Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 13 >> 

Doa Minta Tolong

1Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. (13-2) Berapa lamakah Engkau akan melupakan aku, ya TUHAN? Berapa lamakah Engkau akan bersembunyi daripadaku?

2(13-3) Berapa lamakah aku mesti menanggung kesusahan dan berdukacita siang malam? Berapa lamakah musuhku akan menguasai aku?

3(13-4) Pandanglah aku, ya TUHAN, Allahku, dan jawablah doaku. Pulihkanlah tenagaku; jangan biarkan aku mati.

4(13-5) Jangan biarkan musuhku berkata bahawa mereka telah mengalahkan aku. Jangan biarkan mereka bergembira kerana kejatuhanku.

5(13-6a) Tetapi aku bergantung kepada kasih-Mu yang abadi; aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkan aku.

6(13-6b) Aku akan menyanyi untuk TUHAN, kerana Dia telah berbuat baik kepadaku.



 <<  Mazmur 13 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Single Panel Single Panel