Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Imamat 15 >> 

Kenajisan pada Manusia

1TUHAN memberikan peraturan-peraturan berikut kepada Musa dan Harun

2untuk umat Israel. Apabila lelehan keluar daripada seseorang lelaki kerana penyakit kelamin, lelehan itu najis,

3sama ada lelehan itu mengalir ataupun tertahan, orang itu najis.

4Katil tempat lelaki itu duduk atau tidur juga najis.

5Sesiapa yang menyentuh katil lelaki yang mengeluarkan lelehan itu,

6ataupun duduk di atas apa sahaja yang sudah diduduki lelaki itu, mesti mencuci pakaiannya dan mandi, dan dia tetap najis sehingga matahari terbenam.

7Sesiapa menyentuh lelaki yang mengeluarkan lelehan, mesti mencuci pakaiannya serta mandi, dan orang itu tetap najis sehingga matahari terbenam.

8Jika lelaki yang mengeluarkan lelehan meludahi seseorang yang tahir, orang yang tahir itu mesti mencuci pakaiannya serta mandi, dan dia tetap najis sehingga matahari terbenam.

9Pelana atau apa sahaja yang diduduki lelaki yang mengeluarkan lelehan juga menjadi najis.

10Sesiapa yang menyentuh apa sahaja yang sudah diduduki lelaki itu, dia juga menjadi najis sehingga matahari terbenam. Sesiapa yang mengangkat apa sahaja yang sudah diduduki orang itu mesti mencuci pakaiannya serta mandi, dan dia tetap najis sehingga matahari terbenam.

11Jika seorang lelaki yang mengeluarkan lelehan menyentuh orang lain sebelum dia mencuci tangannya, orang yang disentuh itu mesti mencuci pakaiannya serta mandi, dan dia tetap najis sehingga matahari terbenam.

12Setiap belanga yang disentuh lelaki yang mengeluarkan lelehan mesti dipecahkan, dan setiap bekas daripada kayu yang disentuhnya mesti dicuci.

13Selepas lelaki itu sembuh, dia harus menunggu sehingga tujuh hari, lalu mencuci pakaiannya dan mandi dengan air dari mata air, barulah dia tahir.

14Pada hari kelapan, lelaki itu harus membawa dua ekor burung merpati atau dua ekor burung tekukur ke pintu Khemah TUHAN, lalu memberikan semuanya kepada imam.

15Imam akan mempersembahkan seekor daripada burung itu sebagai korban untuk mengampunkan dosa dan seekor lagi sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Dengan cara ini imam melakukan upacara penyucian untuk orang itu di hadapan TUHAN.

16Apabila mani keluar daripada seseorang lelaki, dia harus mandi, tetapi dia tetap najis sehingga matahari terbenam.

17Apa sahaja yang dibuat daripada kain atau kulit yang terkena mani harus dicuci, dan benda itu tetap najis sehingga matahari terbenam.

18Setelah bersetubuh, baik lelaki mahupun perempuan harus mandi, dan mereka tetap najis sehingga matahari terbenam.

19Apabila seorang perempuan sedang haid, dia najis selama tujuh hari. Sesiapa yang menyentuh dia menjadi najis sehingga matahari terbenam.

20Apa sahaja yang diduduki atau ditiduri perempuan itu ketika dia haid, benda itu pun menjadi najis.

21Sesiapa yang menyentuh katil perempuan itu atau apa sahaja yang sudah didudukinya, orang itu mesti mencuci pakaiannya serta mandi, dan dia tetap najis sehingga matahari terbenam.

22(15:21)

23(15:21)

24Jika seorang lelaki bersetubuh perempuan yang sedang haid, lelaki itu dicemari oleh kenajisan perempuan itu, maka lelaki itu pun menjadi najis selama tujuh hari. Setiap tempat tidur yang ditiduri lelaki itu juga menjadi najis.

25Jika seorang perempuan mengalami pendarahan selama beberapa hari di luar masa haidnya, atau jika pendarahannya belum berhenti sesudah masa haidnya yang biasa, dia menjadi najis selama pendarahan itu, seperti pada masa dia haid.

26Setiap tempat tidur yang ditidurinya, atau apa sahaja yang didudukinya pada masa itu pun menjadi najis.

27Sesiapa yang menyentuh benda itu menjadi najis dan mesti mencuci pakaiannya dan mandi; orang itu tetap najis sehingga matahari terbenam.

28Setelah pendarahan perempuan itu berhenti, dia harus menunggu selama tujuh hari, barulah dia tahir.

29Pada hari kelapan, dia harus membawa dua ekor burung merpati atau dua ekor burung tekukur kepada imam di pintu Khemah TUHAN.

30Imam itu akan mempersembahkan seekor daripada burung itu sebagai korban untuk mengampunkan dosa dan seekor lagi sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Dengan cara ini imam melakukan upacara penyucian bagi perempuan itu.

31Demikianlah TUHAN menyuruh Musa memperingatkan umat Israel supaya memperhatikan masa mereka najis, supaya mereka tidak menajiskan Khemah TUHAN yang di tengah-tengah mereka. Jika mereka menajiskan Khemah TUHAN, mereka akan mati.

32Demikianlah peraturan-peraturan tentang orang yang mengeluarkan lelehan kerana penyakit kelamin, dan tentang lelaki yang mengeluarkan mani, dan tentang perempuan yang sedang haid, dan tentang lelaki yang bersetubuh dengan perempuan yang najis.

33(15:32)



 <<  Imamat 15 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel