Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Kejadian 49 >> 

Kata-Kata Yakub yang Terakhir

1Kemudian Yakub memanggil anak-anak lelakinya dan berkata, "Berkumpullah di sini, dekat aku. Aku akan memberitahu kamu apa yang kamu alami pada kemudian hari.

2Berkumpullah, hai anak-anak Yakub, dengarlah Israel, bapa kamu.

3Ruben, anakku yang sulung, engkaulah kekuatanku, buah pertama keperkasaanku. Engkau paling gagah dan kuat antara semua anak lelakiku.

4Engkau mudah tergoncang seperti air, sehingga engkau bukan yang terutama. Oleh sebab engkau tidur dengan gundikku, engkau mencemarkan tempat tidur bapamu.

5Simeon dan Lewi bersaudara; senjata mereka digunakan untuk kekejaman.

6Aku tidak akan ikut dalam pakatan mereka, dan tidak ikut dalam kumpulan mereka. Oleh sebab mereka membunuh dalam kemarahan, dan melumpuhkan lembu jantan untuk bersuka-suka.

7Terkutuklah kemarahan mereka, kerana sangat dahsyat. Terkutuklah amukan mereka, kerana sangat kejam. Aku akan menyelerakkan mereka di seluruh Israel. Aku akan mencerai-beraikan mereka antara semua bangsa.

8Yehuda, engkau akan menerkam tengkuk musuhmu; saudara-saudaramu akan memujimu dan sujud di hadapanmu.

9Yehuda bagaikan singa; dia membunuh mangsanya, lalu kembali ke sarangnya; dia menggeliat lalu berbaring, dan tiada seorang pun berani mengusiknya.

10Yehuda akan memegang tongkat kerajaan, keturunannya akan memerintah selama-lamanya. Bangsa-bangsa akan membawakan dia ufti, dan sujud dengan taat di hadapannya.

11Anak keldainya diikatnya pada pokok, pada pokok anggur yang paling baik. Dia mencuci pakaiannya dengan wain, wain semerah darah.

12Matanya merah kerana minum wain, giginya putih kerana minum susu.

13Zebulon akan tinggal dekat laut; kapal-kapal akan berlabuh di pantainya; sempadan wilayahnya sampai ke Sidon.

14Isakhar umpama keldai kuat yang terlentang di antara kantung pelana.

15Dia melihat betapa baiknya tempat itu dan betapa indahnya negeri itu. Oleh itu dia membongkok untuk memikul beban, dan dipaksa bekerja sebagai hamba.

16Dan akan memerintah bangsanya, mereka akan menjadi seperti suku Israel yang lain.

17Dan bagaikan ular di pinggir jalan, ular berbisa di tepi lorong, yang mematuk tumit kuda sehingga penunggangnya tercampak.

18Aku menantikan penyelamatan daripada-Mu, ya TUHAN.

19Gad akan diserang perompak, namun dia akan berbalik dan merompak mereka.

20Tanah Asyer akan menghasilkan makanan lazat, dia akan menyediakan makanan bagi raja.

21Naftali bagaikan rusa yang pantas, yang melahirkan anak-anak yang cantik.

22Yusuf umpama keldai muda, keldai liar dekat mata air, berlari-lari di lereng gunung.

23Musuh menyerangnya dengan sengit, mengejarnya dengan busur dan panah.

24Tetapi lengan Yusuf tetap kuat, dan busurnya kukuh, kerana kekuatan Allah Yakub yang Berkuasa, Gembala dan Pelindung Israel.

25Allah bapamu menolong engkau; Allah Yang Maha Kuasa memberkati engkau dengan hujan dari langit dan air dari bawah tanah, dengan anak dan lembu,

26dengan gandum dan bunga, dengan gunung-gunung purba, dengan kekayaan dari bukit-bukit yang abadi. Semoga semua berkat itu dicurahkan di atas kepala Yusuf, dan pada dahinya. Dialah yang teristimewa di kalangan saudara-saudaranya.

27Benyamin bagaikan serigala yang ganas. Pada pagi hari dia menerkam mangsanya. Pada malam hari dia mencarik-cariknya."

28Itulah dua belas suku Israel, dan kata-kata bapa mereka ketika dia memberkati setiap anak lelakinya dengan berkat yang sesuai bagi masing-masing.

Yakub Meninggal dan Dikebumikan

29Kemudian Yakub berpesan kepada anak-anak lelakinya, "Sebentar lagi aku akan meninggal seperti nenek moyangku. Kebumikanlah aku di tempat mereka dikebumikan, di dalam gua di Makhpela, di sebelah timur Mamre, di tanah Kanaan. Abraham sudah membeli gua dan ladang di sekitarnya untuk dijadikan perkuburan, daripada Efron orang Het.

30(49:29)

31Di situlah Abraham dan Sara serta Ishak dan Ribka dikebumikan. Di situ juga aku mengebumikan Lea.

32Ladang dan gua yang ada di situ sudah dibeli daripada orang Het. Kebumikanlah aku di situ."

33Selepas Yakub memberikan pesannya kepada anak-anak lelakinya, dia berbaring lalu meninggal.



 <<  Kejadian 49 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel