Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Efesus 5 >> 

FATSAL V.

1SŬBAB itu jadilah kamu pŭnurot akan Allah spŭrti kanak kanak yang kŭkasih;

2Dan bŭrjalanlah kamu dŭngan kasih spŭrti Almasih mŭngasihi kami, dan tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya ulih sŭbab kami, akan pŭrsŭmbahan dan korban kapada Allah, akan mŭnjadi bahu bahuan yang harum adanya.

3Tŭtapi zinah, dan sagala pŭrbuatan nŭjis atau tŭmaa itu, janganlah skali kali dibabitkan orang kamu, sŭbab gŭlaran kamu orang salih.

4Baik pŭrkataan kotor, atau bodoh, atau jŭnaka yang tiada bŭrpatutan, mŭlainkan tŭrlebih baik mŭnguchap shukor.

5Kŭrna kamu tŭlah mŭngatahui ini, bahwa ta’da barang sa’orang bŭrzinah, atau chŭmar, atau tŭmaa yang mŭnyŭmbah bŭrhala itu mŭmpunyai pusaka skalipun dalam krajaan Almasih dan Allah.

6Maka janganlah kiranya barang sa’orang pun mŭnipu kamu dŭngan pŭrkataan yang sia sia: kŭrna sŭbab pŭrkara pŭrkara inilah mŭndatangkan morka Allah ka’atas sagala anak anak dŭrhaka.

7Maka sŭbab itulah jangan kamu tŭrmasok masok dŭngan dia.

8Kŭrna dahulu kamu ini ada dalam glap, tŭtapi skarang kamu sudah trang dŭngan bŭrkat Tuhan: maka bŭrjalanlah kamu spŭrti anak anak trang.

9Kŭrna buah buahan Roh itu nyatalah dŭngan sagala kabajikan, dan ka’adilan, dan kabŭnaran.

10Sŭrta nyatakanlah barang pŭrkara yang ditrima ulih Tuhan.

11Maka janganlah kamu sŭdaya dŭngan pŭrbuatan yang glap yang tiada mŭmbri buah itu, tŭtapi tŭrlŭbih baik kamu mŭnŭgorkan dia.

12Kŭrna malulah adanya, jikalau disŭbutkan barang pŭrkara yang dipŭrbuat ulih marika itu dŭngan tŭrsŭmbunyi skalipun.

13Tŭtapi sagala pŭrkara yang patut ditŭgorkan itu, iya itu tŭlah dinyatakan ulih trang, kŭrna sagala sŭsuatu yang mŭnyatakan iya itulah trang adanya.

14Maka sŭbab itulah Allah bŭrfŭrman, Bangunlah angkau hie pŭnidor, dan bŭrbangkitlah deripada mati, maka Almasih kŭlak akan mŭnŭrangkan kamu.

15Skarang tengoklah, supaya kamu bŭrjalan dŭngan hematnya, bukannya spŭrti orang gila, mŭlainkan spŭrti orang bŭrakal.

16Tŭbuslah akan waktu, sŭbab kŭrna masa masanya itu jahat adanya.

17Sŭbab itu janganlah kamu bodoh, mŭlainkan handaklah kamu mŭngarti apakah kahandak Tuhan itu.

18Dan janganlah kamu mabok dŭngan minum anggor, sŭbab tŭrlampaulah adanya, tŭtapi handaklah kamu bŭrpŭnoh dŭngan Roh.

19Bŭrkata katalah kamu sa’orang akan sa’orang dŭngan mŭnyanyi mazmor, dan tahlil, dan shayer rohani; bŭrnyanyilah dan bŭrlagulah dalam hati kamu bagie Tuhan.

20Mŭnguchap shukorlah sŭntiasa kapada Allah Ayah itu, ulih sŭbab sagala pŭrkara dŭngan bŭrkat nama Tuhan kami Isa Almasih;

21Tundoklah kamu sa’orang akan sa’orang dŭngan takut akan Allah.

22Istri istri, ta’loklah dirimu kapada swamimu, spŭrti kapada Tuhan.

23Kŭrna swami itu mŭnjadi kŭpala istri, itupun spŭrti Almasih mŭnjadi kŭpala sidang jŭmaah: maka adalah iya itu pŭnulong tuboh itu.

24Maka sŭbab itu spŭrti sidang jŭmaah itu ta’lok kapada Almasih, maka dŭmkianlah handaknya sagala istri itupun pada swaminya dalam tiap tiap pŭrkara.

25Swami swami kasihilah akan istrimu, spŭrti Almasih mŭnggasihi sidang jŭmaah itu, dan tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya gantinya itu.

26Supaya disuchikan Isa akan dia sŭrta dipŭrsihkannya dŭngan ayer ulih fŭrman.

27Supaya dihadapkannya dia bagie dirinya sŭndiri, iya itu suatu sidang jŭmaah yang mulia, dŭngan tiada barang bŭlang, atau bŭrkŭrot kŭrot, atau barang sŭbagienya, mŭlainkan suchi dŭngan tiada bŭrchŭla.

28Maka dŭmkian juga patut sagala swami itupun mŭngasihi istrinya spŭrti tubohnya sŭndiri; adapun orang yang mŭngasihi akan istrinya itu, spŭrti iya mŭngasihi dirinya sŭndiri.

29Kŭrna tiada pŭrnah barang sa’orang jua pun yang mŭmbŭnchikan dagingnya sŭndiri, mŭlainkan dipliharakannya, dan dikasihinya akan dia, mŭskipun spŭrti yang dipŭrbuat ulih Tuhan akan sidang jŭmaah.

30Kŭrna kami inilah anggota anggota tubohnya, dan dagingnya, dan tulang tulangnya.

31Maka ulih sŭbab itu, patutlah sa’orang itu mŭninggalkan ayah bondanya, dan bŭrhubong dŭngan istrinya, maka kaduanya itu mŭnjadi suatu daging juga adanya.

32Maka inilah suatu rahsia yang bŭsar; akan tŭtapi aku bŭrtutor ini derihal Almasih, dan sidang jŭmaah.

33Kŭndatilah, handaklah kiranya masing masing orang deripada kamu itu, mŭngasihi istrinya spŭrti dirinya sŭndiri, dan handaklah pula istri itu pun mŭmbri hormat akan swaminya.



 <<  Efesus 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran