Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Timotius 2 >> 

Doa jemaah

1Pertama-tama aku menyeru supaya permohonan, doa, syafaat dan kesyukuran dirafakkan untuk semua manusia

2untuk raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat.

3Inilah yang baik dan diredai oleh Allah Penyelamat kita

4yang berkehendakkan semua manusia diselamatkan dan mengetahui apa yang benar.

5Hanya ada satu Allah dan hanya ada satu pengantara di antara Allah dan manusia iaitu Isa al-Masih.

6Dia telah menyerahkan diri-Nya untuk menebus dosa seluruh umat manusia yang akan dipersaksikan pada masanya.

7Itulah sebabnya aku dijadikan pemberita Injil dan rasul

8Oleh itu aku menyeru kaum lelaki di mana-mana sahaja supaya berdoa serta menadahkan tangan yang suci, tanpa kemarahan atau perselisihan.

9Aku juga menyeru kaum perempuan supaya berpakaian serta menghias diri dengan sopan santun dan sederhana. Jangan berhias dengan jalinan rambut yang berlebihan atau dengan emas ataupun mutiara mahupun pakaian yang mahal-mahal.

10Hiasi diri dengan perbuatan baik, yang sepatutnya bagi perempuan yang mengaku taat akan Allah.

11Perempuan hendaklah belajar dengan senyap dan rendah hati.

12Aku tidak membenarkan perempuan mengajar atau memerintah lelaki; dia harus berdiam diri

13kerana Adam telah dicipta dahulu, kemudian barulah Hawa.

14Dan bukan Adam yang terpedaya, tetapi perempuan itu yang terpedaya, lalu melakukan dosa.

15Walaupun demikian, perempuan akan diselamatkan dengan melahirkan anak jika mereka tetap dalam iman, kasih, dan kesucian dengan penguasaan diri.



 <<  1 Timotius 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel