Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 23 >> 

1Apabila Raja Daud sudah sangat tua, baginda melantik puteranya, Salomo, menjadi raja Israel.

Pekerjaan Orang Lewi

2Raja Daud mengumpulkan semua pemimpin Israel, imam, dan orang Lewi,

3lalu membanci semua orang lelaki suku Lewi yang berumur tiga puluh tahun ke atas. Jumlah mereka 38,000 orang.

4Kemudian 24,000 orang antara mereka ditugaskan oleh Raja Daud untuk mengurus pekerjaan di Rumah TUHAN, 6,000 orang untuk mengurus pentadbiran dan mengadili perselisihan,

54,000 orang sebagai pengawal, dan 4,000 orang untuk memuji TUHAN dengan alat-alat muzik yang disediakan oleh raja.

6Raja Daud membahagikan orang Lewi kepada tiga kumpulan menurut puak mereka: Gerson, Kehat, dan Merari.

7Gerson mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Ladan dan Simei.

8Ladan mempunyai tiga orang anak lelaki: Yehiel, Zetam, dan Yoel.

9Mereka ketua puak keturunan Ladan. (Simei mempunyai tiga orang anak lelaki: Selomit, Haziel, dan Haran.)

10Empat orang anak lelaki Simei menurut urutan umur mereka ialah Yahat, Zina, Yeus, dan Beria. Keturunan Yeus dan Beria tidak banyak, maka mereka dianggap satu puak.

11(23:10)

12Kehat mempunyai empat orang anak lelaki: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel.

13Anak sulung Kehat, iaitu Amram, ialah bapa Harun dan Musa. (Untuk selama-lamanya, Harun dan keturunannya telah dikhaskan untuk mengurus peralatan ibadat, membakar kemenyan bagi TUHAN, mengabdikan diri kepada-Nya, dan memberkati rakyat dengan nama TUHAN.

14Anak-anak lelaki Musa, hamba Allah itu, tergolong kepada suku Lewi.)

15Musa mempunyai dua orang anak lelaki, Gersom dan Eliezer.

16Orang yang menjadi pemimpin antara anak-anak Gersom ialah Sebuel.

17Eliezer hanya mempunyai seorang anak lelaki, iaitu Rehabya, tetapi Rehabya mempunyai banyak sekali anak.

18Yizhar, anak lelaki Kehat yang kedua, mempunyai seorang anak lelaki bernama Selomit, yang menjadi ketua puak.

19Hebron, anak lelaki Kehat yang ketiga, mempunyai empat orang anak lelaki: Yeria, Amarya, Yahaziel, dan Yekameam.

20Uziel, anak lelaki Kehat yang keempat, mempunyai dua orang anak lelaki, Mikha dan Yisia.

21Merari mempunyai dua orang anak lelaki, Mahli dan Musi. Mahli juga mempunyai dua orang anak lelaki, Eleazar dan Kish,

22tetapi Eleazar mati tanpa mempunyai anak lelaki; dia hanya mempunyai anak-anak perempuan. Anak-anak perempuannya itu berkahwin dengan saudara-saudara sepupu mereka, iaitu anak-anak lelaki Kish.

23Musi, anak lelaki Merari yang kedua, mempunyai tiga orang anak lelaki: Mahli, Eder, dan Yeremot.

24Itulah nama-nama keturunan Lewi yang tercatat menurut nama ketua puak dan keluarga masing-masing. Mereka berumur dua puluh tahun ke atas dan mendapat tugas di Rumah TUHAN.

25Raja Daud bertitah, "TUHAN Allah Israel, telah memberikan keamanan kepada umat-Nya, dan Dia sendiri tinggal di Yerusalem untuk selama-lamanya.

26Oleh itu tidak perlu lagi orang Lewi memikul Khemah TUHAN dan semua perkakas yang digunakan untuk ibadat."

27Berdasarkan perintah-perintah terakhir daripada Raja Daud, semua orang Lewi harus didaftarkan untuk bertugas apabila berumur dua puluh tahun.

28Mereka harus membantu imam-imam keturunan Harun dalam penyelenggaraan upacara ibadat di Rumah TUHAN, memelihara halaman dan bilik di Rumah TUHAN, serta menjaga segala sesuatu yang telah dikhaskan untuk TUHAN supaya tidak menjadi najis.

29Mereka juga bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berikut: roti yang dipersembahkan kepada Allah, tepung terbaik yang digunakan untuk persembahan, kuih nipis yang dibuat tanpa ragi, persembahan yang dibakar, dan tepung yang dicampur dengan minyak zaitun. Mereka juga harus menimbang dan menakar persembahan yang dibawa ke Rumah TUHAN.

30Selain itu mereka harus menyanyi untuk memuji TUHAN tiap-tiap pagi dan petang,

31dan tiap-tiap kali apabila korban dibakar untuk TUHAN pada hari Sabat, pada perayaan Bulan Baru, dan pada perayaan-perayaan yang lain. Jumlah orang Lewi yang harus bertugas pada setiap kali, juga ada peraturannya. Orang Lewi harus menjalankan tugas itu selama-lamanya.

32Mereka ditugaskan juga untuk memelihara Khemah TUHAN dan Rumah TUHAN, serta menolong saudara-saudara mereka, iaitu imam-imam keturunan Harun, dalam penyelenggaraan ibadat di tempat itu.



 <<  1 Tawarikh 23 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel