Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Hosea 8 >> 

TUHAN Menghukum Israel Kerana Mereka Menyembah Berhala

1TUHAN berfirman, "Bunyikanlah tanda kecemasan! Musuh sedang menyerang negeri-Ku seperti burung helang menyambar mangsa. Umat-Ku telah memungkiri perjanjian-Ku dengan mereka, dan melanggar hukum-Ku.

2Meskipun mereka mengakui Aku sebagai Allah, dan berkata bahawa mereka umat-Ku yang mengenal Aku,

3namun mereka telah menolak perkara yang baik. Oleh itu musuh akan mengejar mereka.

4Umat-Ku memilih raja-raja tanpa meminta pendapat-Ku. Mereka melantik pemimpin-pemimpin tanpa mendapat persetujuan-Ku. Mereka mengambil emas dan perak dan membuat patung-patung berhala yang mengakibatkan kebinasaan mereka.

5Aku benci akan lembu emas yang disembah penduduk kota Samaria. Aku sangat murka kepada mereka. Sampai bilakah mereka akan terus menyembah berhala?

6Seorang tukang di Israel membuat patung berhala; patung itu bukan Allah! Patung lembu emas yang disembah di Samaria itu akan dihancurkan.

7Apabila umat-Ku menabur angin, mereka akan menuai ribut. Ladang gandum yang tidak menguning tidak akan menghasilkan makanan. Tetapi jika ladang itu menguning juga, orang bangsa asing akan menghabiskan gandumnya.

8Orang Israel sudah menjadi seperti bangsa-bangsa lain dan tidak berguna lagi, seperti periuk yang pecah.

9Orang Israel degil seperti keldai liar, mereka menurut kemahuan mereka sendiri. Mereka minta pertolongan daripada Asyur. Israel telah membayar negeri-negeri lain untuk mendapat perlindungan.

10Tetapi sekarang Aku akan mengumpulkan mereka dan menghukum mereka. Tidak lama lagi mereka akan menderita apabila raja Asyur menindas mereka.

11Semakin banyak mazbah yang didirikan orang Israel untuk menghapuskan dosa, semakin banyak pula tempat untuk mereka berdosa.

12Aku telah menulis banyak ajaran untuk mereka, tetapi mereka menolak semuanya kerana menganggap ajaran itu aneh dan asing.

13Mereka suka mempersembahkan korban kepada-Ku, dan makan daging korban itu. Tetapi Aku, TUHAN, tidak berkenan kepada mereka. Sekarang Aku akan mengingat dosa mereka, dan menghukum mereka kerana dosa-dosa itu. Aku akan mengirim mereka semula ke Mesir.

14Orang Israel mendirikan istana-istana, tetapi mereka lupa akan Pencipta mereka. Orang Yehuda mendirikan kota-kota berkubu, tetapi Aku akan menurunkan api untuk membakar habis kota dan istana mereka."



 <<  Hosea 8 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel