Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 11 >> 

FATSAL XI.

1MAKA skali pŭrstua tŭngah iya sudah mŭminta doa dalam suatu tŭmpat, sŭtlah habis, sa’orang deripada murid muridnya kata kapadanya, Tuhan, ajarkanlah kami mŭminta doa spŭrti yang diajarkan ulih Yahya akan murid muridnya.

2Maka katanya kapada marika itu, Apabila kamu mŭminta doa, kata, Ayah kami yang ada dishorga, suchilah kiranya namamu, krajaanmu datanglah, kahandakmu jadilah spŭrti dalam shorga dŭmkianlah dibumi:

3Brilah akan kami sa’hari harian rŭzki kami:

4Dan ampunilah akan dosa kami, kŭrna kami pun mŭngampuni akan sagala orang yang bŭrsalah kapada kami, dan janganlah bawa kami kŭdalam pŭrchobaan, mŭlainkan lŭpaskanlah kami deripada yang jahat.

5Maka katanya kapada marika itu, Siapakah deripada kamu ada sa’orang sahabat, maka angkau handak pŭrgi kapadanya tŭngah malam, dan bŭrkata kapadanya, sahabat, brilah pinjam akan daku tiga buah roti;

6Kŭrna sa’orang sahabat dalam pŭrjalannya tŭlah datang kapadaku, maka suatu pun tiada kapadaku handak kuhadapkan kapadanya.

7Maka orang yang deri dalam akan mŭnjawab, katanya, Janganlah mŭnyusahkan aku, pintu itu sudah tŭrtutop skarang, maka anak anakku pun ada bŭrsama sama aku ditŭmpat tidor, tiadalah bulih aku bangun dan mŭmbri akan dikau.

8Aku bŭrkata kapadamu, mŭski pun iya tiada bangun mŭmbri akan dia, sŭbab sahabatnya, tŭtapi sŭbab diringek ringeknya, nanti iya bangun mŭmbri akan dia brapa banyak iya mahu.

9Maka aku bŭrkata kapadamu, pinta, maka kŭlak akan dibri kapadamu; chari, maka angkau akan mŭndapat; kŭtoklah, maka kŭlak akan dibukakan kapadamu.

10Kŭrna barang siapa yang mŭminta, akan dibrinya; dan orang yang mŭnchari, akan mŭndapat; dan kapada orang yang mŭngŭtok kŭlak akan dibukakan.

11Jikalau sa’orang anak kŭlak mŭminta roti kapada barang siapa deripada angkau, iya itu sa’orang bapa, ta’kan iya mŭmbri akan dia sa’buah batu? atau jikalau dipintanya sa’ekor ikan, ta’kan dibrinya ganti ikan itu sa’ekor ular?

12Atau jikalau kiranya dipintanya sa’biji tŭlor, ta’kan dibrinya sa’ekor kalajŭngking?

13Maka jikalau kiranya kamu yang jahat tahu bagimana mŭmbri pŭmbrian yang baik kapada anak anakmu, istimewa Ayahmu yang ada dishorga mŭmbri akan Roh Alkudus kapada orang yang mŭminta kapadanya.

14¶ Maka Isa tŭlah mŭmbuangkan sa’orang hantu deri pada sa’orang kŭlu, maka skali pŭrstua apabila hantu itu tŭlah kluar, orang kŭlu itu pun bŭrkata katalah; maka kaum itu pun hieranlah.

15Tŭtapi kata sŭtŭngah marika itu, Iya mŭmbuangkan hantu itu kluar dŭngan kwasa Balzebab, pŭnghulu hantu itu.

16Maka lain lain orang mŭnchobai akan Isa mŭminta deripadanya suatu tandah deri langit.

17Tŭtapi dikŭtahuinya fikirannya, katanya kapada marika itu, Tiap tiap krajaan yang bŭrchŭdra sama sŭndirinya, iya itu akan binasa; dan sa’buah rumah bŭrchŭdra dŭngan sa’buah rumah, jatohlah iya.

18Jikalau Shietan itu pun bŭrchŭdra sama sŭndirinya, bagimanakah kŭlak bulih krajaannya bŭrdiri? Kŭrna kamu bŭrkata, aku tŭlah mŭmbuangkan hantu dŭngan kwasa Balzebab.

19Maka jikalau aku dŭngan kwasa Balzebab mŭmbuangkan hantu, maka dŭngan apa kŭlak anak anak kamu mŭmbuangkan dia? Sŭbab itu marika itulah mŭnjadi hakimmu.

20Tŭtapi jikalau aku dŭngan kwasa Allah mŭmbuangkan hantu, dapat tiada krajaan Allah itu sudah datang ka’atas kamu.

21Maka apabila sa’orang kuat yang bŭrsŭnjata mŭmliharakan mahaligienya, maka hartanya kŭlak akan slamat.

22Tŭtapi apabila sa’orang yang lebih kuat deripadanya akan datang kapadanya, sŭrta mŭngalahkan dia, maka diambilnya deripadanya sagala sŭnjatanya yang diharapnya, dan dibahgikannya tawanannya itu.

23Adapun orang yang tiada bŭrsama sama dŭngan aku, iya itu mŭlawan aku, dan orang yang tiada mŭngampongkan bŭrsama sama dŭngan aku, iya mŭnaborkan.

24Maka apabila sa’orang hantu itu kluar deripada sa’orang, dijalaninya sagala tŭmpat yang kring mŭnchari pŭrhŭntian, maka tiadalah didapatinya, lalu katanya, Aku akan kŭmbali karumahku yang tŭmpat aku kluar.

25Maka apabila iya datang, didapatinya akan dia tŭlah tŭrsapu dan bŭrhias.

26Sŭtlah itu pŭrgilah iya, dibawanya bŭrsama sama dŭngan dia tujoh hantu yang lain, yang tŭrlebih jahat deripadanya sŭndiri, maka masoklah marika itu kŭdalam tinggallah disana; adapun halnya manusia itu pada akhirnya tŭrlebih jahat deripada yang pŭrtama.

27¶ Maka pada skali pŭrstua tŭngah Isa bŭrkata kata akan pŭrkara pŭrkara ini, maka sa’orang pŭrampuan anu deripada pŭrhimpunan itu pun mŭngangkatlah swaranya, lalu bŭrkata kapadanya, Slamatlah kiranya rahim yang tŭlah mŭngandongkan angkau, dan susu yang tŭlah angkau hisap itu.

28Tŭtapi kata Isa, Bahkan, tŭrlebih lagi slamatnya pada marika itu yang mŭnŭngar akan fŭrman Allah, sŭrta mŭmliharakan dia.

29¶ Maka apabila orang orang itu bŭrkampong rapat bŭrsama sama, maka dimulainyalah bŭrkata, Inilah satu kŭturonan yang jahat, marika itu mŭnchari suatu tandah, maka tiadalah akan dibri tandah kapadanya, mŭlainkan tandah nabi Yunas.

30Kŭrna spŭrti Yunas tŭlah mŭnjadi suatu tandah kapada orang Ninevi, dŭmkianlah juga adanya Anak manusia pun jadi kapada kŭturonan ini.

31Maka pŭrmiesuri deri sŭlatan kŭlak akan bŭrbangkit pada hari kiamat dŭngan orang orang deripada kŭturonan ini, sŭrta disalahkannya kŭlak akan marika itu, kŭrna iya datang deri hujong bumi akan mŭnŭngar budi Sulieman; maka sŭsungguhnya sa’orang yang tŭrlebih bŭsar deripada Sulieman ada disini.

32Maka orang orang Ninevi kŭlak akan bŭrbangkit pada hari kiamat dŭngan kŭturonan ini, dan akan mŭnyalahkan dia, kŭrna marika itu tŭlah bŭrtaubatlah sŭbab pŭngajaran Yunas; maka sŭsungguhnya sa’orang tŭrlebih bŭsar deripada Yunas ada disini.

33Maka sa’orang pun apa bila iya mŭmasang sa’batang lilin, tiada ditarohnya akan dia pada suatu tŭmpat yang tŭrsŭmbunyi, atau dibawah suatu sukatan, mŭlainkan diatas suatu kaki lilin, supaya orang yang masok bulih mŭlihat trang itu.

34Adapun trang tuboh itu, iya itulah mata; sŭbab itu apa bila matamu itu baik, sagala tubohmu itu pun pŭnohlah dŭngan trang, tŭtapi apabila matamu itu jahat, tubohmu itu pun pŭnohlah dŭngan kaglapan.

35Sŭbab itu ingatlah baik baik, adapun trang yang ada dalammu itu jangan kaglapan.

36Sŭbab itu jikalau sŭgŭnap tubohmu pŭnoh dŭngan trang, tiada sŭdikit pun yang glap, skaliannya akan pŭnoh dŭngan trang, spŭrti apabila bandrang chahya sa’batang lilin tŭlah mŭmbri akan dikau trang.

37¶ Maka tŭngah iya bŭrtutor, sa’orang Farisia anu mŭminta kapadanya makan dŭngan dia; maka pŭrgilah iya kŭdalam sŭrta dudok makan.

38Maka apabila dilihat ulih orang Farisia itu, hieranlah iya, sŭbab tiada iya mŭmbasoh dahulu deripada makan.

39Maka kata Tuhan kapadanya, Skarang kamu orang Farisia mŭnyuchikan disŭblah luar mangkok dan piring, tŭtapi disŭblah dalammu itu ada pŭnoh dŭngan pŭnyamun dan kŭjahatan.

40Kamu gila, bukankah iya yang mŭnjadikan lahir itu, tŭlah mŭnjadikan batin itu pun?

41Tŭtapi tŭrutama mŭmbri sŭdŭkah akan barang pŭrkara pŭrkara yang ada padamu itu, bahwa sŭsungguhnya sagala pŭrkara itu suchi bagie kamu.

42Tŭtapi karamlah bagiemu orang orang Farisia! kŭrna kamu mŭngambil spuloh asa, dan ruh, dan sagala jŭnis rŭmpah rŭmpah, dan mŭlalui kaadilan dan kasih deri pada Allah; skalian ini yang patut kamu pŭrbuat, dan jangan ditinggalkan yang lain itu dŭngan tiada dipŭrbuat.

43Karamlah bagiemu orang orang Farisia! kŭrna kamu mŭngasihi kŭdudokkan yang tinggi tinggi dalam kŭnisa, dan mŭmbri sŭlam dalam pasar.

44Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! kŭrna adalah kamu spŭrti kubor kubor yang tiada klihatan, adapun orang yang mŭlalui akan dia itu tiadalah tahu itu.

45¶ Sŭtlah itu maka jawab sa’orang pŭgawam, sŭrta bŭrkata kapadanya, Guru, pŭrkataan yang dŭmkian, angkau mŭnchŭla akan kami pun.

46Maka katanya, Karamlah bagiemu pun hie sagala pŭgawam! kŭrna kamu mŭmbubohkan ka’atas manusia tanggong tanggongan yang amat susah ditanggong, dan kamu sŭndiri tiada mŭnjamah akan tanggongan itu dŭngan satu jarimu pun.

47Karamlah bagiemu, kŭrna kamu mŭmbaikki kubor nabi nabi, dan nenek moyangmu yang mŭmbunoh akan marika itu.

48Dŭngan sŭbŭnarnya kamu mŭnjadi saksi, iya itu kamu mŭluluskan pŭrbuatan nenek moyangmu, kŭrna sungguh marika itu mŭmbunoh dia orang, maka kamu mŭmbaikki kubor kubornya.

49Maka sŭbab itulah dinyatakan pula ulih hikmat Allah, bahwa aku akan mŭnyurohkan nabi nabi dan rasol rasol kapada marika itu, dan sŭtŭngah deri pada marika itu akan dibunohnya, sŭrta diannyayakannya.

50Supaya darah sagala nabi nabi itu yang tŭlah ditumpahkannya deripada pŭrmulaan dunia ini kŭlak akan dida’wa kapada kŭturonan ini.

51Deripada darah Habel sampielah kapada darah Zakaria yang tŭlah dibinasakannya diantara tŭmpat pŭrsŭmblihan dan ka’abah, maka sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, maka iya itu kŭlak akan dida’wa atas kŭturonan ini.

52Karamlah bagiemu sagala pŭgawam! kŭrna kamu tŭlah mŭmbawa pŭrgi akan anak kunchi pŭngtahuan itu, kamu sŭndiri pun tiada masok, dan orang yang handak masok itu pun kamu larangkan.

53Maka tŭngah Isa bŭrkata kata akan sagala pŭrkara ini kapada marika itu, maka khatib khatib, dan orang orang Farisia itu pun mŭminta sangat kras, sŭrta mŭnggalakkan dia supaya bŭrtutor banyak pŭrkara.

54Dinantikannya, dan dicharikannya jalan handak mŭnangkap pŭrkataan yang kluar deri pada mulotnya, supaya dapat disalahkannya akan dia.



 <<  Lukas 11 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel