Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 17 >> 

FATSAL XVII.

1BŬRMULA adapun sagala pŭrkara ini dikatakan ulih Isa, sŭrta iya mŭngangkatkan matanya kŭlangit, lalu bŭrkata, Ya Ayah, waktu tŭlah sampie, pŭrmuliakanlah kiranya anakmu, supaya anakmu mŭmuliakan angkau.

2Spŭrti angkau tŭlah mŭmbri kwasa padanya atas sagala manusia, supaya iya kurniakau hidop kŭkal kapada sagala orang yang tŭlah angkau anugrahkan kapadanya.

3Adapun inilah hidop yang kŭkal, iya itu dikŭnal orang, hanya angkaulah Allah yang asa, dan bŭnar, dan lagi Isa Almasih yang tŭlah angkau surohkan.

4Maka aku tŭlah pŭrmuliakan dikau diatas bumi, dan tŭlah aku jŭlaskan pŭkŭrjaan yang angkau sŭrahkan kapadaku.

5Maka skarang ya Ayah, muliakanlah kiranya ulihmu akan daku ini dihalratmu dŭngan kŭmuliaan yang aku tŭlah mŭnaroh sŭrta dŭngan angkau dahulu deripada dunia ini jadi.

6Bahwa aku sudah mŭnyatakan namamu kapada sagala orang yang tŭlah angkau kurniakan padaku deripada orang isi dunia, maka orang itu angkau ampunyai dia, maka sagala marika itu angkau kurniakan padaku, maka iya pun tŭlah mŭmliharakan pŭrkataanku.

7Maka skarang tŭlah dikŭtahui marika itu, adapun sagala pŭrkara yang angkau tŭlah mŭmbri padaku itu, iya itu deripadamu juga.

8Kŭrna sagala pŭrkataan yang angkau bri kapadaku itu sudahlah aku brikan kapada marika itu, maka marika itu tŭlah mŭnŭrima sagala pŭrkataan itu, dan tahulah marika itu dŭngan sŭbŭnarnya, bahwa kŭdatanganku ini deripadamu, dan pŭrchayalah marika itu, bahwa angkaulah yang mŭnyurohkan aku.

9Maka aku doakanlah akan marika itu, iya itu bukannya aku doakan orang isi dunia, mŭlainkan akan sagala orang yang angkau bri akan daku, kŭrna marika itu orangmu juga.

10Maka barang suatu yang aku punya itu angkau punya, dan barang suatu yang angkau punya itu aku punya, maka aku juga dimuliakan ulih marika itu.

11Maka skarang aku ini tiada lagi dalam dunia, tŭtapi marika itu ada lagi dalam dunia; maka aku ini datang kapadamu ya Ayah yang kudus, pliharakanlah kiranya dŭngan sŭbab namamu akan sagala orang yang tŭlah angkau kurniakan akan daku, supaya marika itu jadi suatu spŭrti kami ini ada suatu.

12Adapun slama aku ada bŭrsama sama dŭngan marika itu didunia, maka aku tŭlah pliharakan marika itu dŭngan namamu, maka aku sudah pliharakan akan sagala orang yang pŭmbrianmu kapadaku, dan sa’orang pun tiada binasa deripada marika ita, hanya anak tumpas juga; supaya gŭnaplah pŭrkataan kitab.

13Maka skarang aku datang kapadamu; maka aku tŭlah mŭngatakan sagala pŭrkara ini didalam dunia, supaya kŭsukaanku dapat disampornakan didalam marika itu.

14Bahwa aku tŭlah mŭmbri pŭrkataanmu pada marika itu, maka orang dunia ini mŭmbŭnchi akan marika itu, sŭbab marika itu bukannya deripada dunia, spŭrti aku ini bukannya deripada dunia.

15Bahwa bukannya aku minta biar angkau mŭngambil marika itu kluar deri dunia, mŭlainkan supaya angkau pliharakan marika itu deripada yang jahat.

16Maka bukannya marika itu deripada dunia, spŭrti aku ini bukannya deri dunia.

17Maka suchikan apalah kiranya akan marika itu ulih kŭbŭnaranmu, kŭrna pŭrkataanmu itulah kŭbŭnaran adanya.

18Adapun spŭrti angkau tŭlah mŭnyurohkan aku datang kadunia, maka dŭmkianlah juga aku pun tŭlah mŭnyurohkan marika itu pŭrgi kapada isi dunia.

19Adapun sŭbab marika itu aku suchikan diriku, supaya marika itu disuchikan ulih kŭbŭnaran.

20Bahwa tiada aku doakan marika itu sahja, mŭlainkan akan sagala orang yang nanti pŭrchaya akan daku pun, ulih pŭngajaran orang orang ini.

21Supaya sŭmua jadi suatu juga, spŭrti angkau ya Ayah didalam aku dan aku didalam angkau, dan supaya marika itupun jadi suatu didalam kami sahingga isi dunia pŭrchaya bahwa angkau tŭlah mŭnyurohkan aku.

22Maka aku tŭlah brikan pada marika itu kŭmuliaan yang tŭlah angkau kurniakan akan daku supaya marika itu jadi suatu spŭrti kami ini suatu juga.

23Bahwa aku didalam marika itu dan angkau didalam aku, supaya marika itu jadi suatu dŭngan kŭsampornaan; dan supaya bulih dikŭtahui ulih isi dunia, bahwa angkau tŭlah mŭnyurohkan aku, sŭrta mŭngasihi marika itu spŭrti angkau tŭlah mŭngasihi aku.

24Ya Ayah! aku kahandaki supaya sagala orang yang tŭlah angkau kurniakan padaku itu, ada bŭrsama sama ditŭmpat ada aku, supaya dilihat ulih marika itu kŭmuliaanku yang angkau anugrahkan padaku, kŭrna angkau mŭngasihi aku dahulu deripada jadi dunia ini.

25Ya Ayah yang adil, bahwa isi dunia ini bŭlom mŭngŭnal akan dikau, tŭtapi aku mŭngŭnal angkau, dan orang orang ini pun tahu, bahwa angkau tŭlah mŭnyurohkan aku.

26Maka aku sudah nyatakan namamu pada marika itu, dan lagi aku akan mŭnyatakan pula, supaya kasih yang tŭlah angkau mŭngasihi aku, jadi didalam marika itu, dan aku ini pun didalam marika itu juga.



 <<  Yohanes 17 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran