Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 109 >> 

Sungutan Orang dalam Kesusahan

1Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Ya Allah yang selalu kupuji, janganlah berdiam diri!

2Orang jahat dan pendusta memfitnah aku, mereka bercakap dusta tentang aku.

3Mereka menyerang aku dengan kata-kata penuh kebencian, dan menuduh aku tanpa sebarang alasan.

4Mereka menuduh aku, walaupun aku mengasihi mereka, dan telah mendoakan mereka.

5Mereka membalas kebaikanku dengan kejahatan, dan kasihku dengan kebencian.

6Pilihlah seorang jahat untuk menghakimi musuhku, dan biarlah musuh itu didakwa oleh lawannya sendiri.

7Biarlah dia dihakimi dan didapati bersalah, dan doanya pun dianggap dosa.

8Biarlah hidupnya berakhir segera, dan jawatannya diambil oleh orang lain.

9Biarlah anak-anaknya menjadi yatim, dan isterinya menjadi balu.

10Biarlah anak-anaknya menjadi pengemis yang tiada tempat berteduh, dan dihalau dari runtuhan yang didiami mereka.

11Biarlah si piutang merampas segala harta musuhku, dan orang lain menjarah hasil jerihnya.

12Biarlah tiada orang yang baik hati kepadanya, atau menyayangi anak-anaknya yang menjadi yatim.

13Biarlah semua keturunannya binasa, dan namanya dilupakan oleh generasi selanjutnya.

14Biarlah TUHAN mengingati kejahatan nenek moyangnya, dan tidak mengampunkan dosa ibunya.

15Biarlah TUHAN sentiasa mengingati dosa mereka, tetapi mereka sama sekali dilupakan oleh orang di bumi.

16Musuhku itu tidak pernah berniat untuk berbuat baik; dia menganiaya dan membunuh orang yang miskin, yang sengsara, dan yang tidak berdaya.

17Dia suka mengutuk; biarlah dia sendiri dikutuk! Dia tidak suka memberkati orang; biarlah tidak seorang pun memberkati dia!

18Dia lebih sering mengutuk orang daripada mengganti pakaian; biarlah kutuk itu masuk ke badannya seperti air yang diminumnya, dan menyerap seperti minyak ke dalam tulang-tulangnya.

19Biarlah kutuk itu menutupinya seperti pakaian, dan sentiasa membelitnya seperti tali pinggang.

20Ya TUHAN, hukumlah musuhku dengan cara itu, mereka yang mengatakan hal jahat tentang aku.

21Tetapi tolonglah aku, ya TUHAN Raja, menurut janji-Mu, dan selamatkanlah aku kerana kebaikan dan kasih-Mu.

22Aku miskin dan sengsara; hatiku sangat luka.

23Aku hampir lenyap seperti bayangan pada waktu petang; aku dikebas seperti belalang.

24Lututku gementar kerana berpuasa; badanku tinggal kulit dan tulang.

25Apabila orang melihat aku, mereka mengejek aku; mereka menggeleng-gelengkan kepala sambil menghina aku.

26Tolonglah aku, ya TUHAN, Allahku; selamatkanlah aku kerana kasih-Mu.

27Hendaklah musuhku tahu bahawa hal itu perbuatan-Mu, bahawa Engkaulah yang menyelamatkan aku.

28Walaupun mereka mengutuk aku, tetapi Engkau memberkati aku. Biarlah mereka yang menganiaya aku dikalahkan, dan semoga aku, hamba-Mu, digembirakan.

29Biarlah musuhku dihina, dan perasaan malu menyelubungi mereka seperti jubah.

30Aku akan bersyukur kepada TUHAN dengan suara nyaring; aku akan memuji Dia dalam perhimpunan umat,

31kerana Dia membela orang sengsara dan menyelamatkan mereka daripada orang yang menjatuhi mereka hukuman mati.



 <<  Mazmur 109 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel