Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Yohanes 4 >> 

FATSAL IV.

1KŬKASIH, janganlah kamu pŭrchaya pada sagala roh, tŭtapi chobalah akan sagala roh itu jikalau deripada Allah adanya; kŭrna banyaklah nabi dusta tŭlah datang kadalam dunia.

2Maka dŭngan hal inilah kamu mŭngŭnal akan Roh Allah, bahwa sagala: roh yang mŭngaku Isa Almasih tŭlah datang dŭngan pri manusia, iya itulah deripada Allah adanya.

3Dan sagala roh yang tiada mŭngaku Isa Almasih tŭlah datang dŭngan pri manusia itu, maka iya itu bukannya deripada Allah; maka inilah roh yang lawanan Almasih, yang tŭlah kamu mŭnŭngar iya kŭlak datang, maka skarang inipun adalah iya dalam dunia.

4Anak kŭchil kŭchil, kamu inilah deripada Allah, dan kamu tŭlah mŭnang atas marika itu, sŭbab tŭrlebih bŭsarlah adanya yang didalammu itu deripada yang ada dalam dunia.

5Maka marika itulah deri pada dunia, sŭbab itulah iya bŭrkata kata derihal dunia, dan orang isi dunia itupun mŭnŭngarlah akan pŭrkataannya.

6Adapun kami inilah deri pada Allah adanya; maka orang yang mŭngatahui akan Allah itu, didŭngarnyalah pŭrkataan kami; adapun orang yang bukannya deripada Allah itu, tiadalah didŭngarnya pŭrkataan kami. Maka dŭngan hal inilah kami mŭngŭnal Roh yang bŭnar itu, deripada yang sŭsat itu.

7Kŭkasih, biarlah kami mŭngasihi sa’orang akan sa’orang: kŭrna kasih itu deripada Allah; dan barang siapa yang mŭngasihi iya itulah tŭlah dipranakkan ulih Allah, dan mŭngatahui akan Allah.

8Dan barang siapa yang tiada mŭngasihi itu iya tiada mŭngŭnal akan Allah; kŭrna Allah itulah kasih adanya.

9Maka dŭngan inilah kasih Allah akan kami tŭlah nyata, sŭbab Allah tŭlah mŭnyurohkan anaknya yang tunggal itu kadalam dunia, supaya kami hidop dŭngan bŭrkatnya.

10Maka inilah kasih bukannya kami mŭngasihi akan Allah, mŭlainkan iya juga tŭlah mŭngasihi akan kami, dan iya tŭlah mŭnyurohkan anaknya akan mŭnjadi korban pŭrdamiean sŭbab dosa kami.

11Kŭkasih, jikalau kiranya dŭmkianlah Allah mŭngasihi akan kami, maka patutlah kami pun mŭngasihi sa’orang akan sa’orang.

12Maka barang sa’orang pun bŭlom pŭrnah mŭlihat akan Allah; Jikalau kiranya kami mŭngasihi sa’orang akan sa’orang, adalah Allah dalam kami, dan kasihnya itupun sampornalah dalam kami.

13Maka dŭngan hal inilah kami mŭngatahui, bahwa kami ada diam dalamnya, dan iya dalam kami, sŭbab tŭlah dikurniakannya kapada kami Rohnya.

14Maka kami tŭlah sudah mŭlihat dan mŭnjadi saksi, bahwa Ayah itu tŭlah mŭnyurohkan anaknya itu akan mŭnjadi pŭnulong dunia.

15Maka jikalau barang siapa mŭngaku bahwa Isa itu anak Allah adanya, adalah Allah dalamnya, dan iya pun dalam Allah.

16Maka kami tŭlah sudah mŭngŭnal sŭrta pŭrchaya akan kasih itu yang tŭlah ditarohkan Allah bagie kami, maka Allah itu kasih adanya; dan barang sa’orang yang dudok dalam kasih itu maka iyalah dalam Allah adanya, dan Allah itupun dalamnya.

17Maka dŭmkianlah kasih kami itu tŭlah samporna adanya, supaya kŭlak kami mŭndapat brani pada hari kiamat: bahwa spŭrti Allah itu, maka dŭmkianlah hal kami dalam dunia inipun.

18Maka tiadalah takot dalam kasih, tŭtapi kasih yang samporna itu mŭnolakkan takot itu, kŭrna takot itu mŭngadakan sakit; maka adapun orang yang takot itu tiadalah iya disampornakan dalam kasih.

19Maka kami mŭngasihi akan dia itu, sŭbab iya tŭrdahulu mŭngasihi akan kami.

20Maka jikalau barang sa’orang bŭrkata, Bahwa aku mŭngasihi akan Allah, tŭtapi iya mŭmbŭnchikan saudaranya, iya itu pŭmbohong adanya; kŭrna orang yang tiada mŭngasihi saudaranya itu yang tŭlah dilihatnya, maka bagimanakah kŭlak iya bulih mŭngasihi akan Allah yang tiada dilihatnya?

21Bahwa hukum inilah yang kami tŭlah mŭndapat deripadanya. Barang siapa yang mŭngasihi akan Allah, maka iyalah mŭngasihi saudaranya pun.



 <<  1 Yohanes 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran