Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kolose 1 >> 

FATSAL I.

1BAHWA Paulus sa’orang rasul Isa Almasih dŭngan kahandak Allah, sŭrta Timothius saudara kami;

2Iya itu datang kapada orang orang salih sŭrta saudara saudara mumin dalam Almasih, yang ada dinŭgri Kolossi, maka biarlah kiranya nihmat atas kamu, dan sŭjahtralah deripada Allah, iya itu Ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih.

3Maka kami mŭnguchap shukorlah kapada Allah, iya itu Ayah Tuhan kami Isa Almasih, sŭrta mŭmintakan doa pada sŭdiakala akan kamu.

4Sŭmŭnjak kami mŭnŭngar derihal iman kamu akan Isa Almasih, sŭrta derihal kasih kamu kapada sagala orang salih itu.

5Maka deri sŭbab harap yang tŭlah disimpankan bagie kamu dalam shorga, spŭrti yang tŭlah kamu mŭnŭngar dahulu pŭrkataan bŭnar deripada Injil itu.

6Maka iya itu tŭlah datang kapada kamu sŭrta kapada sagala alam; dan yang tŭlah bŭrbuahlah spŭrti yang ada kapadamu pun, sŭmŭnjak deripada hari yang kamu tŭlah mŭnŭngar itu, dan mŭngatahui anugrah Allah dŭngan sŭbŭnarnya.

7Spŭrti yang kamu pŭlajari pula deripada kŭkasih kami Epafras yang sama hamba dŭngan kami, iya itu bagie kamu sa’orang guru mumin Almasih.

8Danlagi iya tŭlah mŭnchŭrtrakan kapada kami akan kasihmu deripada Roh.

9Maka sŭbab itulah deri sŭmŭnjak hari kami mŭnŭngar itu, maka kami pun tiadalah bŭrhŭnti deripada mŭndoakan kamu, sambil mŭmohonkan supaya kamu dipŭnohi dŭngan pŭngatahuan kahandak Allah dalam sagala hikmat, dan budiman yang tŭrbit deri Roh itu.

10Supaya kamu mŭnjalani dŭngan layaknya bagie Tuhan dalam sagala karelaannya, sŭrta bŭrbuah dalam sagala pŭrbuatan yang baik, dan bŭrtambah tambahlah dalam pŭngatahuan Allah.

11Supaya dikwasakanlah tŭramat sangat mŭnurot gagah kamuliaannya dalam sagala sabar, dan panjang hati, dŭngan kagŭmaran;

12Mŭnguchap shukorlah kapada Ayah yang tŭlah mŭlayakkan kami akan bŭrulih bahgian deripada pusaka orang orang salih dalam trang;

13Yang tŭlah mŭlŭpaskan kami deripada kwasa gŭlap, dan tŭlah mŭmindahkan kami kapada krajaan Anaknya yang kŭkasih itu.

14Maka dŭngan dialah juga kami tŭlah mŭndapat tŭbusan ulih bŭrkat darahnya, iya itu kaampunan sagala dosa.

15Maka iyalah juga pŭta Allah yang tiada klihatan, iya itulah anak sulong deripada sagala kajadian.

16Kŭrna deripadanyalah juga sagala pŭrkara tŭlah dijadikan, baik dilangit, baik dibumi, deripada yang lahir, dan batin, baik singgahsana singgahsana, baik pŭrtuan pŭrtuanan, baik pŭmrentah pŭmrentahan, baik pŭnguasa pŭnguasaan, sagala pŭrkara itu tŭlah jadi ulihnya, dan sŭbabnya.

17Maka iyalah juga yang tŭrdahulu deripada sagala sŭsuatu, dan sagala sŭsuatu itu tŭrplihara ulihnya.

18Dan iyalah juga kŭpala tuboh, iyaani sidang jŭmaah; maka iya itulah pŭrmulaan anak sulong deripada orang mati supaya iyalah kŭlak mŭndapat pangkat yang tŭrutama atas sagala pŭrkara.

19Kŭrna dipŭrkŭnankan Allah, supaya dalamnyalah sagala kŭlangkapan itu diam.

20Dan sŭbab iya tŭlah mŭndatangkan pŭrdamiean dŭngan bŭrkat darah salibnya itu, maka deripadanyalah juga dipŭrdamiekannya sagala sŭsuatu bagienya sŭndiri; deripadanyalah juga aku kata, baik sagala pŭrkara yang diatas bumi, baik sagala pŭrkara yang dilangit, dipŭrdamiekan.

21Maka kamu yang dahulu orang asing, lagi bŭrsŭtru dalam hatimu dŭngan sagala pŭrbuatan yang jahat, tŭtapi skarang sudahlah dipŭrdamiekan,

22Dŭngan daging tubohnya ulih bŭrkat kamatiannya, supaya mŭnghadapkan kamu dŭngan suchinya, dan dŭngan tiada bŭrkŭchŭlaan, dan dŭngan tiada bŭrsalah kahalratnya.

23Jikalau kamu tinggal bŭralas sŭrta tŭtap kiranya dalam iman, dŭngan tiada bŭrgrak deripada harap akan Injil yang kamu tŭlah mŭnŭngar, dan yang tŭlah dimashorkan diantara sagala manusia yang dibawah langit; maka dalam hal itulah aku ini Paulus tŭlah dijadikan sa’orang utusan.

24Yang ada bŭrsukachita skarang ini dalam sagala kasukaranku kŭrna kamu, dan handak mŭnggŭnapi pula barang yang pŭninggalan kasukaran Almasih didagingku, kŭrna sŭbab tubohnya, iya itulah sidang jŭmaah.

25Maka deri hal itulah aku tŭlah mŭnjadi sa’orang utusan mŭnurot pŭratoran prentah Allah yang tŭlah dikurniakannya padaku, iya itu kŭrna kamu akan mŭnggŭnapi pŭrkataan Allah.

26Maka maskipun rahsia itu yang tŭlah tŭrsŭmbunyi deripada bŭbrapa zaman, dan deripada bŭbrapa katuronan, tŭtapi skarang tŭlah dinyatakan kapada sagala orang salihnya.

27Maka kapada marika itulah dikahandaki Allah mŭnyatakan bagimana kŭkayaan kamulian rahsia ini grangannya diantara orang sŭsat; iya itu Almasih diantaramu mŭnjadi pŭngharapan kamulian adanya.

28Yang kami mŭmashorkan sŭrta mŭmbri nasihat pada masing masing orang, dan mŭngajar masing masing orang dalam hal sagala budi, supaya kŭlak kami mŭnghadapkan masing masing orang itu dŭngan sampornanya dalam Isa Almasih.

29Maka dalam hal itulah juga aku pula bŭrlŭlah, dŭngan bŭrlumba lumba, mŭnurot kuat kŭrjanya yang bŭkŭrja dalam diriku, dŭngan gagah sangat adanya.



 <<  Kolose 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran