Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 19 >> 

FATSAL XIX.

1SŬBARMULA maka sŭtlah itu ditangkap ulih Pilatus akan Isa, lalu dipalunya dŭngan chŭmŭti akan dia.

2Maka ulih lashkar dianyamkannya mahakota deripada duri, lalu dipakiekannya kapada kŭpala Isa, sŭrta dikŭnakannya suatu baju yang ungu wornanya:

3Lalu bŭrsorak, Hie Raja orang Yahudi, sambil ditampar ulih marika itu akan dia.

4Arkian maka kluarlah Pilatus pula, sŭrta bŭrkata pada marika itu, Lihatlah ulihmu aku mŭmbawa dia kluar kapadamu, supaya kamu bulih tahu, bahwa suatu pun kŭsalahan tiada kudapat akan dia ini.

5Maka kluarlah Isa dŭngan mŭmakie mahakota deripada duri, dan bŭrbaju ungu wornanya; maka kata Pilatus akan marika itu, Lihatlah ulihmu akan orang ini.

6Maka apabila dilihat ulih imam yang bŭsar bŭsar, dan sagala hulubalang akan dia, maka bŭrsrulah marika itu katanya, Salibkanlah dia, salibkanlah dia. Maka kata Pilatus pada marika itu, Bawalah pŭrgi kamu akan dia, salibkan; kŭrna aku tiada mŭndapat apa apa salahnya.

7Maka sahut orang orang Yahudi akan dia katanya, Bahwa pada kami ada satu hukum, maka spŭrti bunyi hukum kami itu, patutlah dia ini dibunoh, sŭbab iya mŭnjadikan dirinya Anak Allah.

8¶ Adapun apabila didŭngar Pilatus akan pŭrkataan itu, maka bŭrtambahlah takotnya.

9Maka masoklah pula iya kŭdalam tŭmpat bichara, lalu bŭrkata kapada Isa, Angkau ini deri mana? Maka tiadalah disahut Isa akan dia.

10Maka tŭtkala itu bŭrkatalah Pilatus kapadanya, Ta’mahukah angkau bŭrkata kata padaku, maka tiadakah angkau kŭtahui, bahwa aku bŭrkwasa mŭnsalibkan angkau, dan bŭrkwasa pula mŭlŭpaskan angkau?

11Maka disahut Isa, Bahwa tiada angkau bulih mŭmŭgang kwasa atasku ini, jikalau tiada dibri padamu deri atas; maka sŭbab itulah orang yang mŭnyŭrahkan aku kapadamu, maka iya itulah tŭrlebih bŭsar dosanya.

12Maka deripada kutika itulah Pilatus mŭncharikan jalan akan mŭlŭpaskan Isa, maka bŭrsrulah orang Yahudi katanya, Jikalau angkau lŭpaskan orang ini, maka bahwasanya bukannya angkau sahabat Kesar; maka barang siapa yang mŭnda’wa dirinya raja, iyalah bŭrmusoh dŭngan Kesar.

13¶ Bŭrmula apabila Pilatus mŭnŭngar pŭrkataan itu, maka dibawanyalah Isa kluar, lalu dudoklah iya diatas korsi hukuman pada suatu tŭmpat yang bŭrnama Hamparan batu tŭtapi dŭngan bahsa Ibrani Gabbatha namanya.

14Adapun pada masa itu waktu disŭdiakan orang kŭlangkapan hari raya langkah, iya itu pada kawol yang ka’anam. Maka kata Pilatus pada orang Yahudi, Lihatlah akan Rajamu.

15Maka bŭrsru srulah marika itu, Nyahkanlah dia, nyahkanlah dia, salibkanlah dia. Maka bŭrkatalah Pilatus pada marika itu, Aku salibkankah Raja kamu? Maka sahut kŭpala kŭpala imam, Bahwa tiadalah yang lain Raja kami, mŭlainkan Kesar juga.

16Sŭtlah itu maka Pilatus pun mŭnyŭrahkan Isa kapada marika itu, supaya disalibkannya akan dia.

17Bŭrmula maka kluarlah Isa dŭngan mŭmikol kayu salibnya itu, lalu sampie kapada suatu tŭmpat yang bŭrnama tŭmpat tŭngkorak, yang tŭrsŭbut dŭngan bahsa Ibrani, Golgotha.

18Maka ditŭmpat itulah disalibkan orang akan Isa bŭsŭrta dua orang lain pun disalibkan disŭblah mŭnyŭblahnya, maka Isa ditŭngah ditŭngahnya.

19¶ Maka Pilatus mŭnyurat suatu surat gŭlaran, dilŭtakkannya pada kayu salib itu; adapun surat itu dŭmkian bunyinya, ISA ORANG NAZARETH, RAJA ORANG YAHUDI.

20Maka banyaklah deripada orang Yahudi ada mŭmbacha surat gŭlaran itu, kŭrna tŭmpat Isa disalibkan itu dŭkat nŭgri; maka surat itu dituliskan dŭngan bahsa Ibrani, dan Gŭrika, dan Rom.

21Maka bŭrkatalah imam imam bŭsar orang Yahudi kapada Pilatus, Janganlah dituliskan dia Raja orang Yahudi, mŭlainkan bahwa iya sŭndiri bŭrkata, Aku ini Raja orang Yahudi.

22Maka disahut Pilatus, Adapun barang yang sudah kutuliskan itulah dia.

23¶ Bŭrmula sŭtlah sudah sagala lashkar itu mŭnsalibkan Isa, maka diambilnyalah sagala pakieannya, lalu dibahgikannya itu ampat bahgian, iya itu pada sa’orang satu bahgian, maka bajunya pun dŭmkian juga; adapun bajunya itu tiada bŭrkŭlim, mŭlainkan ditŭnun sahja deri atas sampie kŭbawah.

24Maka bŭrkatalah lashkar itu sa’orang kapada sa’orang, Janganlah kita charekkan, mŭlainkan baiklah kita buang undi, kita lihat siapa mŭndapat dia; maka tŭlah gŭnaplah pŭrkataan yang tŭrsŭbut dalam kitab katanya, Marika itu mŭmbahgi pakieanku pada sama sŭndirinya, dan atas bajuku marika itu mŭmbuang undi. Adapun sagala pŭrkara itu dipŭrbuat ulih lashkar itu.

25¶ Maka adapun dŭkat salib itu adalah bŭrdiri ibu Isa, dan saudara pŭrampuan ibunya, iya itu Mŭriam istri Kleofas, dan Mŭriam Magdalani.

26Adapun sŭtlah Isa mŭlihat akan ibunya, dan sa’orang murid yang dikasihinya pun bŭrdiri dŭkat, maka bŭrkata Isa kapada ibunya, Hie pŭrampuan, lihatlah anakmu.

27Kumdian maka bŭrkata Isa kapada sa’orang murid itu, Lihatlah ibumu; maka deripada kutika itulah diambil ulih murid itu akan pŭrampuan itu dipliharakannya akan dia dirumahnya.

28Bŭrmula kumdian deri pada itu, maka tŭlah dikŭtahui ulih Isa, bahwa sagala sŭsuatu tŭlah habis, supaya gŭnaplah pŭrkataan kitab, maka katanya, Aku dahaga.

29Maka adalah tŭrlŭtak disitu sa’buah bajan yang bŭrisi chuka; maka diisi ulih orang suatu lumot karang dŭngan chuka dibubohkannya itu pada sŭbatang gala kayu zof, lalu disampiekannya itu kŭmulot Isa.

30Sŭtlah sudah diminum Isa chuka itu, maka katanya, Sudahlah habis; lalu tŭrtundoklah kŭpalanya, maka putuslah nyawanya.

31Maka sŭbab kutika itu hari kŭlangkapan, supaya jangan tinggal sagala tuboh itu tŭrgantong disalib pada hari sabtu itu; adapun sabtu itu hari yang bŭsar; maka dipintalah ulih orang Yahudi kapada Pilatus, supaya kaki orang orang yang tŭrsalib itu dipatahkannya, dan mayatnya pun handak dituronkan.

32Maka datanglah lashkar itu, lalu dipatahkannya kadua kaki orang yang pŭrtama, dan kadua kaki orang yang lain yang ada tŭrsalib sŭrtanya.

33Maka apabila datanglah lashkar itu kapada Isa, sŭrta dilihatnya iya sudah mati, maka tiadalah dipatahkannya kakinya.

34Mŭlainkan sa’orang lashkar mŭnikam rusok Isa dŭngan tombaknya, lalu kluarlah darah dan ayer.

35Adapun orang yang tŭlah mŭlihat itu bŭrsaksi, maka bŭnarlah saksinya; maka iyalah tahu bahwa iya bŭrkata yang bŭnar, supaya kamu pŭrchaya.

36Adapun sagala pŭrkara ini tŭlah jadi, supaya gŭnaplah pŭrkataan kitab iyaani, Suatu tulangnya tiada akan dipatahkan.

37Shahadan lagi suatu pŭrkataan kitab mŭngatakan, Bahwa marika itu akan mŭmandang kapada orang yang ditikam ulih marika itu.

38¶ Bŭrmula kumdian deri pada itu, maka Yusof orang Armethia, iya itu sa’orang murid Isa juga, dŭngan bŭrsŭmbunyi, ulih sŭbab kŭtakotannya akan orang Yahudi, lalu pintalah iya kapada Pilatus handak mŭngambil mayat Isa itu, maka dibrilah izin ulih Pilatus akan dia, sŭbab itu datanglah iya mŭngambil mayat Isa.

39Adapun Nikudimus yang mula mula datang kapada Isa pada malam itu, maka datanglah pula iya dŭngan mŭmbawa mor dan khalambak yang sudah bŭrchampor, ada kira kira sa’ratus kati banyaknya.

40Arkian maka diambil ulih marika itu akan mayat Isa, lalu dikafankannya dŭngan kain puteh, sŭrta dŭngan rŭmpah rŭmpah, spŭrti adat pŭkuboran orang Yahudi.

41Adapun dŭkat tŭmpat Isa disalibkan itu ada satu kŭbon, maka dalam kŭbon itu ada satu kubor bahru, maka sa’orang pun bŭlom pŭrnah ditanamkan dalamnya.

42Maka disitulah ditanamkan ulih marika itu akan Isa, sŭbab kutika itulah kŭlangkapan hari sabtu orang Yahudi, maka kubor itu pun ada dŭkat.



 <<  Yohanes 19 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran