Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Efesus 5 >> 

1Oleh itu ikutlah teladan Allah seperti anak-anak yang dikasihi.

2Hiduplah dalam kasih, sebagaimana al-Masih mengasihi kita dan menyerahkan diri-Nya untuk kita sebagai persembahan dan korban yang harum bagi Allah.

3Tetapi perzinaan dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun di kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih.

4Jauhi kekotoran, percakapan tidak berakal dan lawak jenaka lucah, kerana segala ini tidak wajar, sebaliknya eloklah kamu mengucapkan kata-kata kesyukuran.

5Kerana kamu tahu bahawa orang yang berzina, melakukan kecemaran, atau tamak haloba

6Jangan tertipu dengan kata-kata kosong, kerana itulah sebabnya kemurkaan Allah menimpa anak-anak derhaka.

7Oleh itu, janganlah kamu sepakat dengan mereka.

8Kerana dahulu kamu gelap tetapi sekarang sudah menjadi cahaya dalam Tuhan kita. Hiduplah sebagai anak-anak cahaya

9(kerana yang dihasilkan oleh cahaya terdapat dalam segala yang baik, wajar dan benar),

10maka kajilah apa yang diredai oleh Tuhan.

11Jangan bersubahat dengan perbuatan gelap yang tidak berfaedah, sebaliknya dedahkan perbuatan itu.

12Ini kerana perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka secara rahsia itu, jika disebut pun adalah memalukan.

13Tetapi segala yang didedahkan itu dinyatakan oleh cahaya, kerana yang menyatakan adalah cahaya.

14Oleh itu firman Tuhan: ‘Bangunlah, hai kamu yang tidur, bangkit daripada kematian, dan al-Masih akan memberimu cahaya.’

15Hiduplah dengan hati-hati

16dan pergunakan setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana.

17Dengan demikian janganlah bodoh, tetapi mengertilah kehendak Tuhan.

18Dan janganlah mabuk anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh.

19Berkata-katalah sesama sendiri dengan mazmur, lagu pujian serta nyanyian rohani, menyanyi dan berlagu untuk Tuhan dalam hatimu.

20Sentiasalah bersyukur atas segala-galanya kepada Allah Bapa dengan nama Junjungan kita Isa al-Masih.

21Tunduklah kepada satu sama lain dengan takut akan Tuhan.

Suami dan isteri

22Isteri, tunduklah kepada suamimu seperti kepada Tuhan.

23Kerana suami adalah kepala kepada isteri sebagaimana al-Masih kepala jemaah dan Penyelamat tubuh itu.

24Oleh itu, sebagaimana jemaah tunduk kepada al-Masih, begitulah juga isteri terhadap suaminya dalam segala hal.

25Suami, kasihilah isterimu, sebagaimana al-Masih mengasihi jemaah dan menyerahkan diri-Nya untuk jemaah.

26Dengan demikian Dia dapat menyucikan dan membersihkan jemaah dengan air melalui firman,

27dan menghadapkannya kepada diri-Nya sebagai jemaah yang mulia, tanpa cela atau kerut, tetapi suci dan sempurna.

28Demikian juga, suami harus mengasihi isterinya seperti tubuhnya, lelaki yang mengasihi isterinya itu mengasihi dirinya sendiri.

29Tiada siapapun pernah membenci tubuhnya sendiri, tetapi memelihara dan menyayanginya, seperti dilakukan oleh al-Masih kepada jemaah

30kerana kita adalah anggota tubuh-Nya.

31‘Oleh sebab itu seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka berdua menjadi satu.’

32Ini adalah suatu rahsia besar

33Walau bagaimanapun, setiap orang daripada kamu hendaklah mengasihi isterinya seperti dirinya sendiri, dan isteri hendaklah menghormati suaminya.



 <<  Efesus 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran