Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Roma 7 >> 

FATSAL VII.

1SŬBARMULA tiadakah kamu mŭngŭtahui hie sagala saudaraku, kŭrna aku bŭrkata ini kapada orang yang mŭngtahui akan hukum, bŭtapa hukum itu mŭna’lokkan orang dalam sa’umor hidopnya.

2Kŭrna pŭrampuan yang ada bŭrswami itu, maka iya itu tŭlah tŭrikat ulih hukum kapada swaminya dalam sa’umor hidopnya; tŭtapi jikalau swaminya itu mati, maka pŭrampuan itu pun tŭrurielah deripada hukum swaminya itu.

3Dan dŭmkian juga jikalau pŭrampuan itu kahwen kapada orang lain slagi hidop swaminya, maka iya itu disŭbut orang akan dia sa’orang pŭrampuan bŭrzinah adanya; tŭtapi jikalau swaminya itu sudah mati, maka pŭrampuan itu tŭrurielah deripada hukum itu; maka bukannya iya bŭrzinah jikalau iya kahwen kapada orang lain skalipun.

4Shahadan dŭmkianlah saudara saudaraku kamu pun tŭlah mŭnjadilah spŭrti mati kapada tauret ulih sŭbab kŭmatian tuboh Almasih, supaya kamu bulih kahwen kapada sa’orang lain, mŭski pun kapada orang yang dibangkitkan deripada mati, supaya kamu bulih mŭmbawa buah buahan kapada Allah.

5Kŭrna tŭtkala kita lagi dalam hawa nafsu dunia, maka gŭrak gŭrak dosa yang bŭrbangkit ulih sŭbab tauret itu mŭngŭrjakan dalam anggota anggota kita, supaya mŭndatangkan buah buahan kapada kŭmatian.

6Tŭtapi skarang kita tŭlah tŭrurielah deripada tauret, sŭbab kita tŭlah mati kapada tŭmpat kita tŭlah tŭrikat itu, supaya kita bŭrbuat bakti dŭngan hal Roh yang bahru, dan bukannya dŭngan hal hurof yang lama itu.

7Apakah garangan yang handak dikatakan, tauret itukah dosa? Dijauhkan Allah. Bahkan, aku tiada mŭngtahui akan dosa itu, mŭlainkan ulih tauret; kŭrna tiada aku mŭngtahui akan nafsu jahat itu, jikalau tiada tauret kata, Janganlah angkau loba.

8Tŭtapi dosa itu tŭlah bŭrulih kwasa deripada hukum Allah itu, maka iyalah mŭngadakan sagala jŭnis nafsu jahat dalam diriku, kŭrna kalau tiada tauret itu, maka dosa itu tŭlah mati.

9Kŭrna aku adalah hidop pada suatu masa dŭngan tiada tauret, tŭtapi tŭtkala hukum Allah datang, maka dosa itu tŭlah sŭgarlah, tŭtapi aku mati.

10Adapun hukum Allah itu yang mŭndatangkan hidop, kudapati akan dia itu mŭndatangkan mati.

11Kŭrna apabila dosa itu bŭrulih kwasa deripada hukum Allah, maka ditipunyalah akan daku, dan dŭngan hukum itu juga aku dibunohnya.

12Maka dŭmkianlah tauret itu suchi, dan hukum itu pun suchi dan adil, lagi baik adanya.

13Kalau bŭgitu, adakah yang baik itu mŭndatangkan mati kapadaku? Dijauhkan Allah. Mŭlainkan dosa supaya dapat dinyatakan, dosalah itu yang mŭndatangkan mati dalam diriku ulih sŭbab pŭrkara yang baik itu, supaya dosa itu dŭngan kwasa hukum itu mŭnjadikan dia itu tŭrlebih bŭsar dosa adanya.

14Kŭrna kita tŭlah mŭngtahui, adapun tauret itu deri pada rohani adanya, tŭtapi kaadaanku ini deripada hawa nafsu sahja sudah tŭrjual kŭbawah kwasa dosa.

15Adapun pŭrkara yang aku buat itu tiada kupŭrkŭnankan dia, kŭrna pŭrkara yang kuhandak, tiada kupŭrbuat, mŭlainkan kupŭrbuat pŭrkara yang kubŭnchi juga.

16Jikalau kupŭrbuat pŭrkara yang tiada kusukai akan dia, maka mŭngakulah aku tauret itu bŭnar adanya.

17Maka skarang pun bukannya aku yang bŭrbuat pŭrkara itu, mŭlainkan dosa yang ada diam dalamku bŭrbuat itu.

18Kŭrna tŭlah kukŭtahui, bahwa dalam diriku, iya itu dalam nafsu tubohku, tiada barang apa yang baik, kŭrna niat itu adalah sŭdia padaku; tŭtapi bagimanakah mŭmbuat pŭrkara yang baik itu tiadalah aku dapati.

19Kŭrna baik yang aku kahandaki itu tiada aku bŭrbuat, tŭtapi jahat yang tiada kukahandaki itulah kupŭrbuat.

20Adapun jikalau aku bŭrbuat pŭrkara yang tiada aku kahandaki itu, maka iya itu bukannya aku yang bŭrbuat itu, mŭlainkan dosa yang ada dalam dirikulah bŭrbuat itu.

21Maka sŭbab itu aku tŭlah mŭndapat satu hukum, tŭtkala aku handak bŭrbuat baik, maka jahat itu adalah hampir padaku.

22Kŭrna aku bŭrsuka sukalah pada hukum Allah mŭnurot pri tabiat yang baik.

23Tŭtapi aku mŭlihat ada pula suatu hukum yang lain didalam anggota anggotaku, yang bŭrprang mŭlawan iya akan hukum tabiatku yang baik itu, sŭrta mŭmbawa akan daku tawanan, iya itu kapada hukum dosa yang ada dalam anggota anggotaku.

24Hie chilakanya aku ini, siapakah kŭlak akan mŭlŭpaskan aku deripada tuboh kŭmatian ini?

25Aku mŭnguchap shukorlah kapada Allah dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kami, maka dŭngan hal yang dŭmkianlah aku ini mŭnurot akan hukum Allah dŭngan niat yang baik itu, tŭtapi dŭngan nafsu jahat itu mŭnurot hukum dosa.



 <<  Roma 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran