Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Tawarikh 22 >> 

Raja Ahazia, Raja Yehuda

1Beberapa orang Arab telah menyerbu dan membunuh semua putera Raja Yehoram kecuali Ahazia, putera yang bongsu. Oleh itu penduduk Yerusalem melantik Ahazia menjadi raja untuk menggantikan ayahandanya.

2Raja Ahazia menjadi raja ketika baginda berumur dua puluh dua tahun dan baginda memerintah di Yerusalem selama satu tahun. Raja Ahazia juga mengikut cara hidup keluarga Raja Ahab, kerana bondanya, Atalya memberikan nasihat kepadanya untuk melakukan yang jahat. Atalya ialah puteri Raja Ahab, dan cucu Raja Omri, raja Israel.

3(22:2)

4Raja Ahazia berdosa terhadap TUHAN kerana setelah kemangkatan ayahandanya, beberapa anggota keluarga Raja Ahab menjadi penasihatnya; merekalah yang menyebabkan kejatuhan Raja Ahazia.

5Oleh sebab nasihat mereka, Raja Ahazia bergabung dengan Raja Yoram dari Israel untuk berperang dengan Raja Hazael, dari Siria. Pertempuran berlaku di Ramot di daerah Gilead, dan Raja Yoram cedera dalam pertempuran itu.

6Kemudian Raja Yoram pulang ke Yizreel untuk dirawat, dan Raja Ahazia menziarahi baginda di situ.

7Allah telah menentukan agar Raja Ahazia menemui kejatuhannya apabila baginda melawat Raja Yoram. Ketika Raja Ahazia berada di situ, baginda dan Raja Yoram dicabar oleh seorang yang bernama Yehu anak Nimsi, yang telah dipilih TUHAN untuk membinasakan keluarga Raja Ahab.

8Ketika Yehu menjalankan hukuman TUHAN terhadap keluarga itu, dia berjumpa dengan sekumpulan pemimpin Yehuda dan putera-putera saudara Raja Ahazia yang ikut dalam kunjungan itu. Maka Yehu membunuh mereka semua.

9Kemudian Yehu menyuruh orang mencari Raja Ahazia. Baginda ditangkap ketika bersembunyi di Samaria. Mereka membawa Raja Ahazia kepada Yehu, lalu baginda dibunuh. Walaupun begitu mereka memakamkan Raja Ahazia kerana mereka menghormati datuk baginda, Raja Yosafat yang telah mengabdi kepada TUHAN dengan sepenuh hati. Tiada sesiapa lagi daripada keluarga Raja Ahazia yang dapat mengambil alih pemerintahan.

Ratu Atalya Penguasa Yehuda

10Apabila bonda Raja Ahazia mendengar tentang pembunuhan puteranya, bonda raja itu memerintah supaya semua anggota keluarga diraja Yehuda dibunuh.

11Raja Ahazia mempunyai seorang saudara tiri perempuan bernama Yoseba, yang berkahwin dengan seorang imam bernama Yoyada. Dengan diam-diam Yoseba mengambil Yoas, salah seorang putera Raja Ahazia. Yoseba mengambil Yoas daripada putera-putera raja yang lain, dan menyembunyikan Yoas dan pengasuhnya di sebuah bilik di Rumah TUHAN. Dengan demikian Yoseba menyelamatkan Yoas daripada Atalya bonda raja, yang hendak membunuh putera-putera raja.

12Enam tahun lamanya Yoas disembunyikan di situ sementara Atalya bonda raja, memerintah sebagai ratu.



 <<  2 Tawarikh 22 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel