Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 1 >> 

1MAKA bahwasanya adalah pada mula mulanya Purkataan itu, maka itu busurta dungan Allah, dan Purkataan itulah Allah.

2Adapun iya itulah pada mulanya pun busurta dungan Allah.

3Maka sagala sa'suatu tulah dijadikannya; maka dungan tiada iya suatu purkara pun ta'jadi yang tulah jadi.

4Maka dalamnya itulah ada hidop; dan hidop itulah trang manusia adanya.

5Adapun trang itulah burchaya chaya dalam glap; tutapi glap itu tiada munarima akan dia.

6Subarmula maka adalah sa'orang orang yang tulah disuruhkan Allah, yang burnama Yahya.

7Maka adalah iya itu datang subab munjadi saksi, maka iya handak bursaksi akan Trang itu, supaya sagala manusia bulih purchaya ulih subab dia.

8Bahwa bukannya dia itu sundiri Trang itu, mulainkan iya disuroh supaya munjadi saksi deri hal Trang itu adanya.

9Adapun iya itulah Trang yang sa'bunarnya, yang tulah masok kadunia akan munurangkan sagala manusia.:

10Maka adalah iya itu dalam dunia juga, maka dunia ini tulah dijadikannya, tutapi orang dunia ini tiada mungunal akan dia.

11Maka adalah iya tulah datang kanugrinya, tutapi orang nugrinya itu tiada munarima akan dia.

12Tutapi sa'brapa orang yang tulah munarima akan dia itu, surta purchaya pula akan namanya, maka dibrinya kuasa kapada marika itu akan munjadi anak anak Allah.

13Maka iya itu dipuranakkan, bukannya deripada darah, atau deripada kahandak hawa nafsu atau deripada kahandak manusia, mulainkan deripada Allah adanya.

14Maka adapun Purkataan itu tulah munjadi manusia, surta tinggal pula iya diantara kami, (maka kita tulah mulihat kamuliaannya, iya itu sapurti kamuliaan anak yang tunggal deripada Bapa itu,) punohlah iya dungan anugrah dan kabunaran.

15Shahadan maka Yahya pun bursaksilah akan dia sambil bursuru suru, katanya, Bahwasanya inilah dia yang tulah kukatakan, Adapun orang yang datang kumdian deripada aku ini, maka iya itu dilubihkan deripada aku: kurna iyalah yang turdahulu deripada aku.

16Maka deripada kalumpahannya kita skalian tulah mundapat, anugrah atas anugrah.

17Maka adapun taurit itu tulah dibri ulih Musa, tutapi anugrah dan kabunaran itu deripada Isa Almasih.

18Barang bila baik sa'orang pun bulom purna mulihat akan Allah; maka anak yang tunggal sahja, yang dipangkuwan Bapa iya itulah yang tulah munyatakan dia.

19Bahwa inilah yang disaksikan ulih Yahya, apabila disuroh ulih orang Yahudi akan imam imam dan orang orang Livie deri Jerusalem itu burtanya kapadanya, Siapakah angkau?

20Maka mungakulah iya, tiada dungan bursangkal; hanya diakuinya, bukannya aku ini Almasih.

21Maka burtanya marika itu kapadanya, Siapakah? Iliakah? Maka jawabnya, bukan. Angkaukah nabi itu? Maka jawabnya, Bukan.

22Kumdian maka kata marika itu kapadanya, Siapakah angkau? supaya kami bulih mumbri jawab akan orang yang munyurohkan kami ini. Apatah katamu deri hal dirimu ini?

23Maka burkatalah iya, Bahwa aku inilah suara orang yang bursru dipadang bulantara, katanya, Butulkanlah jalan Tuhan, sapurti yang tulah dikatakan ulih Jesia.

24Maka adapun orang orang yang disurohkan iya itu deripada orang Faresia.

25Maka burtanyalah marika itu akan dia, Jikalau angkau bukan Almasih, atau bukan Ilia, atau bukan nabi itu, mungapakah angkau mumbaptisakan orang?

26Maka jawab Yahya pada marika itu, katanya, Aku mumbaptisakan dungan ayer: tutapi ada diantaramu, sa'orang yang tiada kamu kunal akan dia;

27Bahwa iya itulah dia, yang datang kumdian deripada aku tulah dilubihkan iya deripada aku, tiadalah layak aku ini munguriekan tali trompanya.

28Maka sagala purkara ini tulah munjadi diBethara iya itu disubrang sungie Jordan, ditumpat Yahya mumbaptisakan orang.

29Arkian maka pada kaesokkan harinya dilihat Yahya akan Isa datang kapadanya, mata kata Yahya Tengoklah Anak domba Allah, yang munangong dosa orang dunia ini.

30Maka inilah dia yang tulah kukatakan akan datang sa'orang kumdian deripada yang tulah dilubihkan dia deripadaku aku: kurna iya itu tulah turdahulu deripada aku.

31Maka tiada aku mungunal dia: tutapi supaya iya itu kunyataan pada orang Israel, maka subab itulah aku datang mumbaptisakan orang dungan ayer.

32Subarmula maka bursaksilah Yahya, katanya, Bahwa aku tulah mulihat Roh itu turun deri langit sapurti rupa murpati, diam kaatasnya.

33Maka tiada aku munganal dia: adapun yang munyuruhkan aku baptisakan orang dungan ayer, maka iyalah tulah burkata padaku, Adapun orang yang angkau lihat Roh itu turun diam kaatasnya, maka iya itulah kulak yang mumbaptisakan orang dungan Roh Alkudus.

34Maka aku tulah mulihat akan dia itu, surta bursaksi inilah dia Anak Allah adanya.

35Klakian maka pada kaesokkan harinya, Yahya surta dungan dua orang muridnya pun ada burdiri;

36Surta dilihatnya Isa burjalan itu, katanya, Tengoklah Anak domba Allah!

37Maka dumi didungar ulih kadua orang murid itu akan purkataan itu, maka mungikutlah marika itu akan Isa.

38Maka burpalinglah Isa, apabila dilihatnya marika itu ada mungikut dia, maka katanya padanya, Apakah kamu chari? Maka munyahutlah marika itu, katanya, Iya Rabbi, (artinya, Guru,) dimanakah tumpatmu diam?

39Maka jawabnya, Marilah lihat. Lalu purgilah marika itu mulihat tumpat Isa tinggal itu, maka tinggallah dia orang bursama dungan dia pada hari itu: kurna waktu sudah sampie kira kira pukul ampat putang.

40Maka adalah sa'orang deripada kadua marika itu yang munungar purkataan Yahya itu, dan yang mungiku akan Isa, iya itu Andria, saudaranya Simon Petros.

41Maka pada mula mulanya Andria itupun purgilah mundapatkan saudaranya Simon itu, surta burkata padanya, Kami sudah mundapat Messia, artinya, Almasih.

42Hata maka dibawalah ulih Andria akan Simon itu kapada Isa. Maka apabila dilihat Isa akan dia, lalu katanya, Bahwa angkau ini Simon anak Yonas: maka angkaulah kulak akan dinamai Kiefas, adapun artinya itu, Batu.

43Subarmula maka pada kaesokkan harinya, maka Isa pun handak masok kanugri Galilia, lalu burtumulah iya dungan Filipus, maka kata Isa padanya, Ikutlah akan daku.

44Adapun Filipus itu orang Bethsaida, iya itu sa'nugri dungan Andria dan Petros.

45Maka burtumulah Filipus dungan Nathaniel, lalu burkatalah iya padanya, Bahwa kami sudah mundapat orang yang tulah disuratkan ulih Musa dalam tauret, dan sagala nabi nabi pun, iya itulah Isa anak Yusuf, orang Nazareth.

46Maka jawab Nathaniel, Bulihkah barang suatu yang baik itu kluar deri dalam Nazareth? Maka kata Filipus padanya marilah lihat.

47Sutlah dilihat Isa akan Nathaniel datang kapadanya itu, maka burkatalah iya, Lihatlah sa'orang orang Israel ini yang butul, maka tiada tipu daya padanya!

48Maka kata Nathaniel padanya, Bagimana grangannya angkau mungutaui aku? Maka sahut Isa, Dahulu deripada dipanggil ulih Filipus akan dikau, tutkala angkau lagi dibawah pohon ara itu, aku tulah mulihat angkau.

49Maka sahut Nathaniel, katanya, Ya Rabbi, angkaulah Anak Allah; dan angkaulah Raja orang Israel.

50Maka burkatalah Isa padanya, Purchayalah angkau subab aku burkata, aku tulah mulihat angkau dibawah pohon ara itu? bahwa angkau kulak akan mulihat purkara purkara yang turlebih busar deripada itu.

51Dan lagi pula kata Isa padanya, Sasunggoh sunggohnya aku burkata padamu, Bahwa kumdian deripada ini, angkau kulak akan mulihat langit turbuka, dan muliekat Allah naik turun kapada Anak manusia ini.



 <<  Yohanes 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran