Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 4 >> 

1BURMULA apabila dikutaui ulih Isa bahwa orang Faresia pun tulah munungar akan halnya mundapat banyak orang murid lebih deripada Yahya, dan mumbaptisakan dia.

2(Tutapi bukannya Isa sundiri mumbaptisakan marika itu mulainkan murid muridnya sahja.)

3Maka Isa pun muninggalkan tanah Yahuda, lalu kumbalilah iya katanah Galilia.

4Maka turlebih sunanglah bagienya mumintas tanah Samaria.

5Hata maka sampielah iya dukat kapada suatu nugri dalam tanah Samaria, yang burnama Sykhar, iya itu dukat dungan sa'kuping tanah yang dibri ulih Yakob akan anaknya Yusof.

6Maka adalah disitu prigi Yakob. Maka subab Isa tulah punat burjalan itu, duduklah iya ditupi prigi itu: iya itu sa'kira kira pukul duablas tungah hari.

7Maka datanglah sa'orang prumpuan Samaria handak munchedok ayer itu: maka kata Isa padanya, Brilah aku minum.

8(Kurna murid muridnya itu sudah masok kudalam nugri mumbuli makanan.)

9Maka jawab prumpuan Samaria padanya, Bagimana bulih angkau orang Yahudi muminta minum deripada aku prumpuan Samaria ini? kurna orang orang Yahudi tiada burramah ramahan dungan orang Samaria adanya.

10Maka sahut Isa katanya, Jikalau sa'kiranya angkau kutaui akan anugrah Allah ini, dan siapakah yang tulah burkata kata kapadamu, Brilah minum kapadaku; nuschaya angkau mumintalah deripadanya, dan dibrinyalah akan dikau ayer yang hidop.

11Maka jawab prumpuan itu katanya, Tuhan, angkau tiada apa apa yang handak mumbuat chedok, lagi prigi ini dalam: maka derimanakah grangannya angkau bulih mundapat ayer yang hidop itu?

12Lebih busarkah angkau deripada moyang kami Yakob itu, yang tulah mumbri akan kami prigi ini, maka iyalah tulah muminum, surta dungan isi rumahnya, dan binatang binatangnya, deripada prigi ini?

13Maka sahut Isa, katanya, Barang siapa yang minum deripada ayer ini, maka iya kulak akan dahga pula:

14Tutapi barang siapa yang muminum akan ayer yang kubri padanya, skali kali tiadalah iya dahga lagi; adapun ayer yang kubri padanya itu akan munjadi suatu mata ayer dalamnya, yang burpancharlah sampie kapada hidop yang kukal.

15Maka kata prumpuan itu, Tuan, brilah sama sahya ayer itu, supaya tiada lagi sahya dahga atau datang kamari munchedok.

16Maka jawab Isa kapada prumpuan itu, Purgilah angkau panggil lakimu, datang kamari.

17Maka jawab prumpuan itu, Bahwa tiadalah sahya burlaki. Maka kata Isa, Butullah yang angkau kata, bahwa tiadalah sahya burlaki.

18Kurna lima orang sudah lakimu; adapun yang ada skarang ini pun bukannya lakimu: maka adalah deri hal ini katamu bunar adanya.

19Maka kata prumpuan itu kapadanya, Tuhan, bahwa dalam pungatauanku angkau ini nabi.

20Adapun nenek moyang kami sambahyang dibukit ini; maka kamu burkata, bahwa patutlah orang skalian sambahyang diJerusalem.

21Maka kata Isa padanya, Hie prumpuan, bahwa purchayalah angkau akan daku, adapun waktunya itu akan datang, maka pada masa itu kulak dibukit ini pun tidak, atau diJerusalem pun tidak orang munyambah Allah.

22Bahwa kamu tiada tau apa yang kamu sambahyang: adapun kami tau apa yang kami sambahyang: kurna slamat kukal itu deripada orang Yahudi.

23Akan tutapi waktu akan datang kulak, dan ada skarang pun, apabilah orang sambahyang dungan sa'bunarnya itu, maka iya itulah sambahyang akan Bapa itu dungan roh dan kabunaran: kurna Bapa itu munghandaki akan orang sambahyang dungan pri yang dumkian itu.

24Adapun Allah itu Roh adanya: dan orang yang munyumbah akan dia itupun dapat tiada munyumbah dungan Roh dan kubunaran.

25Maka kata prumpuan itu padanya, Kami tulah mungutaui bahwa Messias akan datang yang burgular Almasih: maka apabila iya datang kulak iyalah nanti mungajar akan kami sagala purkara.

26Maka jawab Isa padanya, Adapun yang burkata kata dungan angkau ini iya itu dia.

27Hata maka datanglah murid muridnya pada kutika itu, surta dungan hierannya subab mulihat Isa burkata kata dungan prumpuan itu: tutapi sa'orang pun deripada marika itu tiada kata, Apakah angkau kahandaki? atau, Mungapakah angkau burtutur dungan prumpuan ini?

28Maka prumpuan itupun muninggalkan buyongnya, lalu masok kudalam nugri, surta burkata kapada orang orang,

29Marilah lihat ada sa'orang orang, yang tulah mungatakan kapadaku sagala purkara yang tulah kupurbuat: bukankah ini Almasih?

30Sutlah itu maka kluarlah bubrapa orang deri dalam nugri itu, datang mundapatkan Isa.

31Burmulah maka antara itu adalah murid muridnya muminta kapadanya, katanya, Guru, makanlah.

32Maka jawab Isa kapadanya, Ada kapadaku rizki akan makananku yang tiada kamu kutaui.

33Subab itu maka kata murid muridnya itu sa'orang dungan sa'orang, Adakah grangannya orang mumbawa akan apa apa makanan kapadanya?

34Maka kata Isa pada marika itu, Adapun rizkiku itu iya itu akan burbuat kahandak Allah yang tulah munyurohkan aku, surta munyampornakan pukurjaannya.

35Bukankah kamu burkata, Bahwa ampat bulan lagi bahru datang musim orang munuwie? sasunggohnya aku burkata padamu, Angkatkanlah matamu, lihatlah pada ladang ladang itu; kurna sampie putihlah punuwieannya.

36Maka orang yang munuwie itu mundapat upah, dan mungumpulkan buah buahan itu sampie kapada hidopan yang kukal: supaya orang yang munabur dan yang munuwie itupun bursama samalah kasukaannya.

37Maka inilah purkataan yang bunar, iya itu, Bahwa sa'orang munabor, dan sa'orang lain munuwie.

38Bahwa aku munyurohkan kamu munuwie purkara yang tiada kamu punat lulahkan dia: maka orang lain burlulah, tutapi kamu tulah mundapat kululahannya.

39Shahadan maka banyaklah orang Samaria dalam nugri itu purchayalah akan dia subab purkataan prumpuan itu, munyatakan katanya, Bahwa orang itu mungatakan padaku sagala purkara yang tulah kupurbuat itu.

40Maka subab itulah sutlah datang orang Samaria itu kapada Isa, maka dipinta supaya iya tinggal bursama sama dungan dia orang: shahadan maka tinggallah iya disana dua hari.

41Maka banyaklah pula orang yang lain pun purchaya subab munungar purkataan Isa sundiri;

42Maka burkatalah marika itu kapada prumpuan itu, Adapun skarang kami purchaya, bukannya subab purkataanmu: kurna kami sundiri tulah munungar, dan mungutaui bahwa inilah sunggoh sunggoh Almasih itu, iya itu Punulong orang isi dunia.

43Maka sutlah kumdian deripada dua hari, maka kluarlah iya deri sana, lalu purgilah kaGalilia.

44Kurna Isa sundiri tulah bursaksi, adapun sa'orang nabi itu tiada mundapat hormat dalam nugrinya sundiri.

45Sutlah itu apabila sampielah iya kutanah Galilia, maka kluarlah orang Galilia itu munyambut akan dia, kurna marika itu tulah mulihat sagala purkara yang dipurbuatnya diJerusalem pada tutkala hari raya itu: subab marika itu pun ada purgi pada hari raya itu.

46Arkian maka kumbalilah pula Isa kanugri Kana ditanah Galilia, yang ditumpat ayer dijadikannya anggor itu. Maka adalah sa'orang orang bangsawan anu, maka anaknya laki laki ada sakit diKapernaum.

47Maka apabila didungarnya bahwa Isa tulah datang deri tanah Yahuda katanah Galilia, maka purgilah iya muminta kapadanya supaya iya datang munyumbohkan anaknya itu: kurna hampirlah iya akan mati.

48Maka kata Isa kapadanya, Adapun jikalau tiada kamu mulihat sundiri bubrapa tandah dan mujizat, maka tiada kamu mahu purchaya.

49Maka jawab orang bangsawan itu kapadanya, Tuan, marilah kiranya turun dahulu sa'blom anakku itu mati.

50Maka burkatalah Isa kapadanya, Purgilah angkau pulang; bahwa anakmu itu hidop. Maka iyapun purchayalah akan purkataan yang dikatakan ulih Isa kapadanya itu, maka lalu pulanglah iya.

51Maka sa'muntara iya burjalan itu, burtumulah iya dungan bubrapa hambanya mumbawa khabar, katanya, Bahwa anakmu adalah hidop.

52Sutlah itu burtanyalah iya kapada marika itu, Pada waktu bilakah iya mumulai sunang itu? Maka jawab marika itu kapadanya, Kamarin adalah kira kira pukul satu tungah hari itu hilang dumamnya.

53Maka dikutauilah ulih bapanya pada jam itulah Isa tulah burkata kapadanya, Bahwa anakmu hidop: maka purchayalah iya surta dungan sagala isi rumahnya.

54Maka inilah pula mujizat yang kadua yang dipurbuat ulih Isa, apabila iya kluar deri tanah Yahuda katanah Galilia.



 <<  Yohanes 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel