Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Efesus 3 >> 

Paulus penginjil kepada orang bukan bani Israel

1Dengan demikian aku, Paulus, yang terpenjara kerana Isa al-Masih untuk kamu, orang bukan bani Israel.

2Tentu kamu telah mendengar, bahawa aku diberi tugas melaksanakan kasih kurnia Allah untukmu.

3Melalui wahyu, Allah telah memberitahuku rahsia itu sebagaimana sudah kutuliskan secara ringkas.

4Apabila kamu membacanya kamu akan mengerti pengetahuanku dalam rahsia al-Masih.

5Pada zaman-zaman silam rahsia itu tidak diberitahu kepada anak Adam, sebagaimana sekarang telah dinyatakan oleh Roh kepada para rasul dan para nabi-Nya yang suci

6bahawa orang bukan bani Israel sama-sama menjadi waris, satu tubuh, dan sama-sama mendapat bahagian daripada perjanjian Allah dalam al-Masih melalui Injil.

7Aku telah menjadi seorang hamba Injil dengan kasih kurnia Allah yang telah diberikan-Nya kepadaku melalui pelaksanaan kuasa-Nya.

8Kepadaku, yang lebih rendah daripada orang salih yang paling rendah, kasih kurnia ini telah diberikan supaya aku pergi mengajar orang bukan bani Israel tentang kekayaan al-Masih yang tidak mungkin dapat dicari itu,

9dan menjelaskan kepada semua orang pelaksanaan rahsia itu, yang dari permulaan zaman telah terselindung dalam hati Allah yang menjadikan segala-galanya.

10Dengan demikian sekarang pelbagai kebijaksanaan Allah diberitahu oleh jemaah kepada segala pemerintah dan kuasa di syurga.

11Ini adalah menurut maksud-Nya yang kekal yang telah ditunaikan-Nya dalam Isa al-Masih, Junjungan kita;

12yang dalam-Nya kita mendapat kebebasan dan keyakinan menghampiri Allah melalui iman.

13Oleh itu aku meminta kepadamu, janganlah tawar hati akibat kesusahan yang kutanggung keranamu, ini adalah kemuliaanmu.

Doa Paulus untuk orang Efesus

14Dengan sebab itulah aku bertelut kepada Bapa,

15yang daripada-Nya seluruh bangsa di syurga dan di bumi telah dinamakan.

16Aku berdoa semoga Dia mengurniakan kepadamu, menurut limpah kemuliaan-Nya, kekuatan melalui Roh-Nya dalam dirimu.

17Semoga al-Masih mendiami hatimu melalui iman. Dan kamu, setelah berakar umbi dalam kasih,

18akan mengerti bersama semua orang salih berapa lebarnya, panjangnya, tingginya dan dalamnya kasih al-Masih,

19dan mengetahui kasih ini yang tidak terjangkau oleh pengetahuan manusia

20Kepada Allah yang berkuasa melakukan segala-galanya dengan limpah kurnia melebihi permintaan dan sangkaan kita, menurut kuasa-Nya yang bertindak dalam diri kita,

21kepada-Nya kemuliaan dalam jemaah melalui Isa al-Masih zaman-berzaman selama-lamanya! Amin.



 <<  Efesus 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran