Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Raja-raja 4 >> 

Para Pegawai Raja Salomo

1Raja Salomo telah menjadi raja seluruh negeri Israel.

2Inilah para pegawai Raja Salomo: Imam: Azarya anak Zadok

3Setiausaha negeri: Elihoref dan Ahia, iaitu anak-anak Sisa Bendahara negeri: Yosafat anak Ahilud

4Panglima tentera: Benaya anak Yoyada Para imam: Zadok dan Abyatar

5Ketua pegawai daerah: Azarya anak Natan Penasihat diraja: Imam Zabud anak Natan

6Pengurus pekerja istana: Ahisar Pengurus buruh paksa: Adoniram anak Abda

7Raja Salomo melantik dua belas orang menjadi pegawai daerah di Israel. Mereka bertugas menyediakan makanan dari wilayah mereka bagi raja dan seisi istana baginda. Masing-masing pegawai daerah bertanggungjawab selama satu bulan pada tiap-tiap tahun.

8Inilah nama para pegawai itu dan daerahnya: Ben-Hur: kawasan perbukitan Efraim

9Ben-Deker: kota Makas, Saalbim, Bet-Semes, Elon, dan Bet-Hanan

10Ben-Hesed: kota Arubot dan Sokho, serta seluruh wilayah Hefer

11Ben-Abinadab, suami Tafat, puteri Raja Salomo: seluruh kawasan Dor

12Baana anak Ahilud: kota Taanakh, Megido, dan seluruh kawasan dekat Bet-Sean, dekat kota Sartan, di sebelah selatan Yizreel, sampai kota Abel-Mehola dan Yokmeam

13Ben-Geber: kota Ramot di Gilead, termasuk semua pekan milik puak Yair, puak keturunan Manasye, dan wilayah Argob di Basan; kesemuanya 60 buah kota besar yang bertembok dan pintu gerbang berpalang gangsa

14Ahinadab anak Ido: daerah Mahanaim

15Ahimaas suami Basmat, puteri Raja Salomo: wilayah Naftali

16Baana anak Husai: kawasan Asyer dan kota Alot

17Yosafat anak Paruah: wilayah Isakhar

18Simei anak Ela: wilayah Benyamin

19Geber anak Uri: kawasan Gilead, yang pernah dikuasai oleh Raja Sihon, raja Amori itu dan Raja Og dari Basan. Selain dua belas orang pegawai daerah itu, seorang pegawai daerah juga dilantik bagi wilayah Yehuda.

Kebesaran Kerajaan Raja Salomo

20Penduduk Yehuda dan Israel sangat banyak, sebanyak pasir di pinggir laut. Mereka mempunyai cukup makanan dan minuman, serta hidup senang.

21Kerajaan Raja Salomo meliputi semua negeri dari Sungai Efrat sampai ke Filistea dan sempadan negeri Mesir. Penguasa negeri-negeri itu membayar ufti kepada Raja Salomo, dan mereka takluk kepada baginda sepanjang hayatnya.

22Bahan makanan yang diperlukan oleh Raja Salomo pada tiap-tiap hari ialah 5,000 liter tepung halus dan 10,000 liter tepung kasar,

2310 ekor lembu kandang, 20 ekor lembu padang, dan 100 ekor domba, selain rusa, kijang, rusa dandi, dan unggas.

24Raja Salomo menguasai seluruh tanah di sebelah barat Sungai Efrat, dari Tifsah di Sungai Efrat sampai sejauh kota Gaza di sebelah barat. Semua raja di sebelah barat Sungai Efrat takluk kepada Raja Salomo, dan baginda bersahabat dengan semua negeri jiran.

25Selama hayat Raja Salomo, penduduk di seluruh Yehuda dan Israel hidup dengan tenteram, tiap-tiap keluarga mempunyai ladang anggur dan kebun ara.

26Raja Salomo mempunyai 40,000 buah kandang untuk kuda yang menarik kereta kuda, dan 12,000 ekor kuda bagi pasukan berkuda.

27Dua belas orang pegawai daerahnya, masing-masing bertanggungjawab terhadap makanan yang diperlukan oleh Raja Salomo dan semua orang yang makan di istananya. Para pegawai daerah itu bertanggungjawab pada bulan-bulan yang telah ditentukan bagi mereka. Mereka sentiasa menyediakan semuanya dengan secukupnya.

28Tiap-tiap pegawai daerah juga menyediakan barli dan jerami untuk kuda tunggangan dan kuda yang menarik kereta kuda, di mana sahaja makanan haiwan diperlukan.

29Allah memberi Raja Salomo kebijaksanaan dan hikmat yang luar biasa serta pengetahuan yang amat dalam.

30Raja Salomo menjadi lebih bijak daripada orang bijak di negeri Timur dan orang bijak di negeri Mesir.

31Baginda adalah orang yang paling bijaksana: lebih bijak daripada Etan orang Ezrahi dan Heman, Kalkol dan Darda, anak-anak Mahol. Nama Raja Salomo termasyhur di semua negeri jiran.

32Baginda mengarang 3,000 bidalan dan lebih daripada 1,000 mazmur.

33Baginda dapat berbicara tentang pokok dan tumbuh-tumbuhan: daripada pokok sedar yang tumbuh di pergunungan Lebanon sampai kepada rumput hisop yang tumbuh di tembok. Baginda berbicara tentang binatang, burung, reptilia, dan ikan.

34Raja-raja di seluruh dunia mendengar tentang kebijaksanaan Raja Salomo, dan mereka mengutus orang kepada baginda untuk mendengar ucapan baginda.



 <<  1 Raja-raja 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel