Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 108 >> 

Doa Minta Pertolongan Allah

1Lagu. Mazmur Daud. (108-2) Aku yakin kepada-Mu, ya Allah! Aku akan menyanyi dan memuji Engkau! Bangunlah, hai jiwaku!

2(108-3) Bangunlah, hai gambus dan kecapi! Aku akan membangunkan matahari!

3(108-4) Ya TUHAN, aku akan bersyukur kepada-Mu antara bangsa-bangsa. Aku akan memuji Engkau antara umat manusia.

4(108-5) Kasih-Mu lebih tinggi daripada langit, dan kesetiaan-Mu sampai ke awan yang tinggi.

5(108-6) Ya Allah, tunjukkanlah keagungan-Mu di langit, dan kemuliaan-Mu di seluruh bumi!

6(108-7) Selamatkanlah kami dengan kuasa-Mu, dan kabulkanlah doaku, supaya umat yang Engkau kasihi diselamatkan.

7(108-8) Dari tempat kediaman-Nya yang suci Allah berfirman, "Aku akan bersorak dan membahagi-bahagikan tanah Sikhem, dan mengagihkan Lembah Sukot kepada umat-Ku.

8(108-9) Gilead dan Manasye adalah kepunyaan-Ku, Efraim topi besi-Ku, dan Yehuda tongkat pemerintahan-Ku.

9(108-10) Tetapi Aku menggunakan Moab sebagai tempat pembasuhan-Ku; Aku melemparkan kasut kepada Edom, sebagai tanda bahawa Edom milik-Ku; Aku akan bersorak kerana kemenangan atas orang Filistin."

10(108-11) Siapakah yang akan membawa aku ke dalam kota yang berkubu itu? Siapakah yang akan memimpin aku ke Edom?

11(108-12) Ya Allah, adakah Engkau telah menolak kami? Tidakkah Engkau mara bersama-sama tentera kami?

12(108-13) Tolonglah kami melawan musuh, kerana pertolongan manusia tidak berguna.

13(108-14) Bersama dengan Allah, kita akan berjaya; Dialah yang akan mengalahkan musuh kita.



 <<  Mazmur 108 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel