsu jahat itu munurut hukum dosa.



 <<  Roma 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran