Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Wahyu 1 >> 

1BAHWA inilah Wahi Isa Almasih, yang tulah dikurniakan Allah padanya, supaya mununjukkan kapada sagala hambanya akan sagala purkara yang dapat tiada akan jadi dungan sugranya; maka disuruhkannya kapada muliekatnya munyatakan kapada hambanya Yahya:

2Yang munjadi saksi deri hal purkataan Allah itu, dan yang disaksikan ulih Isa Almasih, dan deri hal sagala sa'suatu yang tulah dilihatnya.

3Burbhagialah kiranya orang yang mumbacha, dan sagala orang yang munungar pun akan purkataan nabuat ini, surta dipliharakannya akan sagala purkara yang tursurat dalamnya; kurna kutikanya tulah hampir adanya.

4Deripada YAHYA datang kapada tujoh sidang jumaat yang ada diAsia: Bahwa nihmet, dan sujahtralah kiranya, deripadanya yang ada, dan yang tulah ada, dan yang akan datang: dan deripada tujoh aruah yang ada dihadapan arash Allah;

5Dan deripada Isa Almasih, saksi yang sutiawan itu adanya, dan anak sulong yang purtama deripada matinya, dan punghulu sagala raja yang dibumi. Kapada yang mungasihi kami, surta mumbasoh kami deripada dosa kami dungan burkat darahnya sundiri,

6Dan tulah munjadikan kami raja dan imam bagie Allah iya itu Bapanya; biarlah kiranya kamuliaan dan kuasa bagienya pada slama lamanya, Amin,

7Tenggoklah, iya datang diatas awan awan: dan sagala mata akan mulihat dia, surta orang orang yang tulah munikam dia, itupun maka sagala bangsa orang dibumi pun akan muratap ulih subabnya. Sasungguhnya dumkian, Amin.

8Kata Tuhan, akulah Alif dan Iya, iya itu purmulaan dan kasudahan yang ada, yang tulah ada, dan yang akan datang, yang Maha Kuasa,

9Bahwa aku ini Yahya, dan lagi saudaramu, dan taulanmu dalam kasukaran, dan dalam krajaan dan sabar Isa Almasih, tulah ada dalam pulau yang burnama Patmos, kurna purkataan Allah, dan kurna munyaksikan Isa Almasih.

10Bahwa adalah aku ini dalam Roh iya itu pada hari Tuhan, dan munungar deri blakangku suatu suara sapurti bunyi nafiri adanya,

11Katanya, akulah Alif dan Iya, yang purmulaan dan yang kasudahan: Maka barang yang angkau lihat, suratkanlah dalam suatu kitab, maka kirimkanlah kapada tujoh sidang jumaat yang ada diAsia; iya itu Efesus, dan Smyrna, dan Pergamos, dan Thyatira, dan Sardis, dan Filadelfia, dan Laudikeia.

12Maka aku pun burpalinglah handak mulihat suara yang burkata kata kapadaku itu. Dumi aku burpaling, maka kulihat tujoh kaki dian yang kaamasan;

13Maka pada sama tungah kaki dian itu adalah sa'orang iya itu sapurti Anak manusia, turpakie suatu baju sampie kukaki, dan burkumban dungan chindei keamasan.

14Maka kapalanya dan rambutnya putih sapurti bulu domba, sapurti salju putihnya; dan matanya sapurti api burnyala;

15Adapun kakinya sa'rupa dungan tumbaga bagus, sapurti yang turbakar dalam kanhur; dan suaranya sapurti ayer banyak mundru.

16Maka adalah pada tangan kanannya tujuh buah bintang; dan lagi kluarlah deripada mulutnya sa'bila pudang tajam burmata dua; dan mukanya sapurti chaya matahari tutkala panas turek.

17Dumi turlihatlah ulihku akan dia, maka jatohlah aku tursungkur dikakinya sapurti mati. Maka dibubuhnyalah tangan kanannya kaatasku, katanya padaku, Janganlah takut: Bahwa aku inilah yang purmulaan dan kasudahan:

18Maka aku inilah yang ada hidop, dan yang tulah mati; maka sasungguhnya, aku ada hidop slama lamanya, Amin; dan ada kapadaku anak kunchi nurhaka dan maut,

19Suratkanlah sagala purkara yang tulah angkau lihat, dan sagala purkara yang ada, dan sagala purkara yang akan jadi kulak kumdian;

20Adapun rahsia tujoh buah bintang yang tulah angkau lihat pada tangan kananku itu, dan lagi tujoh kaki dian yang kaamasan itu. Adapun tujoh buah bintang itu iya itu muleikat muleikat tujoh sidang jumaat itu; adapun tujoh kaki dian yang tulah angkau lihat itu iya itulah tujoh sidang jumaat.



 <<  Wahyu 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel