Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Keluaran 26 >> 

Khemah TUHAN

1"Buatlah bahagian dalam Khemah TUHAN dengan sepuluh helai kain linen halus yang ditenun dengan benang bulu berwarna biru, ungu, dan merah. Sulamlah kain itu dengan gambar kerub.

2Tiap-tiap helai harus berukuran sama, 12 meter panjang dan 2 meter lebar.

3Lima helai kain harus dijahit menjadi satu labuh tirai, dan lima helai yang lain pun harus dibuat demikian.

4Buatlah gelung daripada kain biru dan pasangkan gelung-gelung itu pada tepi bahagian luar kedua-dua labuh tirai itu.

5Pasanglah lima puluh utas gelung pada helai pertama bagi tirai yang pertama, dan sepadan dengan itu pasanglah lima puluh utas gelung pada helai kain terakhir bagi tirai yang kedua.

6Buatlah lima puluh bentuk cangkuk emas untuk menyambungkan kedua-dua labuh tirai itu.

7Buatlah sebelas helai kain daripada bulu kambing untuk dijadikan bumbung Khemah TUHAN.

8Setiap helai kain itu harus sama ukurannya, 13 meter panjang dan 2 meter lebar.

9Lima helai harus dijahit menjadi satu layar, dan enam helai yang lain harus dijahit begitu juga. Helai kain yang keenam harus dilipat dua untuk menutupi bahagian depan Khemah TUHAN.

10Pasanglah lima puluh utas gelung pada tepi helai yang terakhir bagi layar yang pertama, dan lima puluh utas gelung pada tepi layar yang kedua.

11Buatlah lima puluh bentuk cangkuk gangsa, lalu kaitkan cangkuk-cangkuk kepada gelung-gelung untuk menyambungkan dua layar itu, sehingga disatukan menjadi bumbung Khemah.

12Gantungkan separuh helai kain yang selebihnya di bahagian belakang Khemah.

13Lebihan kain selebar 50 sentimeter, sepanjang layar itu harus dibiarkan menutupi sisi Khemah.

14Buatlah dua penutup lain untuk bumbung Khemah; satu daripada kulit domba jantan yang dicelup merah, dan satu lagi daripada kulit halus sebagai penutup bahagian luar.

15Buatlah rangka yang tegak lurus daripada kayu akasia bagi Khemah.

16Setiap batang rangka berukuran 4 meter panjang dan 66 sentimeter lebar.

17Setiap batang rangka ada dua unjuran yang sepadan, supaya rangka-rangka itu dapat dihubungkan. Semua rangka harus mempunyai unjuran seperti itu.

18Untuk bahagian selatan Khemah, buatlah dua puluh batang rangka,

19dengan empat puluh buah alas daripada perak, dua buah alas di bawah setiap batang rangka untuk menyangga kedua-dua unjurannya.

20Untuk bahagian utara Khemah, buatlah dua puluh batang rangka

21dengan empat puluh buah alas daripada perak, dua buah alas di bawah setiap batang rangka.

22Untuk bahagian belakang Khemah di sebelah barat, buatlah enam batang rangka

23dan dua batang rangka untuk sudut-sudutnya.

24Rangka-rangka sudut itu harus dihubungkan pada bahagian bawah sampai ke bahagian atas, pada gelang yang pertama. Kedua-dua batang rangka yang membentuk sudutnya harus dibuat dengan cara itu.

25Oleh itu, semuanya ada lapan batang rangka dengan enam belas buah alas daripada perak, dua buah alas di bawah setiap batang rangka.

26Buatlah lima belas batang kayu lintang daripada kayu akasia, lima batang untuk rangka-rangka pada satu sisi Khemah,

27lima batang untuk sisi yang lain, dan lima batang lagi untuk sisi Khemah bahagian belakang di sebelah barat.

28Kayu lintang tengah harus dipasang setinggi setengah rangka, dari satu hujung ke hujung lain Khemah itu.

29Rangka Khemah dan kayu-kayu lintang itu harus disaluti emas. Gelang-gelang yang dipasang pada rangka untuk menyangga kayu-kayu lintang itu harus dibuat daripada emas.

30Binalah Khemah itu menurut pelan yang Aku tunjukkan kepadamu di atas gunung ini.

31Buatlah selabuh tirai daripada kain linen halus yang ditenun dengan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah. Sulamlah tirai itu dengan gambar kerub.

32Gantungkan tirai itu pada empat tiang kayu akasia yang bersalut emas, yang dipasang dengan cangkuk emas dan ditegakkan di atas empat buah alas perak.

33Pasangkan tirai itu di bawah deretan cangkuk pada bumbung Khemah. Letakkan Tabut Perjanjian yang mengandungi dua buah batu tulis itu di belakang tirai. Tirai itu memisahkan Bilik Suci dari Bilik Maha Suci.

34Letakkan penutup pada Tabut Perjanjian.

35Di luar Bilik Maha Suci, letakkan meja untuk persembahan di bahagian utara Khemah, dan letakkan kaki pelita di bahagian selatan Khemah.

36Bagi pintu masuk ke dalam Khemah, buatlah tirai daripada kain linen halus yang ditenun dengan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, yang dihias dengan sulaman.

37Untuk tirai ini, buatlah lima batang tiang daripada kayu akasia yang disaluti emas, dan dipasang dengan cangkuk emas. Buatlah lima buah alas daripada gangsa untuk tiang-tiang itu."



 <<  Keluaran 26 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Single Panel

Laporan Masalah/Saran