Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Markus 9 >> 

FATSAL IX.

1MAKA kata Isa kapada marika itu, Bahwa sasunggohnya aku bŭrkata kapadamu, maka adalah sŭtŭngah deripada orang orang yang ada bŭrdiri disini yang tiada mŭrasai mati sampie marika itu kŭlak mŭlihat krajaan Allah itu datang dŭngan kwasanya.

2¶ Hata kumdian deripada anam hari, maka dibawalah ulih Isa akan Petros, dan Yakob, dan Yahya, dipimpinnya akan marika itu naik ka’atas sa’buah gunong yang tinggi, bŭrsunyi sunyilah marika itu, maka bŭrubahlah iya dihadapan marika itu.

3Maka pakieannya pun jadilah bŭrchahya tŭrlalu putehnya spŭrti thalj, maka suatu tukang pun tiadalah yang bulih mŭmbuat tŭrlebih puteh deripada itu diatas bumi ini.

4Maka klihatanlah kapada marika itu Ilias dŭngan Musa, maka marika itu bŭrtutor dŭngan Isa.

5Lalu kata Petros kapada Isa, Tuhan, baiklah kiranya bagie kita diam disini, maka biarlah kami mŭmbuatkan tiga khemah, sa’buah bagiemu, dan sa’buah bagie Musa, dan sa’buah bagie Ilias.

6Kŭrna tiadalah dikŭtahuinya apa katanya, kŭrna marika itu ada sangat kŭtakotan.

7Maka datanglah suatu awan mŭngŭlubongi akan marika itu, maka datanglah suatu suara kluar deripada awan itu, katanya, Inilah anakku yang kukasih, dŭngarlah barang katanya.

8Maka tiba tiba apabila dilihatnya ulih marika itu bŭrkliling, maka sa’orang pun tiada tampak lagi, hanya Isa sahja bŭrsama sama dŭngan marika itu.

9Maka tŭngah handak turonlah marika itu deri gunong itu, maka dipinta Isa kapada marika itu, supaya jangan dikatakan ulih marika itu kapada sa’orang pun barang yang tŭlah dilihatnya, sampie Anak manusia itu bŭrbangkit deripada mati.

10Maka disimpanlah ulih marika itu pŭnglihatan itu dalam dirinya sŭndiri; maka bŭrtanya tanaylah sa’orang dŭngan sa’orang, apakah grangan artinya bŭrbangkit deripada mati itu?

11¶ Maka ditanyalah ulih marika itu akan dia, katanya, Mŭngapakah khatib khatib itu bŭrkata, bahwa patutlah Ilias itu datang mula mula?

12Maka jawabnya sambil bŭrkata kapada marika itu, Adapun Ilias itu sasunggohnya datang mula mula, maka iya tŭlah mŭmbaikki sagala pŭrkara, maka bagimana tŭlah tŭrtulis derihal Anak manusia, maka dapat tiada iya kŭlak mŭnanggong banyak pŭrkara, maka iya kŭlak akan ditolakkan.

13Tŭtapi aku bŭrkata kapadamu, bahwa Ilias itu sasunggohnya sudah datang, maka tŭlah dipŭrbuat ulih marika itu akan dia barang apa sukanya, spŭrti yang tŭrtulis deri halnya.

14¶ Maka apabila datanglah Isa kapada murid muridnya, maka dilihatnya tŭrlalu banyak bŭlatantara bŭrklilingnya, dan khatib khatib itu pun bŭrbantah bantahlah kapadanya.

15Maka apabila dilihat ulih marika itu akan dia, dŭngan sŭgranya hieranlah marika itu, sŭrta bŭrlari larilah datang kapadanya mŭmbri sŭlam akan dia.

16Maka bŭrtanyalah Isa kapada khatib khatib itu, Apakah pŭrbantahan kamu dŭngan marika itu.

17Maka dijawablah ulih sa’orang deripada bŭlatantara itu, katanya, Tuhan, adalah sahya mŭmbawa kapadamu sa’orang anakku laki laki yang tŭrkŭna hantu bisu.

18Maka apabila barang kŭmana dibawanya akan dia, dipuntang pantingkannya akan dia, sŭrta bŭrbuehlah mulotnya, dan mŭngkŭrtak giginya, sŭrta mŭnjadilah iya makin susut; maka aku katakan kapada murid muridmu, supaya dibuangkannya akan dia, tŭtapi tiadalah bulih marika itu.

19Maka jawab Isa kapada murid muridnya, katanya, Hie bangsa yang korang iman, brapalah lamanya aku ini ada bŭrsama sama dŭngan angkau, dan brapa lamanya aku bulih mŭnahani akan dikau? Bawalah iya itu kapadaku.

20Maka dibawalah ulih marika itu akan dia, maka apa bila dilihatnya akan dia, maka dŭngan sŭgranya dipuntang pantingkannya akan budak itu, lalu jatohlah iya kabumi sŭrta mŭngglumang dŭngan bueh.

21Maka dipintalah ulih Isa kapada bapanya, Ada brapakah lamanya sudah budak ini jadi bŭgini? Maka jawabnya, Deri kŭchilnya.

22Maka kŭrap kali dijatohkannya kŭdalam api, dan kŭdalam ayer, handak dibinasakannya akan dia, tŭtapi jikalau kiranya bulih angkau mŭmbuat barang apa apa akan dia, kalau ada kasihan akan kami tulonglah akan kami.

23Maka kata Isa kapadanya, Jikalau kiranya bulih angkau pŭrchaya, sagala pŭrkara pun bulihlah jadi kapada orang yang pŭrchaya.

24Maka dŭngan sŭgranyalah bapa budak itu pun bŭrtriaklah, sambil bŭrkata dŭngan ayer matanya, Tuhan, aku pŭrchaya, tulonglah akan imanku yang lŭmah itu.

25Maka apabila dilihat ulih Isa akan orang itu bŭrlari lari datang bŭrsama sama, ditŭngkingkannya akan hantu yang jahat itu katanya kapadanya, Angkau hantu kŭlu dan tuli, aku kahandaki angkau kluarlah deripadanya, maka jangan lagi masok kapadanya.

26Maka bŭrtriaklah hantu itu, sŭrta dipuntang pantingkannya sangat akan dia, lalu kluarlah iya deripadanya. Maka adalah budak itu spŭrti laku orang mati, maka sampielah kata orang yang sŭbanyak itu, Sudah mati dia.

27Tŭtapi dipŭgang Isa tangannya, diangkatkannya, maka bangunlah iya.

28Maka apabila datanglah Isa kadalam rumah, maka murid muridnya pun bŭrtanyalah akan dia diam diam, Mŭngapakah tiada bulih kami kluarkan dia?

29Maka katanya kapada marika itu, Adapun macham ini tiada bulih dikluarkan dŭngan chuma chuma, mŭlainkan dŭngan doa dan bŭrpuasa.

30¶ Maka undorlah marika itu deri situ, sŭrta mŭlalui Galilia; maka tiadalah Isa mau sa’orang pun mŭngtahui dia.

31Kŭrna diajarnya akan murid muridnya, sŭrta katanya kapada marika itu, Adapun Anak manusia itu akan tŭrsŭrah katangan manusia, maka marika itu akan mŭmbunoh dia: maka kumdian deripada dibunohnya iya kŭlak akan bŭrbangkit pada hari yang katiga.

32Tŭtapi marika itu tiadalah mŭngarti akan pŭrkataannya itu, maka takotlah handak bŭrtanya kapadanya.

33¶ Hata datanglah iya kaKapŭrnaum, tŭtkala ada iya dalam rumah, maka ditanyanya kapada marika itu, Apakah dia itu yang mŭndatangkan pŭrbantahan diantara kamu skalian dijalan.

34Tŭtapi marika itu skalian tiadalah bŭrkata kata, kŭrna marika itu bŭrbantah sama sŭndirinya, siapakah akan mŭnjadi lebih bŭsar?

35Maka dudoklah Isa sŭrta dipanggilnya kadua blas orang itu sambil katanya kapada marika itu, Jikalau barang siapa handak mŭnjadi yang pŭrtama, maka iya itulah kŭlak mŭnjadi yang kumdian skali, dan hamba skalian.

36Maka diambilnya sa’orang kanak kanak sŭrta dilŭtakkannya ditŭngah tŭngah marika itu, maka apabila didukongnya akan dia, sŭrta katanya kapada marika itu;

37Barang siapa yang akan mŭnyambut sa’orang yang sapŭrti kanak kanak ini dŭngan namaku, iya itu mŭnyambut aku, maka barang siapa yang akan mŭnyambut aku, maka bukannya mŭnyambut aku mŭlainkan Iya yang tŭlah mŭnyurohkan aku.

38¶ Maka jawab Yahya, sŭrta katanya kapadanya, Guru bahwa kami tŭlah mŭlihat sa’orang yang mŭmbuangkan hantu hantu dŭngan namamu: tŭtapi iya tiada mŭnurut akan kami, maka kami larangkan dia, kŭrna iya tiada mŭnurot akan kami.

39Tŭtapi kata Isa Janganlah larangkan dia; maka sa’orang pun tiada bulih mŭmbuat suatu mujizat dalam namaku, yang bulih dŭngan sŭgranya bŭrtutor jahat akan daku;

40Kŭrna barang siapa yang tiada mŭlawan kami, maka iyalah disŭblah kami.

41Kŭrna barang siapa yang mŭmbri angkau sachawan ayer minum dŭngan namaku, ulih sŭbab kamu milek Almasih; maka sasunggohnya aku bŭrkata kapadamu, maka faala itu tiada akan hilang.

42Maka barang siapa yang mŭndatangkan shak kapada sa’orang yang tŭrkŭchil skalipun, yang pŭrchaya akan daku, maka tŭrlebih baik padanya digantongkan dilehernya suatu batu kisaran dibuangkan kalaut.

43Maka jikalau tangan kamu mŭndatangkan shak bagiemu, kudongkanlah akan dia, maka tŭrlebih baik bagiemu masok kadalam kahidopan yang kŭkal dŭngan kudong tangan, deripada kadua blah tangan masok kadalam naraka, kadalam api yang tiada akan dipadamkan skali kali;

44Maka disanalah hulatnya itu tiada mati, dan apinya itu pun tiada padam.

45Maka jikalau kakimu mŭndatangkan shak bagiemu, kudongkanlah akan dia, maka tŭrlebih baik bagiemu masok dŭngan tempangmu kadalam hayat yang kŭkal, deripada bŭrdua kakimu itu dibuangkan kadalam naraka, kadalam api yang tiada akan dipadamkan skali kali;

46Maka disana hulatnya tiada mati, dan apinya pun tiada padam.

47Maka jikalau matamu mŭndapatkan shak bagiemu, korekkanlah dia, maka tŭrlebih baik bagiemu masok kŭdalam krajaan Allah dŭngan sa’buah mata deripada kadua mata akan dichampakkan kŭdalam api nŭraka.

48Maka disana hulatnya tiada mati, dan apinya pun tiada padam.

49Kŭrna masing masing orang akan digarami dŭngan api, tiap tiap korban itu akan digarami dŭngan garam.

50Adapun garam itu baik adanya: tŭtapi jikalau garam itu hilanglah masinnya, dŭngan apakah bulih dipulangkan baiknya? Maka handaklah ada garam dalam dirimu sŭndiri, dan handaklah ada pŭrdamiean sa’orang dŭngan sa’orang.



 <<  Markus 9 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran