Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 20 >> 

FATSAL XX.

1SŬBARMULA maka pada hari ahad pagi gŭlap gŭlap, maka datanglah Mŭriam Magdalani kakubor itu, sŭrta dilihatnya batunya sudah tŭrangkat deripada kubor itu:

2Maka bŭrlarilah iya datang kapada Simon Petros, dan kapada murid yang dikasih ulih Isa, lalu katanya kapada marika itu, Bahwa orang sudah bawa lari akan Tuhan deri dalam kubornya, maka tiadalah kami tahu dimanakah ditarohkan orang akan dia.

3Maka kluarlah Petros bŭsŭrta sa’orang murid lain itu pun, maka sampielah marika itu kakubor.

4Maka kaduanya itu pun bŭrlarilah bŭrsama sama, tŭtapi murid lain itu tŭrlehih pantas deripada Petros, maka sampielah iya kakubor itu tŭrdahulu.

5Maka tundoklah iya lalu mŭlihat kain kafan itu ada tŭrlŭtak, tŭtapi tiada iya masok kŭdalam.

6Maka kumdian datanglah Simon Petros mŭngikot dia, lalu masok kŭdalam kubor itu, maka dilihatnya kain kafan itu ada tŭrlŭtak.

7Maka saputangan yang diikatkan dikŭpalanya itu tiada bŭrsama sama dŭngan kain kafan, mŭlainkan tŭrlŭtak dŭngan lipatannya ditŭmpat asing.

8Kumdian masoklah murid lain yang tŭrdahulu itu dikubor itu, sŭrta dilihatnya itu, lalu pŭrchayalah iya.

9Kŭrna marika itu bŭlom lagi mŭngarti spŭrti yang tŭrsŭbut dalam kitab, Bahwa saharusnyalah iya akan dihidopkan pula deripada matinya.

10Maka murid kadua itu pun bŭrbaliklah pulang karumahnya sŭndiri.

11¶ Akan tŭtapi Mŭriam adalah bŭrdiri diluar pada kubor itu mŭnangis, maka tŭngah iya mŭnangis, tundoklah iya mŭnjungkok kŭdalam kubor itu,

12Maka tiba tiba dilihatnya mŭliekat dua orang mŭmakie pakiean puteh, dudok sa’orang ara kŭpala, dan sa’orang ara kaki ditŭmpat dilŭtakkan mayat Isa itu.

13Maka bŭrkata marika itu padanya, Hie pŭrampuan, mŭngapa angkau mŭnangis? Maka jawabnya pada marika itu, Sŭbab orang tŭlah mŭngambil Tuhanku, tiadalah aku tahu dimanakah ditarohkannya.

14Sŭtlah sudah iya bŭrkata dŭmkian, maka bŭrpalinglah iya kabŭlakang, lalu tŭrpandang iya kapada Isa ada bŭrdiri, maka tiada dikŭtahuinya itu Isa.

15Maka bŭrkatalah Isa padanya, Hie pŭrampuan, mŭngapa angkau mŭnangis, siapakah angkau chari? Adapun disangkakan ulih pŭrampuan itu, bahwa iya itu pŭnunggu kŭbon, lalu katanya, Tuan, jikalau sudah angkau ambil dia deri sini, katakanlah kiranya padaku dimana angkau tarohkan dia, supaya aku bawa pŭrgi.

16Maka kata Isa padanya, Mŭriam, maka iya pun mŭnoleh, sambil bŭrkata padanya, Ya Rabboni; artinya Guru.

17Maka kata Isa padanya, Janganlah angkau mŭnjamah aku, kŭrna bŭlom aku naik kapada Ayahku; maka pŭrgilah angkau kapada saudara saudaraku katakan pada marika itu, bahwa aku naik kapada Ayahku dan Ayahmu, dan kapada Allahku dan Allahmu.

18Maka datanglah Mŭriam Magdalani mŭmbri tahu kapada sagala murid, bahwa iya tŭlah mŭlihat Tuhan, maka Tuhan tŭlah mŭngatakan sagala pŭrkara itu padanya.

19Sŭtlah itu maka pada pŭtang hari itu juga, iya itu hari ahad, apabila pintu pun lagi tŭrkunchi, ditŭmpat sagala murid itu ada bŭrhimpun, sŭbab takotnya akan orang Yahudi, maka tiba tiba datanglah Isa, sŭrta tŭrdiri ditŭngah tŭngah, lalu bŭrkata pada marika itu, Slamatlah kamu.

20Sŭtlah sudah iya bŭrkata dŭmkian pada marika itu, maka diunjokkannya tangannya, dan rusoknya, maka bahrulah suka chita sagala murid murid itu apabila mŭlihat akan Tuhan.

21Maka kata Isa pula pada marika itu, Slamatlah kamu; adapun spŭrti Ayah tŭlah mŭnyurohkan aku, maka dŭmkian juga aku mŭnyurohkan kamu.

22Maka sŭtlah sudah iya bŭrkata itu, maka dihŭmbuskannya atas marika itu, sŭrta bŭrkata, Sambutlah ulihmu akan Roh Alkudus.

23Maka jikalau kamu ampuni dosa barang sa’orang, maka dosanya itu diampunilah; dan jikalau kamu tiada mŭngampuni dosa barang sa’orang, maka dosanya itu tiadalah diampuni.

24¶ Adapun Thomas yang tŭrsŭbut Didimus, itu pun sa’orang deripada duablas murid, maka tiadalah iya bŭrsama sama dŭngan marika itu pada masa Isa datang itu.

25Maka bŭrkatalah sagala murid lain itu pada Thomas, Bahwa kami sudah mŭlihat Tuhan. Maka jawabnya pada marika itu, Jikalau tiada aku mŭlihat bŭkas paku yang pada tangannya, dan dapat masok jariku pada bŭkas paku itu, dan masok tanganku kŭdalam rusoknya, maka tiadalah aku mahu pŭrchaya.

26¶ Bŭrmula sŭtlah lŭpas dŭlapan hari, maka bŭrhimpunlah pula murid murid itu dalam rumah itu, dan Thomas pun ada bŭrsama sama, maka pintu pun tŭrkunchi, tiba tiba datanglah Isa tŭrdiri ditŭngah tŭngah, lalu bŭrkata, Slamatlah kamu.

27Kumdian maka bŭrkatalah iya pada Thomas, Unjokkanlah jarimu kŭmari, lihatlah ulihmu akan tanganku, maka unjokkanlah tanganmu, masokkanlah dia kŭdalam rusokku; maka janganlah angkau shak lagi, tŭtapi pŭrchayalah.

28Maka sahut Thomas sŭrta bŭrkata padanya, Ya Tuhanku, dan Allahku.

29Maka kata Isa padanya, Thomas, sŭbab angkau sudah mŭlihat aku, bahrulah angkau pŭrchaya? bahwa slamatlah orang yang tiada mŭlihat, tŭtapi pŭrchaya juga.

30¶ Maka sŭsungguhnya Isa tŭlah mŭngadakan bŭbrapa mujizat lain lain dihadapan murid muridnya, yang tiada dituliskan dalam kitab ini.

31Tŭtapi sagala pŭrkara ini sudah tŭrtulis, supaya kamu pŭrchaya, bahwa Isa itu Almasih anak Allah adanya; dan lagi sŭbab pŭrchaya itu kamu bulih bŭrulih slamat kŭkal ulih namanya.



 <<  Yohanes 20 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel