Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 15 >> 

FATSAL XV.

1SŬTLAH itu maka sagala orang yang mŭmŭgang chukie, dan orang bŭrdosa datanglah hampir kapadanya, akan mŭnŭngar pŭrkataannya itu.

2Maka khatib khatib, dan orang orang Farisia itu pun bŭrsungotlah, katanya, Orang ini mŭnŭrima orang yang bŭrdosa itu, sŭrta iya makan bŭrsama sama dŭngan dia.

3¶ Maka Isa pun bŭrkatalah kapada marika itu pŭrumpamaan ini.

4Katanya, Siapakah deri pada kamu yang ada sa’ratus ekor kambing, jikalau iya hilang sa’ekor deripadanya, tiadakah iya mŭninggalkan sŭmbilan puloh sŭmbilan ekor itu dipadang, maka iya pŭrgi mŭnchari yang hilang itu sampielah didapatinya akan dia.

5Maka apabila didapatinya akan dia, dibuboh dibahunya dŭngan suka chitanya.

6Maka apabila datanglah iya kŭrumah, dipanggilnyalah sagala sahabatnya, dan orang orang sa’kampongnya, katanya kapadanya, Bŭrsukalah bŭrsama sama dŭngan aku, kŭrna aku tŭlah mŭndapat kambingku yang tŭlah hilang itu.

7Aku bŭrkata kapadamu, dŭmkianlah adanya kŭsukaan itu dalam shorga, apabila sa’orang orang bŭrdosa itu bŭrtaubat tŭrlebih pula deripada sŭmbilan puloh sŭmbilan orang bŭnar itu yang tiada bŭrguna bŭrtaubat.

8¶ Atau pŭrampuan manakah yang ada kapadanya sa’puloh kŭping wang perak, maka jikalau iya hilang satu kŭping, bukankah dipasangnya lilin, dan disapunya rumah dŭngan rajin, dicharinya sampie dapat?

9Maka apabila didapatinya, dipanggilnya sahabat sahabatnya, sŭrta orang orang sa’kampongnya bŭrsama sama, katanya, Bŭrsuka sukalah dŭngan aku, kŭrna aku tŭlah mŭndapat wangku yang hilang itu.

10Dŭmkianlah aku bŭrkata kapadamu, adalah kŭsukaan dihadapan mŭliekat mŭliekat Tuhan, apabila sa’orang bŭrdosa itu bŭrtaubat.

11¶ Maka katanya, Adalah bagie sa’orang anu itu dua orang anak laki laki.

12Maka kata anak yang muda itu kapada bapanya, Bapa, brilah akan daku bahgian harta harta yang patut bagieku. Maka dibahgikannyalah kapadanya hartanya.

13Maka tiada brapa lamanya, kumdian anaknya yank muda itu bŭrkŭmas skalian, lalu bŭrjalanlah iya pŭrgi kapada sa’buah nŭgri yang jauh, maka disana diboruskannya hartanya itu dŭngan hidop yang tiada kŭtahuan.

14Shahadan apabila sudah diblanjakannya skalian, hata maka dalam nŭgri itu pun bŭrbangkitlah suatu kŭlaparan yang bŭsar, maka iya pun jadilah kŭkorangan.

15Maka lalu pŭrgilah iya masok kŭrja pada sa’orang nŭgri itu, lalu disurohkan ulih orang itu akan dia pŭrgi kŭladangnya mŭmliharakan babinya.

16Maka inginlah iya akan mŭngisi protnya dŭngan sŭkam sŭkam yang dimakan ulih babi itu, maka sa’orang pun tiadalah mŭmbri kapadanya.

17Maka apabila sŭdarlah iya akan dirinya, katanya, Brapa orang upahan bapaku mŭndapat makanan chukop yang bulih dibahginya pula, maka aku ini binasa dŭngan kŭlaparan.

18Maka aku haudak pŭrgi mŭndapatkan bapaku, maka aku akan bŭrkata kapadanya, Bapa, aku tŭlah bŭrdosa kapada Allah dan kapadamu.

19Maka tiadalah aku layak dikatakan anakmu; jadikanlah akan daku sa’orang spŭrti orang orang upahanmu.

20Maka bŭrbangkitlah iya lalu datang kapada bapanya, tŭtapi apabila jauhlah iya lagi, dilihatlah ulih bapanya akan dia, maka kasihanlah iya, lalu larilah iya mŭmŭlok lehirnya, sŭrta dichiumnya akan dia.

21Maka kata anak itu kapadanya, Bapa, aku tŭlah bŭrdosa kapada Allah, dan pada fihakmu, maka tiadalah lagi aku layak dikatakan anakmu.

22Tŭtapi kata bapa itu kapada hamba hambanya, Bawalah kluar pakiean yang tŭrutama, pakiekan kapadanya, dan pakiekanlah sa’bŭntok chinchin ditangannya, dan kasut dikakinya.

23Maka bawalah kŭmari anak lŭmbu yang tŭmbun itu sŭmblihkan, biarlah kami makan dan bŭrsuka sukaan.

24Kŭrna anakku ini sudah mati, maka iya tŭlah hidop pula, dan sudah hilang, iya tŭlah didapati. Maka marika itu mŭmulailah bŭrsuka suka.

25Adapun anaknya yang tua itu adalah diladang, maka tŭngah iya datang hampir dŭkat kŭrumah, didŭngarnyalah bunyi bunyian dan mŭnari.

26Lalu dipanggilnya sa’orang hamba itu, ditanyanya, Apakah artinya pŭrkara pŭrkara ini skalian?

27Maka katanya kapadanya, Saudaramu itu tŭlah datang, maka bapamu tŭlah mŭnyŭmblih akan anak lŭmbu yang tŭmbun, kŭrna iya tŭlah mŭnyambut akan dia dŭngan slamat dan samporna.

28Maka marahlah iya, lalu tiada iya mahu masok; maka sŭbab itu kluarlah bapanya itu, lalu dibujoknya masok akan dia.

29Maka jawabnya sŭrta bŭrkata kapada bapanya, Hie tengoklah, sŭkian banyak tahun aku tŭlah mŭngŭrjakan angkau, maka tiada aku bŭrsalahan pada barang bila hukummu, mŭski pun dŭmkian, bŭlom pŭrnah angkau mŭmbri akan daku sa’ekor anak kambing, supaya bulih aku bŭrsuka suka dŭngan sahabat sahabatku.

30Tŭtapi sŭrta anakmu itu sudah datang, yang tŭlah mŭmbinasakan hartamu itu kapada pŭrampuan pŭrampuan sundal, angkau tŭlah mŭnyŭmblihkan akan dia anak lŭmbu tŭmbun itu.

31Maka katanya kapadanya, Anak, angkau ada slamanya dŭngan aku, maka sagala yang ada kapadaku itu angkau punya.

32Maka patutlah kami bŭrsuka suka dan tŭrmasa, kŭrna saudaramu ini tŭlah mati, maka iya hidop pula, dan tŭlah hilang, iya tŭlah didapati.



 <<  Lukas 15 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel