Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 18 >> 

1BURMULA sutlah sudah Isa berkata kata akan sagala purkara itu, maka kluarlah iya surta dungan sagala murid muridnya purgi kasubrang anak sungie Kedron, maka adalah disana suatu kubon, maka masoklah Isa surta murid muridnya kudalam kubon itu.

2Adapun Yuda, orang yang munyurahkan Isa itupun taulah tumpat itu: kurna krap kali Isa sudah burhimpun disana surta dungan murid muridnya.

3Adapun sutlah sudah Yuda itu mundapat suatu pasukan lashkar, dan bubrapa mata mata deripada sagala kupala kupala imam dan orang Faresia itu, maka datanglah iya katumpat itu dungan tanglong dan suloh, surta tombak lumbing.

4Maka tulah dikutauilah ulih Isa sagala purkara yang akan burlaku atasnya, maka kluarlah iya, sambil burkata kapada marika itu, Siapakah yang kamu chari?

5Maka disahut marika itu akan dia, Isa orang Nazareth itu. Maka kata Isa pada marika itu, Bahwa akulah dia. Maka Yuda, yang munyurahkan dia itupun, adalah burdiri surta marika itu.

6Maka surta iya burkata pada marika itu, akulah dia, maka turundorlah marika itu kablakang, lalu jatoh kabumi.

7Maka burtanya pula iya pada marika itu, Siapakah yang kamu chari? Maka kata marika itu, Isa orang Nazareth itu.

8Maka jawab Isa, Bukankah aku kata padamu bahwa aku inilah dia: adapun jikalau kamu munchari aku, lupaskanlah orang orang ini biar purgi:

9Supaya gunaplah purkataan yang tulah dikatakannya itu, Bahwa tiada aku biarkan binasa salah suatu deripada orang orang yang tulah angkau kurniakan padaku.

10Adapun Simon Petros ada mumbawa pudang, maka dihunasnya, lalu ditutaknya akan hamba imam busar itu, putuslah tulinganya kanan. Adapun nama hamba itu Malkus.

11Maka kata Isa pada Petros, Sarongkanlah pudangmu itu: Adapun chawan minuman yang tulah dikurniakan ulih Bapaku akan daku itu, ta'kan jangan aku minum dia?

12Burmula lashkar surta punghulunya dan hulubalang orang Yahudi itupun datanglah munangkap Isa, lalu diikatnya akan dia.

13Maka burmula mula dibawanya akan Isa kapada Annas; kurna iya itu mintua Kaifah, maka iya itulah kupala imam pada tahun itu.

14Adapun Kaifah itulah orang yang mumbri nasihat pada orang orang Yahudi, katanya, Turutama sa'orang mati deripada kaum ini skalian.

15Maka Simon Petros dan lagi sa'orang murid yang lain ada mungikut Isa: adapun murid itu dikunal ulih kupala imam, surta masoklah iya bursama sama dungan Isa kudalam baleirong kupala imam itu.

16Tutapi Petros ada burdiri diluar pintu. Maka kluar murid lain itu yang dikunal ulih kupala imam itu, surta burkata kata dungan prumpuan pununggu pintu, lalu dibawanya Petros masok.

17Maka kata prumpuan yang mununggu pintu itu kapada Petros, Bukankah angkau pun murid orang itu? Maka jawab dia, Bukan.

18Maka burdirilah bubrapa hamba dan lashkar disitu, yang tulah munjadikan api arang; kurna musim dingin: maka burgangganglah marika itu: maka Petros pun ada burdiri disitu bursama sama burganggang

19Burmula maka burtanyalah kupala imam itu akan Isa deripada hal murid muridnya, dan deri hal pungajarannya.

20Maka disahut Isa akan dia, Bahwa dungan nyatanya juga aku tulah burkata pada sagala isi dunia ini; maka slalu aku mungajar dalam kunisa, dan dalam kaabah, ditumpat sagala orang Yahudi sa'hari hari burhimpun; maka bulom purnah aku burkata kata barang suatu dungan bursumbunyi.

21Mungapa angkau burtanya kapadaku? tanyalah kapada orang yang munungar apa apa yang tulah kukatakan: bahwa marika itu kutaui barang yang tulah aku burkata.

22Sutlah iya burkata dumkian, maka ada sa'orang lashkar yang burdiri dukatnya itu, munampar Isa, katanya, Bagitukah angkau munjawab pada imam?

23Maka sahut Isa akan dia, Jikalau aku burkata yang salah, unjukkanlah kusalahan itu: tutapi jikalau butul, mungapa angkau munampar aku?

24Maka Annas pun munyuroh bawa Isa kapada Kaifah imam busar itu dungan ikat ikatnya.

25Burmula maka Simon Petros pun ada lagi burdiri burganggang. Maka orang burkata padanya, Bukankah angkau pun sa'orang deripada murid murid orang itu? Maka bursangkallah iya, katanya, Bukan.

26Maka burkata pula sa'orang lagi deripada sagala hamba imam busar itu, maka iya itu kalurga orang yang diputuskan ulih Petros tulinganya itu, Bukankah aku tulah mulihat angkau didalam kubon bursama sama orang itu?

27Maka bursangkallah pula Petros lagi: maka sa'kutika itu juga burkokoklah ayam.

28Burmula maka dibawa oranglah akan Isa deripada Kaifah katumpat bichara: pada pagi hari; akan tutapi orang Yahudi sundiri tiada masok kudalam tumpat bichara itu, asal jangan jadi nujis marika itu; supaya bulih makan purjamuan hari raya langkah.

29Maka kluar Pilatus burtanya pada marika itu, Apakah kusalahan orang ini angkau handak adukan?

30Maka munyahutlah marika itu kapada Pilatus, Jikalau kiranya orang ini bukannya orang durhaka, tiadahlah kami mumbawakan dia kapadamu.

31Maka kata Pilatus pada marika itu, Ambillah kamu akan dia, hukumkanlah sapurti yang tursubut dalam tauritmu. Subab itu burkatalah orang Yahudi padanya, Tiada kita Orang dapat kuasa munghukumkan bunoh akan barang sa'orang:

32Supaya gunaplah purkataan Isa yang tulah dikatakannya, dungan bagimana pri kumatian iya akan mati.

33Kumdian maka Pilatus pun masoklah pula kudalam tumpat bichara, lalu dipanggilnya Isa, katanya, Iyakah angkau Raja orang Yahudi?

34Maka disahut Isa padanya, Purkataan angkau sundirikah ini, atau orang lainkah mungatakan itu padamu deri hal aku?

35Maka jawab Pilatus, Aku ini orang Yahudikah? Adapun kaummu dan sagala kupala kupala imam tulah mumbawa angkau kapadaku: apakah angkau sudah buat?

36Maka sahut Isa, Adapun krajaanku bukannya krajaan dunia ini: maka jikalau kiranya krajaan ku krajaan dunia ini, nuschaya rayatku tulah mulawanlah, supaya jangan aku disurahkan pada orang Yahudi: tutapi skarang krajaanku bukannya disini.

37Maka kata Pilatus padanya, Angkau sa'orang rajakah? maka jawab Isa, Sunggohlah sapurti katamu aku ini sa'orang raja. Maka subab itulah juga aku tulah dipuranakkan, dan subab itulah juga aku tulah datang kudalam dunia, supaya aku munjadi saksi akan kabunaran. Maka barang siapa deripada yang bunar, maka iya akan munungar purkataanku.

38Maka kata Pilatus akan dia, Apakah bunar itu? Maka sutlah iya burkata itu, maka kluarlah pula iya kapada orang Yahudi, lalu burkata pada marika itu, Tiadalah aku mundapat apa apa salah orang ini.

39Tutapi ada adat kamu, bahwa pada waktu hari langkah: aku mulupaskan sa'orang akan kamu: maukah angkau aku lupaskan akan dikau Raja orang Yahudi itu?

40Maka bursrulah marika itu, katanya, Jangan dia itu, mulainkan Barabba. Adapun Barabba itu sa'orang punyamun adanya.



 <<  Yohanes 18 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran