Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 20 >> 

FATSAL XX.

1MAKA pada skali pŭrstua pada suatu hari deripada masa itu, tŭtkala iya mŭngajar akan kaum itu dalam ka’abah, sŭrta mŭngajar Injil, maka datanglah kŭpala kŭpala imam, dan khatib khatib, sŭrta orang tua tua mŭndapatkan dia.

2Lalu bŭrkata kapadanya, Katakanlah kapada kami, dŭngan kwasa apakah angkau bŭrbuat sagala pŭrkara ini, atau siapakah tŭlah mŭmbri akan dikau kwasa ini?

3Maka jawabnya sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Aku pun handak bŭrtanya juga kapada kamu suatu pŭrkara, jawablah.

4Pŭmbaptisan Yahya itu datangnya deripada Allahkah, atau deripada manusia?

5Maka bŭrfikirlah marika itu sama sŭndirinya, katanya, Jikalau kami kata deripada Allah, nŭschaya katanya, Mŭngapakah kamu tiada pŭrchaya akan dia?

6Tŭtapi jikalau kami kata deripada manusia, sagala kaum ini nanti mŭrjam akan kami, kŭrna marika itu skalian pŭrchaya Yahya itu sa’orang nabi.

7Maka jawab marika itu, Tiadalah kami kŭtahui deri manakah datangnya.

8Maka kata Isa kapada marika itu, Aku pun tiada mahu kata, dŭngan kwasa siapakah aku bŭrbuat sagala pŭrkara ini.

9Sŭtlah itu maka dimulainyalah bŭrkata kata kapada kaum itu akan pŭrumpamaan ini: Maka adalah sa’orang anu itu mŭmbuat suatu kŭbon anggor, disewakannya kapada orang orang ladang, lalu pŭrgilah iya kanŭgri yang jauh brapa lama.

10Maka datang musim buah, disurohkannya sa’orang hambanya pŭrgi kapada orang orang ladang itu, supaya marika itu patut mŭmbri buah buah deri pada kŭbon anggor itu, tŭtapi orang orang ladang itu mŭmalu akan dia, sŭrta dihalaukannya dŭngan kosong.

11Maka kumdian pula disurohkannya sa’orang hambanya yang lain, itu pun dipalunya juga, dan dipŭrbuat ulih marika itu akan dia sampie malulah iya, sŭrta dihalaukannya dŭngan kosongnya.

12Kumdian pula disurohkannya yang katiga, itu pun dilukakan ulih marika itu akan dia, sŭrta dibuangkannya kluar.

13Sŭtlah itu maka kata tuan yang ampunya kŭbon anggor itu, Apakah patut kupŭrbuat? Aku akan mŭnyurohkan anakku yang kŭkasih, ŭntah barang kali nanti juga dihormatkan ulih marika itu akan dia, apa bila dilihatnya dia.

14Tŭtapi apabila dilihat ulih orang orang ladang itu akan dia, maka bŭrfikirlah marika itu sama sŭndirinya, katanya, Inilah warith, marilah kita bunoh akan dia, supaya pusakanya itu jadi kita punya.

15Maka dŭngan hal yang dŭmkian dibuangkannya akan dia kluar deripada kŭbon anggor itu, lalu dibunohnya akan dia. Maka sŭbab itu apakah dipŭrbuat ulih tuan yang ampunya kŭbon anggor itu akan marika itu?

16Maka iya kŭlak akan datang mŭmbinasakan akan orang orang ladang itu, dan akan dibrikannya kŭbon anggor itu kapada orang orang yang lain. Maka apabila didŭngar ulih kaum itu, maka katanya, Dijahukan Allah!

17Maka dilihat ulih Isa akan marika itu, katanya, Kalau bŭgitu apakah ini yang tŭlah tŭrtulis, Adapun batu yang ditolakkan ulih tukang rumah itu, iya itu juga yang tŭlah mŭnjadi kŭpala pŭnjuru rumah.

18Maka barang siapa yang jatoh ka’atas batu itu, nŭschaya pŭchahlah iya; akan tŭtapi kapada barang siapa yang ditimpah ulih batu itu kŭlah dihanchur lulohkannyalah akan dia.

19Maka kŭpala kŭpala imam, dan khatib khatib pada masa itu juga mŭnchari jalan handak mŭnaikkan tangan ka’atasnya; maka takotlah marika itu akan kaum itu, kŭrna marika itu mŭndapat kŭnyataannya, adapun iya bŭrkata pŭrumpamaan itu akan mŭnŭmplak marika itu.

20Maka dijagailah ulih marika itu akan Isa, lalu disurohkannya suloh suloh akan mŭmbuat buat dirinya spŭrti orang orang bŭnar supaya bulih ditangkap ulih marika itu akan pŭrkataannya supaya dŭmkian itu dapat disŭrahkannya akan dia pada kwasa dan pŭrentah raja.

21Maka ditanya marika itu akan dia, katanya, Guru, bahwa kami kŭtahui pŭrkataanmu dan pŭngŭjaranmu bŭtul adanya, dan tidak pula angkau kŭchualikan barang sa’orang mŭlainkan mŭngajarkan jalan Allah dŭngan sŭbŭnarnya.

22Adakah patut bagie kami mŭmbayar chukie kapada Kiesar atau tidak?

23Tŭtapi dikŭtahuinya akan daya upaya marika itu, maka katanya kapadanya, Mŭngapakah kamu mŭnchobai aku.

24Unjokkanlah padaku satu dinar, siapakah punya gambar, dan tulisan diatasnya itu? Maka jawab marika itu, sŭrta katanya Kiesar.

25Maka katanya kapada marika itu, Sŭbab itu brikanlah kapada Kiesar, barang yang Kiesar punya, dan kapada Allah barang yang Allah punya.

26Maka tiadalah dapat ditangkap ulih marika itu akan pŭrkataanya dihadapan kaum itu, sŭrta hieranlah marika itu akan jawabnya, maka tŭrdiamlah marika itu.

27¶ Sŭtlah itu datanglah kapadanya orang orang Sadukia anu yang mŭnyangkali akan hari kŭbangkitan, maka marika itu bŭrtanya kapadanya:

28Katanya, Guru, Musa tŭlah mŭnuliskan kapada kami; jikalau saudara barang siapa mati ada mŭnaroh istri, jika mati itu dŭngan tiada mŭngadakan anak, maka patutlah saudaranya mŭngambil istrinya, dan mŭmbangkitkan bŭnih bagie saudaranya.

29Maka sŭbab itu adalah orang tujoh bŭrsaudara, maka yang pŭrtama mŭngambil sa’orang istri lalu mati, dŭngan tiada mŭngadakan anak.

30Maka yang kadua pula mŭmbuat akan istri dia, lalu mati dŭngan tiada mŭngadakan anak.

31Maka yang katiga pula mŭngambil dia, dan dŭmkian juga yang katujoh pun, maka tiada marika itu mŭninggalkan anak, lalu mati.

32Maka kumdian deripada skalian maka pŭrampuan itu pun matilah pula.

33Sŭbab itu dalam hari kŭbangkitan kŭlak, siapakah deripada marika itu ampunya istri akan pŭrampuan itu? kŭrna tujoh orang tŭlah mŭmpŭristrikan dia.

34Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Adapun anak anak dunia ini kahwen dan mŭmbri kahwen.

35Tŭtapi marika itu yang kŭlak dibilangkan layak akan mŭndapat akhirat itu, dan kŭbangkitan deripada mati; kahwen pun tidak, dibri kahwen pun tidak.

36Atau tiada kŭlak marika itu akan mati lagi, kŭrna marika itu sŭtara dŭngan mŭliekat mŭliekat, dan adalah iya itu anak anak Allah, sŭdang jadi anak kŭbangkitan.

37Adapun orang mati itu akan bŭrbangkit, itu pun tŭlah diunjokkan ulih Musa dalam bŭlukar, apabila bŭrsrulah iya akan Tuhan Allah Ibrahim, dan Allah Isahak, dan Allah Yakob.

38Kŭrna Tuhan itu bukannya Allah pada yang mati, mŭlainkan pada yang hidop, sŭbab sagala itu hidop kŭrna Tuhan.

39¶ Sŭtlah itu khatib khatib anu itu mŭnjawab, katanya, Guru, pŭrkataanmu itu bŭtol.

40Maka kumdian deripada itu, tiadalah brani marika itu bŭrtanya kapadanya barang sual lagi.

41Maka kata Isa kapada marika itu, Bagimanakah dia orang bŭrkata Almasih itu anak Daud?

42Maka Daud sŭndiri tŭlah bŭrkata dalam kitab Mazmor,

TUHAN

43Sahingga kujadikan musoh musohmu itu alas kakimu.

44Maka sŭbab itu Daud mŭmanggil dia Tuhan, bagimanatah iya itu anaknya?

45¶ Sŭtlah itu maka dalam mŭjlis sagala kaum itu, katanya kapada murid muridnya,

46Jagalah deripada khatib khatib yang bŭrkahandak bŭrjalan dŭngan baju panjang, dan suka dibri orang sŭlam sŭlam dalam pasar pasar, dan ditŭmpat tŭmpat dudok yang tinggi tinggi dalam kŭnisa, dan pangkat pangkat yang mulia dalam pŭrjamuan.

47Yang mŭnŭlankan harta bŭnda pŭrampuan pŭrampuan janda, dan dŭngan muka muka diuchapnya doa yang panjang, maka orang itulah kŭlak akan mŭndapat la’nat yang tŭrlebih bŭsar.



 <<  Lukas 20 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel