Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Roma 1 >> 

FATSAL I.

1BAHWA Paulus sa’orang hamba Isa Almasih yang tŭlah ditŭntukan mŭnjadi rasol, akan dipileh kŭrna Injil Allah.

2Yang tŭlah dijanjikannya dahulu dŭngan mulot nabi nabinya dalam kitab kitab yang suchi

3Akan hal Anaknya, iya itu Isa Almasih Tuhan kami, yang sudah dijadikan deripada bŭnih Daud sŭkŭdar ka’adaan manusia.

4Yang ditŭntukannya iyalah Anak Allah dŭngan kawasa sŭkŭdar Roh Alkudos, ulih sŭbab kŭbangkitan deripada matinya.

5Maka deripadanyalah kami tŭlah pŭrulih anugrah, dan pangkat rasol, akan mŭnjadikan sagala bangsa manusia pŭrchaya, sŭrta bŭrbakti ulih kŭrna namanya.

6Maka diantara marika itu kamulah yang tŭlah dipileh ulih Isa Almasih.

7Adapun kapada sagala orang yang diRom yang dikasihi Allah kiranya, dan yang tŭlah dipileh akan mŭnjadi orang suchi, maka dibri kiranya nikmat dan slamat bagiemu deripada Allah, iya itu Ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih.

8Adapun pŭrtama tama aku mŭnguchap shukor kapada Allah dŭngan bŭrkat Isa Almasih akan kamu skalian, sŭbab iman kamu itu tŭlah mashorlah pada sagala alam.

9Bahwa Allah itulah akan mŭnjadi saksiku, dan kapadanya juga aku bŭrbakti dŭngan jiwaku dalam Injil Anaknya; bahwa dŭngan tiada bŭrkŭputosan juga aku mŭnyŭbut nama kamu slalu dalam doaku.

10¶ Maka adalah aku mŭmohonkan kalau dŭngan sŭbulih bulinnya, insha Allah, supaya aku bulih pŭrgi skarang mŭndapatkan kamu skalian dŭngan sŭjahtranya.

11Kŭrna rindu hatiku handak bŭrtŭmu dŭngan kamu skalian, supaya bulih aku mŭmbahgikan kapada kamu pun barang anugrah Roh Alkudos, akhirnya kŭlak kamu dapat ditŭtapkannya.

12Iya itu supaya aku pun bulih dihiborkan bŭrsama sama dŭngan kamu ulih iman yang ada pada kadua fiak kita, iya itu kamu dan aku.

13Saudara saudaraku, bahwa bukannya kahandakku supaya kamu mŭnjadi bodoh; maka bŭbrapa kali chitaku handak datang kapadamu, tŭtapi sampie skarang pun aku ada tŭrsangkot akan bŭrulih buah buahan deripadamu pula, spŭrti deripada orang orang sŭsat yang lain pun.

14Kŭrna adalah aku ini sa’orang yang bŭrhutang, baik kapada orang orang Grika, baik kapada orang orang dagang, baik kapada orang yang bŭrakal, baik kapada orang yang tiada bŭrakal.

15Maka dŭngan sŭbulih bulihnya juga adalah sŭdia aku akan mŭmbri tahu Injil kapada skalian yang diRom pun.

16Kŭrna aku tiada malu akan Injil Almasih itu, kŭrna iya itulah kudrat Allah akan mŭndatangkan slamat bagie tiap tiap orang yang pŭrchaya, tŭrdahulu kapada orang Yahudi, dan kapada orang Grika pun.

17Kŭrna dalamnya itulah dinyatakan kabŭnaran Allah deripada iman sampie kapada iman, spŭrti yang tŭlah tŭrsurat, Bahwasanya orang yang bŭnar itu akan hidop dŭngan iman.

18Kŭrna morka Allah itu tŭlah dinyatakannya deripada shorga atas sagala kŭjahatan dan kŭsalahan orang yang mŭnahankan kabŭnaran itu dŭngan kŭjahatannya.

19Kŭrna pŭrkara yang dapat dikŭtahui deripada Allah itu adalah tŭrnyata diantara marika itu, kŭrna sudah ditunjokkan Allah kapada marika itu.

20Kŭrna sagala sifat Allah yang tŭrsŭmbunyi deri kutika kŭjadian dunia itu, maka itu pun dapat dilihat ulih orang dŭngan nyatanya, sŭbab dapat dikŭtahuinya deri pŭrkara yang dijadikannya, iya itu kudrat, dan kŭtuhanan Allah yang kŭkal; maka sŭbab itu marika itu tiada bulih mŭndatangkan uzur lagi.

21Kŭrna apabila dikŭtahui ulih marika itu, bahwa ada Allah, maka tiada juga marika itu mŭmuliakan dia spŭrti Allah, dan tiada juga marika itu mŭmbri shukor, mŭlainkan iya jadi bŭbal dŭngan sangka sangkanya, dan hatinya yang bodoh itu pun digŭlapkannyalah.

22Maka marika itu mŭngaku dirinya pandie, tŭtapi dialah yang bodoh adanya.

23Maka diubahkannya kŭmuliaan Allah yang tiada bŭrhingga itu kapada suatu bŭrhala yang dibuatnya rupa manusia yang binasa, dan lagi rupa burong burong, dan binatang binatang yang bŭrkaki ampat, dan yang mŭnjalar.

24Maka sŭbab dŭmkianlah dibiarkan Allah marika itu didalam kotor dŭngan mŭnurot hawa nafsunya sŭndiri, akan mŭmbri malu kapada tubohnya sŭndiri diantara marika itu.

25Adapun marika itu mŭngubahkan kabŭnaran Allah itu kapada bohong, dan iya mŭmbri hormat, dan bŭrbuat bakti kapada makhlok tŭrlebih deri pada mŭmbri hormat kapada khalik yang mŭmpunyai bŭrkat sampie slama lamanya: Amin.

26Maka sŭbab itulah tŭlah disŭrahkan Allah akan marika itu kapada sagala nafsu yang hina, kŭrna pŭrampuannya pun tŭlah mŭngubahkan tabiatnya yang patut itu kapada yang tiada patut.

27Dan dŭmkian lagi laki laki pun tŭlah mŭninggalkan pŭrbuatannya yang patut kapada pŭrampuan itu, maka bŭrhangatlah nafsunya sa’orang kapada sa’orang, iya itu laki laki dŭngan laki laki mŭlakukan pŭrkara yang hina, sampie ditrima ulih marka itu pŭmbalasan yang patut sŭbab kŭsalahannya itu.

28Maka kŭrna marika itu tiada mahu ingat akan Allah dalam pŭngŭtahuannya, maka dibiarkan Allah marika itu dalam akal yang jahat, sahingga dipŭrbuatnyalah sagala pŭrkara yang tiada bŭrpatutan.

29Sampie pŭnohlah marika itu dŭngan sagala pŭrkara yang tiada bŭnar, zinah, kŭjahatan, tamaa, bŭrbŭnchi bŭnchian; maka pŭnohlah iya dŭngan dŭngki, dan bŭrbunoh bunohan, bŭrbantah bantahan, tipu, khianat, bawa mulot:

30Pŭngumpat, mŭmbŭnchi akan Allah, pŭmaki, chongkak, mŭmŭgahkan dirinya, mŭmbuat akal, tiada mŭnurot ibu bapanya;

31Tiada bŭrbudi, tiada mŭmŭnohkan janjinya, tiada bŭrkasih kasihan, mŭnaroh dŭndam, dan tiada bŭrsayang sayangan.

32Maka marika itu yang mŭngtahui akan hukum Allah, kalau orang yang bŭrbuat pŭrkara yang dŭmkian itu patutlah mati; maka bukannya iya sahja bŭrbuat pŭrkara itu, mŭlainkan iya suka pula orang lain bŭrbuat dŭmbian pun.



 <<  Roma 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran