Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tesalonika 3 >> 

1Akhirnya kerinduan kami tidak tertahan lagi. Oleh itu kami membuat keputusan untuk tinggal sendirian di Atena,

2sementara kami mengutus Timotius, saudara kita. Dia hamba Allah yang bekerja bersama-sama kami untuk mengkhabarkan Berita Baik tentang Kristus. Kami mengutus dia untuk menggalakkan kamu dan meneguhkan kepercayaan kamu kepada Kristus.

3Dengan demikian tidak seorang pun daripada kamu meninggalkan Kristus kerana penganiayaan itu. Kamu sendiri tahu bahawa penganiayaan itu sebahagian daripada kehendak Allah bagi kita.

4Semasa kami bersama-sama kamu, kami telah memberitahu kamu terlebih dahulu bahawa kita akan dianiaya. Sekarang kamu sendiri tahu bahawa hal itu benar-benar berlaku.

5Itulah sebabnya aku mengutus Timotius, kerana aku ingin sekali mengetahui hal kepercayaan kamu kepada Kristus. Aku khuatir kalau-kalau Iblis sudah menggoda kamu sehingga segala usaha kami sia-sia.

6Sekarang Timotius sudah kembali, dan dia membawa khabar baik bahawa kamu masih percaya kepada Kristus dan bahawa kamu saling mengasihi. Dia memberitahu kami bahawa kamu sentiasa gembira apabila mengenang kami dan kamu ingin berjumpa dengan kami seperti kami pun ingin berjumpa dengan kamu.

7Itulah sebabnya, saudara-saudara seiman, dalam segala kesusahan dan penderitaan kami, kami terhibur oleh berita tentang kamu. Kepercayaan kamu kepada Kristus menggalakkan kami,

8kerana sekarang kami berasa sungguh-sungguh hidup, jika kamu tetap teguh bersatu dengan Tuhan.

9Sekarang kami sangat bersyukur kepada Allah kerana kamu. Kami bersyukur kepada Allah bagi kegembiraan yang kami alami di hadirat-Nya kerana kamu.

10Siang malam kami memohon kepada-Nya dengan sepenuh hati, supaya kami sendiri boleh berjumpa dengan kamu, dan melengkapkan apa yang masih kamu perlukan untuk percaya kepada Kristus.

11Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan kita Yesus, membuka jalan bagi kami untuk berjumpa dengan kamu!

12Semoga Tuhan menyebabkan kamu semakin saling mengasihi dan semakin mengasihi semua orang, sehingga kasih kamu kepada orang lain seperti kasih kami kepada kamu.

13Dengan cara ini Tuhan akan menguatkan hati kamu, sehingga kamu akan menjadi suci dan tidak bercela di hadirat Allah Bapa kita, pada waktu Tuhan kita Yesus datang dengan semua orang yang menjadi milik-Nya.



Download Audio MP3 (1 Tesalonika 3):
Mobile (Low Quality) - CD (High Quality)

 <<  1 Tesalonika 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel