Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 1 >> 

FATSAL I.

1ADAPUN hikayat yang pŭrtama itu tŭlah kukarangkan hie Theofilus, derihal sagala sŭsuatu yang dipŭrbuat dan diajar ulih Isa.

2Maka sampielah pada hari tŭtkala iya dinaikkan, kumdian deripada itu iya bŭrpŭsan dŭngan tulong Roh Alkudus pada sagala rasol yang dipilehnya:

3Maka dŭngan bŭbrapa saksi yang ta’dapat dibohongkan pun, iya mŭnunjokkan dirinya hidop pada marika itu kumdian deripada sŭngsaranya, sŭbab sudah dilihat ulih marika itu akan dia ampat puloh hari lamanya, dan iya pun ada bŭrkata kata pada marika itu sagala prihal krajaan Allah.

4Maka tŭngah iya bŭrhimpun sŭrta dŭngan marika itu, maka dipŭsannya, bahwa janganlah marika itu mŭninggalkan Jerusalem, mŭlainkan nantikanlah pŭrjanjian Ayah yang tŭlah kamu mŭnŭngar deripadaku itu.

5Kŭrna sungguh pun Yahya tŭlah mŭmbaptisakan dŭngan ayer, tŭtapi kamu ini akan dibaptisakan pula dŭngan Roh Alkudus kŭlak tiada brapa hari kumdian.

6Hata maka apabila marika itu tŭlah bŭrhimpun, bŭrtanyalah iya katanya, Tuhan, angkaukah skarang handak mŭmulangkan kŭmbali krajaan kapada orang Israil?

7Maka jawabnya pada marika itu, Bukannya patut kamu mŭngŭtahui sagala waktu, atau kutika yang tŭlah tŭrsi mpan ulih Ayah dŭngan kwasanya sŭndiri

8Tŭtapi apabila datang kŭlak Roh Alkudus itu kapadamu, bahrulah kamu mŭnŭrima kwasa, maka kamu akan mŭnjadi saksiku, baik diJerusalem, baik dalam sluroh tanah Yahuda, dan Samaria, sampie kahujong bumi.

9Sŭbarmula sŭtlah sudahlah iya mŭngatakan sagala pŭrkara ini, maka diangkatkanlah iya; sŭmŭntara dilihat ulih marika itu akan dia, lalu dikŭlubungi ulih suatu awan, sahingga lŭnyaplah iya deripada pŭmandangan marika itu.

10Maka apabila marika itu mŭrŭnung rŭnung kŭlangit antara iya diangkatkan itu, hieran, sŭkunyong kunyong maka adalah dua orang tŭrdiri disisi marika itu dŭngan mŭmakie pakiean puteh,

11Katanya, Hie kamu skalian orang Galilia, mŭngapa kamu bŭrdiri mŭnŭngadah kŭlangit? Adapun Isa yang tŭlah diangkatkan deripadamu kashorga itu, maka dŭmkianlah juga iya akan datang kŭmbali kŭlak spŭrti yang kamu lihat iya naik kashorga itu.

12Shahadan sŭtlah itu maka pulanglah marika itu kaJerusalem deripada bukit yang bŭrnama Zieton itu; adapun jauhnya deri Jerusalem itu, iya itu sŭjauh pŭrjalanan pada hari sabtu.

13Maka sŭrta sudah marika itu skalian masok, maka naiklah iya kŭdalam suatu bilek diloteng, tŭmpat kŭdiaman Petros, dan Yakob, dan Yahya, dan Andria, Filipus, dan Thomas Bartholomew, dan Mathias, Yakob bin Alfius, dan Simon Zelotus, dan Yudas saudara Yakob itu.

14Maka sagala marika itu adalah bŭrsama sama dŭngan satu hati, sŭrta mŭmohonkan dŭngan doa, bŭsŭrta dŭngan sagala pŭrampuan, dan Mŭriam ibu Isa itu, sŭrta dŭngan adek kakak Isa.

15¶ Bŭrmula maka pada masa itu bŭrdirilah Petros diantara sagala murid itu, adapun sagala orang yang mŭngadap itu adalah kira kira sa’ratus dua puloh orang banyaknya.

16Katanya, Hie sagala tuan tuan dan saudara skalian, bahwa saharusnyalah akan digŭnapi pŭrkataan kitab yang tŭlah dahulu dikatakan Roh Alkudus, iya itu dŭngan mulot Daud, derihal Yudas yang tŭlah jadi pŭnganjor sagala orang yang mŭnangkap Isa.

17Kŭrna adalah iya itu sama taranya dŭngan kami, dan iya pun tŭlah bŭrulih bahgian jawatan ini.

18Adapun orang itu tŭlah mŭmbli suatu padang dŭngan upah kŭsalahannya itu, maka jatohlah iya tŭrjŭrumus, lalu pŭchahlah protnya, tŭrburielah sagala isi protnya itu.

19Maka dikŭtahuilah ulih sagala orang yang diam dinŭgri Jerusalem akan hal itu, sahingga padang itu disŭbutkan orang dŭngan bahsanya, Akeldama, iya itu Padang darah.

20Kŭrna tŭlah tŭrsurat dalam kitab Zabor, dŭmkian: Bahwa biarlah tŭmpat kŭdiamannya mŭnjadi sunyi, maka jangan orang dudok dalamnya itu, maka biarlah orang lain mŭngambil jawatannya itu.

21Maka sŭbab itu deri antara sagala orang yang tŭlah bŭrsama sama dŭngan kami ini pada sŭdiakala, kutika Tuhan Isa itu bŭrspŭgi dŭngan kami.

22Iya itu mulanya deripada baptisan Yahya hingga sampie kapada masa tŭtkala iya diangkatkan deripada kami, haruslah sa’orang akan ditŭntukan mŭnjadi saksi bŭrsama sama dŭngan kami, akan hal Isa itu tŭlah dihidopkan pula.

23Maka ditŭntukan ulih marika itu dua orang, iya itu Yusof tŭrsŭbut Bŭrsabas, yang bŭrgŭlar Jastus, dan lagi Mathias.

24Maka marika itu pun mŭmintalah doa, katanya, Ya Tuhan, bahwa angkaulah yang mŭngŭtahui akan hati sagala orang; tunjokkanlah kiranya diantara salah sa’orang dalam kadua orang ini yang angkau tŭlah mŭmileh:

25Supaya ditrimanya bahgian jawatan dan pangkat rasol, maka deripada inilah Yudas tŭlah tŭrchŭbor sŭbab dŭrhaka, supaya iya masok kŭdalam tŭmpatnya sŭndiri.

26Maka dibuanglah ulih marika itu undi, maka kŭnalah Mathias, maka iya pun dibilangkanlah masok jŭmŭlah bŭrsama sama dŭngan sa’blas rasol itu.



 <<  Kisah Para Rasul 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran