Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 12 >> 

1BURMULA maka anam hari dahulu deripada hari raya langka itu, maka datanglah Isa kaBethani, ditumpat Lazarus yang tulah dihidopkannya.

2Maka disitulah dipurbuat ulih orang suatu purjamuan bagie Isa pada malam; maka Martha ada mulayani: tutapi Lazarus pun Sa'orang deripada marika itu yang duduk makan sahidangan dungan dia.

3Maka ulih Muriam diambilnya sa'kati minyak naruastu, yang mahal harganya, lalu digosokkannya pada kaki Isa, kumdian disapunya pula dungan rambutnya: maka rumah itupun sumurbalah bahu minyak yang harum itu.

4Arkian maka burkatalah sa'orang deripada muridnya, iya itu Juda Iskariot, anak Simon, maka iyalah akan munyurahkan Isa dungan tipunya,

5Mungapa minyak ini tiada dijual tiga ratus dinar, dibrikan pada orang miskin?

6Adapun iya burkata dumkian itu, bahwa bukannya subab iya susahkan hal orang miskin; mulainkan subab iya punchuri, ada iya mumugang pundi pundi harta bunda.

7Maka kata Isa, Biarkanlah prumpuan itu: kurna iya munyimpankan minyak itu handak mumakiekan akan daku pada hari aku dikuborkan.

8Kurna orang miskin itu slalu ada busurta dungan kamu; tutapi aku ini tiada busurta dungan kamu slalu.

9Subarmula maka kubanyakkan orang Yahudi yang tau bahwa Isa ada diBethani: maka datanglah marika itu, bahwa bukannya subab Isa sahja, mulainkan subab handak mulihat Lazarus, yang tulah dihidopkannya itu.

10Adapun sagala kupala kupala imam itu adalah burmufakat juga handak mumbunoh Lazarus itu.

11Maka subabnyalah kubanyakkan orang Yahudi purgi, surta purchaya akan Isa.

12Burmula maka kaesokkan harinya, didungar ulih orang banyak yang datang pada hari raya itu, bahwa Isa pun ada datang kaJerusalem,

13Maka diambillah ulih marika itu dahan khorma, lalu kluar supaya burtumu dungan dia, sambil bursru, Hosanna: Burbahgialah Raja orang Israel yang datang dungan nama Tuhan.

14Maka apabila didapati Isa sa'ekor kaldie muda, maka duduklah iya diatasnya itu; sapurti sudah tursurat,

15Janganlah takut, hie anak prumpuan Zion: lihatlah, bahwa Rajamu datang, dungan mungindrai sa'ekor kaldie muda.

16Adapun murid muridnya tiada mungurti sagala purkara itu pada mulanya: tutapi kumdian deripada Isa dapat kamuliannya, maka turingatlah marika itu bahwa sagala purkara ini sudah tursurat akan dia, dan lagi marika itu sundiri sudah burbuat sagala purkara itu padanya.

17Maka subab itu banyaklah orang yang ada busurta dungan dia tutkala iya burtreak Lazarus deri dalam kubor itu, dan munghidopkan dia, munjadi saksi.

18Maka subab itupun banyak orang purgi burtumu dungan dia, kurna marika itu sudah munungar akan hal iya mungadakan mujizat itu.

19Subab itu burkatalah orang Faresia sama sundirinya, Tiadakah angkau mulihat bahwa tiada bulih ditulong lagi? lihatlah isi dunia sudah mungikut akan dia.

20Burmula maka adalah bubrapa orang Grika diantara marika itu yang tulah datang subab sumbahyang pada hari raya itu:

21Maka datanglah marika itu kapada Filipus, iya itu orang Bethsaida ditanah Galilia, maka mumintalah marika itu padanya, katanya, Tuan, kami handak mulihat akan Isa.

22Maka datanglah Filipus mumbri tau Andria: maka Andria dan Filipus mumbri tau Isa pula.

23Maka disahut Isa pada marika itu, katanya, Waktunya tulah sampielah, Anak manusia itu patut dipurmuliakan.

24Bahwa sa'sunggoh sunggohnya aku burkata padamu, Jikalau kiranya sa'biji gandom yang tulah ditaborkan ditanah itu tiada mati, nuschaya iya itu tinggal sa'biji sahja: tutapi jikalau iya mati, maka iya kulak akan burbuah turlalu banyak.

25Maka barang siapa yang mungasihi akan dirinya, maka iya itu kulak hilang; dan barang siapa yang mumbunchi akan dirinya dalam dunia ini, maka iya itu kulak akan turplihara slama lamanya dalam akhirat.

26Maka barang siapa handak bupurhambakan dirinya padaku, maka handaklah iya mungikut aku; dan dimana ada aku, maka disanalah biar ada hambaku pun: dan jikalau barang siapa handak bupurhambakan dirinya padaku, maka iya akan mundapat hormat deri pada Bapaku.

27Adapun skarang turlalu dukachita hatiku; apakah aku handak burkata? Ya Bapa, lupaskanlah aku deripada waktu ini: tutapi adapun Subab aku handak mundapati waktu inilah, maka aku datang.

28Ya Bapa, purmuliakanlah namamu, Maka bursrulah suatu suara deri langit, katanya, Bahwa aku sudah purmuliakan namaku, dan lagi pula aku akan mumuliakan dia.

29Maka burkatalah orang banyak yang burdiri disana, surta munungar suara itu, katanya, Guroh burbunyi: maka kata orang lain pula, Muliekat burtutur dungan dia.

30Maka sahut Isa sambil burkata, Bahwa suara itu bukannya subab aku, mulainkan subab kamu skalian adanya.

31Maka skaranglah hukum dunia ini: dan skaranglah punghulu dunia ini akan dibuangkan kluar.

32Adapun apabila aku ini ditinggikan deri atas bumi, maka aku akan munggrakkan orang samua datang kapadaku.

33Adapun Isa mungatakan itu, iya itu munyatakan deri hal pri kumatiannya.

34Subarmula maka disahut orang yang banyak itu kapada Isa, katanya, Adapun kami skalian tulah munungar khabar deripada taurit, adapun Almasih itu kulak tinggal kukal: maka bagimana pula angkau ini burkata, Bahwa Anak manusia itu patut akan ditinggikan? siapakah grangan yang burnama Anak manusia itu?

35Maka kata Isa kapada sagala marika itu, Hanya sakutika lagi ada trang surta kamu. Maka handaklah kamu burjalan sudang kamu ada lagi munaroh trang itu, supaya jangan kamu kuglapan kulak: kurna orang yang burjalan dalam glap itu tiada iya tau kamanakah purginya.

36Adapun sudang kamu lagi munaroh trang itu, maka handaklah kamu purchaya akan trang itu, supaya kamu jadi anak anak trang itu. Sutlah sudah Isa burkata akan sagala purkara itu, maka undurlah iya purgi munyumbunyikan dirinya deripada marika itu.

37Maka jikalau dipurbuat Isa dihadapan marika itu bubrapa mujizat skali pun, tutapi tiada juga marika itu purchaya akan dia:

38Supaya gunaplah purkataan nabi Jessia, yang dikatakannya, Ya Tuhan, siapakah yang tulah purchaya akan khabar kami skalian? dan kapada siapakah tangan Tuhan tulah dinyatakan?

39Maka subab itulah marika itu tiada bulih purchaya adanya, kurna nabi Jessia burkata pula,

40Allah tulah mumbutakan matanya, dan mungraskan hatinya; supaya jangan marika itu mulihat dungan matanya, dan mungurti dungan hatinya, dan burtaubat, maka supaya jangan aku munyumbohkan dia.

41Maka adapun sagala purkara ini dikatakan ulih nabi Jessia itu, tutkala iya mulihat kamulian Isa, dan mungatakan deri halnya itu.

42Maka sunggoh pun ada juga banyak deripada punghulu yang purchaya akan dia: tutapi tiada marika itu mungaku itu subab orang Faresia, kurna takut jangan dibuang iya deri dalam kunisa:

43Kurna marika itu munghandaki puji deripada manusia turlebih deripada puji Allah.

44Maka bursrulah Isa sambil burkata, Barang siapa yang purchaya akan daku, bukannya iya itu purchaya akan daku, mulainkan purchaya kapada orang yang tulah munyurohkan aku.

45Dan barang siapa mulihat aku surasa iya mulihat akan dia yang tulah munyurohkan aku.

46Adapun aku tulah datang akan munjadi trang dalam dunia, supaya barang siapa yang purchaya akan daku, maka iya itu tiada turtinggal dalam glap.

47Maka jikalau barang siapa munungar purkataanku, tapi tiada iya purchaya, tiadalah aku munghukumkan dia: kurna aku datang ini bukannya munghukumkan orang dunia, mulainkan mumbri slamat akan orang dunia.

48Barang siapa yang munolakkan aku, dan tiada munarima purkataanku, maka ada sa'orang yang munghukumkan dia: maka purkataan yang kukatakan, itupun nanti munghukumkan dia pada hari kumdian.

49Kurna tiada aku mungatakan barang suatu deripada kahandak diriku; tutapi Bapa munyurohkan aku, surta iya mumbri hukum akan daku, barang yang patut kukatakan, dan barang yang patut kuajarkan.

50Maka aku mangataui bahwa hukumnya itu hidop kukal: maka subab itu barang suatu yang aku ajarkan itu, sapurti Bapa mungatakan kapada aku, dumkianlah juga aku ajarkan.



 <<  Yohanes 12 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran